18. Teka teki

405 25 0
                                    

Daniel menghempaskan tubuhnya ke atas tilam. Sejak kembali ke akademi, dia mengisi masanya dengan tugasan wakil pelajar. Lebih-lebih lagi dengan adanya Pesta Kemuncak Bulan Purnama yang akan berlangsung tidak lama lagi. Dia bertanggungjawab dalam acara tersebut sebagai ahli jawatankuasa utama. Namun kesibukannya mengundang kelalaian, dia terlupa untuk terus mengawasi Damia. Fikirannya mengimbau kembali dengan kejadian petang tadi.

*****

Tiada hari yang lebih menyibukkan selain dari minggu persedian pesta perayaan terutamanya Pesta Kemuncak Bulan Purnama, rata-rata pelajar bersemangat untuk menyambut perayaan yang memberi ruang dan peluang untuk kembali ke bentuk asal mereka dan terutamanya perayaan ini menjemput orang luar ke Akademi Featherave. Pastinya Kapal Memoir Feather yang berperanan besar selain daripada kapal-kapal lain milik Featherave.

Daniel yang diberi pengecualian untuk tidak menghadiri kelas, sentiasa berulang-alik membantu Snivel dengan urusan rasmi.

"Daniel"

Daniel menoleh sebaik sahaja dia mendengar orang memanggil namanya, dia menarik senyuman segaris melihat Justin. Justin yang jelas baru selesai dengan posyennya, berdiri kaku dengan riak serius.

"Ada apa-apa yang terjadi?" Persoalan Justin mengocak fikiran Daniel namun tidak cukup untuk mengubah riak wajahnya yang tenang. Memang banyak yang terjadi, sehingga dia merasa penat untuk memikirkannya.

"Banyak yang terjadi"

Justin merengus, dia berjalan seiringan dengan Daniel. Daniel sentiasa memberi jawapan yang mengundang lebih banyak persoalan.

"Sudah bersedia?"

Justin mengangguk, faham apa yang dibangkitkan oleh Daniel. Daniel menepuk bahu Justin, dia senang dengan jawapannya.

Kedua-dua pelajar itu menangkap bayangan seseorang dihujung koridor. Kedua-duannya jelas menunjuk wajah yang kurang selesa. Melihat Damia berbial dengan Okka adalah perkara yang mereka berdua bersetuju amat menyakitkan perasaan.

"Justin, aku rasa kau ada kerja lain bukan?" Soal Daniel, Justin mengangguk mengerti. Mereka menuju ke arah Damua dan Okka.

"Aa, abang! Just!" Sambut Damia dengan gembira. Gembita dapat berjumpa dengan orang kesayangannya. Okka disamping sekadae tersenyum dan tunduk sedikit bagi menunjuk penghormatannya kepada Daniel.

"Hi puteri dan... Okka bukan?" Daniel dengan tenang menyambut dengan senyuman palsu. "Abang rindu puteri" Dia menghadiahkan satu kucupan didahi adiknya. Damia memeluk lengan abangnya dengan manja.

"Kamu terlibat dengan perayaan bukan, Okka?" Okka anggukkan kepalanya. "Nasib baik, saya baru nak berjumpa dengan Snivel tentang pengangkutan, saya harap kamu dapat bantu saya"

"Sudah tentu. Senior Marie juga minta saya tolong senior" tersusun dan penuh sopan kata-kata Okka cukup menjengkelkan Justin.

Justin menarik Damia pergi tanpa mengucap sepatah perkataan pun.

"Just!" Rengek Damia enggan berpisah dengan Daniel, walaupun niatnya pada awalnya mahu bersama Justin. Sukar pula apabila sudah bertemu dengan abangnya. Daniel meleraikan pautan Damia.

"Puteri pergilah, abang dan Okka ada kerja perlu dilaksanakan" pujuk Daniel, sekali lagi mengucup dahi puteri kesayangannya.

Damia mengembungkan pipinya. Dia melambai dengan langkah berat mengekor Justin. "Selamat tinggal abang, Okka"

Daniel dan Okka sekadar melihat kepergian Justin yang menarik Damia tanpa menoleh sedikit pun. Setelah hilang daripada pandangan, mereka memandang antara satu sama lain. Daniel mengukir senyuman segaris begitu juga Okka.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now