9. Uji

507 27 0
                                    

Justin duduk di sebelah Damia, membaca buku dengan khusyuk. Damia pula dari tadi merungut dengan perangai Justin yang melayaninya endah tak endah.

Tiba-tiba kembar Cornerludge muncul mengejutkan kedua-duanya.

Damia apatah lagi bersorak keriangan. Sekurang-kurangnya dia tidak kebosanan.

"Seronok tak belajar kat akademi ni?" soal Marviel. Marviel cuba duduk di antara Damia dan Justin. Tetapi Justin lebih pantas menarik Damia rapat ke sisinya.

Cemburu ke? Desis hati Marviel sedikit bengang.

"Akademi ni seronok. Tapi bab belajar ni bosanlah sikit. Asyik belajar teori je? bosan" rungut Damia. Walaupun dia telah menyaksikan pelbagai keajaiban selama seminggu di situ tetapi apa yang paling ditunggunya ialah latihan pratikal ilmu sihir. Malangnya praktikal bermula pada minggu hadapannya.

Marviel memaut bahu Damia. Justin yang tidak senang dengan perlakuan Marviel menampar tangan Marviel dengan agak kuat. Marviel mengadu sakit. Marvin ketawa lucu. Lucu melihat sikap Justin yang kini lain dari sikap dulunya yang tidak prihatin kepada persekitaran.

"Kenapa?" soal Damia hairan mendengar Marviel yang mengaduh sebentar tadi.

Marviel cuma menggeleng. