62. BOOM

24 1 0
                                    




-2.45 pagi

Daniel selesai memasang bom di sebelah utara. Evander setia menunggu di sampingnya. Sekadar memerhati, Evander tidak memahami sihir makhluk selain daripada dirinya dan vampire.

"Kau rasa ini semua akan berakhir?"

Daniel termenung jauh. "Ini wajib berakhir di sini. Tiada peluang kedua."

Ya, kalau mereka tewas hari ini. Mungkin usahanya akan diteruskan oleh keturunan yang seterusnya. Tetapi ini satu-satunya peluang baginya, dan keutamaannya bukanlah Royalize mahupun Noblesse tapi Damia.

"Dan kau adalah peluang terbaik" ujar Daniel, dia memberi senyuman lebar walaupun terasa pahit di hujung tekaknya. "Apa pun jua keputusannya setelah semua ini berlalu, aku gembira dapat berkenalan dengan kau. Terima kasih atas apa yang kau lakukan untuk makcik Bella"

Evander membalas senyuman Daniel. Dia bukan makhluk seperti yang lain. Magik penjaga masa tidak berfungsi ke atasnya dan dua lagi makhluk sepertinya, mereka adalah anugerah kepada keturunan Ambrogio. Mereka tidak akan lupa.

"Mengarut" komen Evander.

"Kita akan berkawan untuk  masa yang lama, aku akan pastikan anak cucu kau juga akan berterima kasih kepada aku"

Evander menyenangkan, tidak dapat dia nafikan. Daniel melihat jamnya. Dia menekan butang pada fon telinga tanpa wayar.

"Semua bersedia"

Mereka terbahagi kepada 4 kumpulan. Daniel dan Evander ditugaskan untuk menangkap Okka, manakala Justin dan Sconne pula mendapatkan Damia dan Hana. Marviel dan Marvin akan bergerak bersendirian, menumpaskan musuh di kawasan sekitar.

"Viel dan Vin, pastikan tiada yang tinggal"

Naifnya dia dahulu untuk tidak melibatkan sahabat-sahabatnya dengan situasi begitu. Walaupun mereka sanggup dan menerima kenyataan tersebut, namun itu tidak bermakna ia membuang rasa bersalahnya kepada mereka.

"Baik!" Jawab mereka berdua serentak.

Seperti yang telah dirancang. Tepat pukul 3 pagi, Letupan disetiap penjuru kedengaran, mengegarkan bumi.

Daniel melihat sihir ilusi dijatuhkan, menampakan Istana yang besar. Di langit timur, debu-debu hitam mula berterbangan menuju pantas ke arah istana tersebut, menyelimuti setiap inci bangunan.

Itu Selena, ditugas khas untuk membendung semua keriuhan di luar daripada menarik perhatian Okka.

Evander tersenyum, keberadaan Selena selama William menghilang merupakan satu misteri. Sebab rupa bentuk Selena yang berbeza daripada mereka juga satu misteri yang dia sendiri tiada jawapan.

"Ops" Evander pantas menahan musuh yang cuba menyerang hendap mereka.

Daniel menukarkan tongkat sihir menjadi sebilah pisau. Dengan sekali libas, darah keluar membuak-buak dari kerongkong lelaki itu. Satu tusukan di tuju khas pada jantungnya. Tidak mahu ambik risiko jika ada yang cuba menggunakan tubuh yang tidak bernyawa dengan ilmu hitam.

Ini bukan seperti cerita magik seperti yang wujud di kaca televisyen, avada kedavra atau sewaktu dengannya tidak wujud. Tiada sihir yang mampu membunuh, yang wujud hanya sihir yang memudahkan pembunuhan dilakukan.

-

Langkah pertama... Justin membenamkan pedangnya ke dada wanita yang menyerang mereka. Langkah kedua... Pedang ditarik, kali ini pedang ditusuk pada pangkal lehernya, dipenggal. Tidak kisah lah bagaimana turutannya, asalkan kedua-dua langkah ini dituruti.

Justin menolak Sconne ke belakangnya apabila menyedari ada musuh lagi yang melempat sihir secara senyap.

Pantas dia melempar kertas pentagram ke arah musuh dan mengaktifkan sihirnya. Sekelip mata lelaki yang besembunyi disebalik semak muncul dihadapannya. Apa lagi, Justin sekali lagi melakukan langkah-langkah tadi.

