15. Jiwa yang kacau

488 24 0
                                    

-Dapur rumah Cornerludge-

Masa berlalu, adakala terasa terlalu lambat, ada masanya terlalu pantas berlalu. Dunia magik bukan lagi perkara asing bagi Damia, bahkan terasa terlalu sebati dengan jiwanya.

Daniel mengekor adiknya dari tingkat tiga kediaman Cornerludge hingga ke dapur. Dia tidak berpuas hati dengan sikap Damia yang enggan menjawab persoalannya. Ya masa berlalu dan manusia pun berubah. Damia kini tidak lagi terlalu mengikut permintaan abangnya.

Damia menghempaskan badannya duduk bersebelahan Helios. Daniel mengambil tempat disebelah Damia.

"Selamat pagi semua" ujar Damia sebelum sempat Daniel menghamburkan persoalannya lagi. Jelas Daniel tidak puas hati dengan tindakan Damia. Damie mengambil keputusan yang nyata untuk tidak menjawab sebarang pertanyaan.

"Nak pancake?" hulur Helios, Damia mengangguk seraya menyambut kepingan pancake. "Coklat?" Damia menghulurkan pingannya untuk memudahkan Helios menuangkan coklat ke atas pancakenya. Daniel mengerut dahinya, geram dipulaukan oleh adiknya.

"Terima kasih!"ujar Damia ikhlas.

Bahu Daniel yang tegang diurut, Daniel menoleh, Marvin tersenyum sementara Marviel sudah duduk disebelah Lunar. "Tenang kawan, kita bersarapan dahulu"

Damia mengangguk setuju. Daniel menjadi begitu paranoid apabila menjumpai buku yang dihadiahkan oleh Okka dan abangnya pula cukup berani bersemuka dengannya setelah menyelongkar bagasinya dan itu yang membuatkannya cukup geram untuk tidak mengendahkan abangnya.

Daniel menjeling adiknya, "Abang tak suka puteri simpan hadiah tu" ujarnya bersahaja.

Damia memandang Daniel dengan wajah tidak percaya yang dia masih meneruskan topik tersebut. "Abang? Itu cuma buku cerita Pengembara Lagenda, cerita kanak-kanak bukannya cincin emas, belian pun. " kata Damia dengan nada yang tidak mampu tertahan geramnya.

Daniel menggeleng kepalanya, "Abang mampu beli untuk puteri"

Damia menyuap pancake ke mulutnya dan meneguk jus orennya. Dia menarik nafas dalam-dalam. "Abang memang mampu beli, tapi abang tak beli pun. Okka yang belikan terlebih dahulu daripada abang. Bukan salah Damia"

Mahu tersembur air yang diminum Marvin. Tersesak nafasnya sebentar. Marviel menepuk belakang kembarnya, menjadikan mereka tarikan semua yang ada di dapur.

Puan Veta tersenyum, meletakkan tangannya pada bahu Damia dan Daniel. "Makcik rasa, kamu berbincang lepas makan sebelum ada yang mati tercekik lepas ni" Damia ketawa kecil.

"Ibu, tak baik tau cakap macam tu," rengek Marvin. Luna ketawa melihat gelagat manja abangnya yang terlebih daripada dirinya sendiri. "Ibu ni tak sayang Vin."

"Sebab sayanglah, ibu cakap macam tu. Vin ni pun satu, macam mana boleh minum air sampai tersembur segala bagai ni?" soal Puan Veta dengan nada keibuannya."Lunar yang kecil comel tu pun tak minum macam Vin"

"Abang Vin tu badan je besar bu, tapi dalamnya lebih kecil dari Lunar. Hari tu..." Lunar cuba mengusik Abangnya, tetapi Marvin pantas menekup mulut Lunar. Tahu benar dia apa yang nak diceritakan adik bongsu mereka. Lunar mengigit tangan abangnya. Lunar enggan mengalah "Dia main dengan patung-patung Lunar, siap berbual dengan patung lak tu"

Semua tertawa, Marviel cuma mampu menggeleng kepala dengan senyuman kecil terukir diwajah tampannya, kadang-kadang ada perkara yang membezakan mereka dan ini salah satu daripadanya. "Vin, tak sangka aku"

Marvin menampar bahu Marviel, diperlekehkan oleh Marviel adalah pekara yang paling menjengkelkan.

_

ROYALIZEWhere stories live. Discover now