Tubuh yang terkulai layu ditangannya dilempar ke arah jasad wanita tadi.

Daniel sudah berpesan dengannya, kalau ada keperluan untuk membunuh, jangan biarkan Sconne yang melakukan. Sconne adalah seorang penyembuh, perbuatan itu bertentang dengan sifatnya.

Justin membersih dirinya, berselimutkan darah mengingatkan dirinya yang dahulu. Tambahan pula, dia akan bertemu semula dengan Damia. Dia tidak mahu menakutkan gadis itu.

Terdetik sejenak di benak fikiran Sconne, adakah musuh mereka terlalu lemah, atau Justin memiliki kuasa OP?

"Pintu masuk di sana" ujar Sconne.

Pintu kecik yang tersembunyi di sebalik rimbunan tumbuhan menjalar

-

Dikelilingi oleh lantai dan dinding batu, tiada tingkap yang kelihatan bahkan keadaannya agak suram. Sama seperti yang diterangkan dalam mesyuarat sebelum ini, tiada mercu tanda yang ketara.

Sconne melihat keadaan sekitar. Dia membuka peta kecil yang telah dibekalkan. "Aku belum pasti kita berada di bahagian mana."

Justin bersetuju, penanda arah yang diberikan juga terlalu umum. Justin mendepa tangannya di hadapan Sconne. Menghalang lelaki itu daripada terus maju.

'Mata emas' desir Sconne. Ini kali pertama dia melihat mata emas. Jauh berbeza daripada Daniel, bahkan coraknya juga berbeza.

"Sudahlah perhatikan, fokus. Banyak perangkap, ikut dari belakang" Ujar Justin menyedari Sconne kaku memandangnya. Kawasan sekitar terdapat kesan sihir, Dia tidak berapa pasti sihir apa yang telah dikenakan.

Sconne tersengih sumbing. "Justin, kau tak teringin ke nak minum darah aku?"

Justin mengerut dahinya. "Bukan waktu sesuai Sconne."

"Adakah waktu sesuai? kau tahu, aku berfungsi dengan lebih baik jika otak aku tak penuh dengan persoalan."

Justin mengeluh. Antara kawan-kawan Daniel, Sconne yang paling sukar untuk difahami.

"Sebab darah kau tak membangkitkan selera."

"Auch!" Sconne mencengkam dadanya. Pedihnya jawapan.

"Sudah." Justin memeriksa lantai. "Apa-apa yang terjadi, buka sihir berlindung, kalau keadaan semakin teruk, ingat! lari dan dapatkan Damia dan Hana. Faham?"

Sconne ketawa kecil, "baik bos"

-

Sebaik sahaja memasuki bangunan itu, Daniel pantas menangkap keberadaannya. Dia pernah melewati istana itu walaupun hanya dalam alam mimpi.

Boleh dikatakan setiap lorong yang dilewatinya adalah seperti yang dibayangkan oleh Hana. Cuma yang membezakannya adalah, perangkap yang tersembunyi. Ya, pastinya Okka sudah menjadi Hana sebagai satu pengecualian daripada semua helah dan perangkapnya di istana tersebut.

Daniel cuma mampu ketawa kecil. Dia sudah menyangka perihal itu lebih awal. Dia dan okka tiada bezanya. Masing-masing paranoid apabila datang kepada perihal keselamatan orang yang tersayang.

"Apa yang menyenangkan?" soal Evander.Dia sekadar memerhati Daniel mematahkan sistem keselamatan di setiap lorong yang mereka lalui.

"Ini ironi, kalau aku berada ditempat Okka, pasti lebih banyak sistem pertahanan aku letakkan" ujar Daniel bersahaja.

Evander ketawa senang. "Kau, dia sememangnya keturunan Goldsilv. Sudah berabad lamanya aku hidup, perangai itu sentiasa ada pada keturunanmu. Seolah-olah ia satu genetik."

Daniel menjungkit bahunya. Semua jurnal mahupun diari milik keturunan sama sekali boleh dikatakan menyokong pernyataan tersebut. "Mungkin ia satu kegilaan"

Evander mengangkat bahunya. "Aku tak rasa itu gila, hidup bersama Sebastian mengajar aku, itu sesuatu yang harus dijaga." Evander mengimbau masa lalunya. "Kalau nak tahu apa erti kegilaan, lihatlah William. Itu baru aku panggil gila."






ROYALIZEWhere stories live. Discover now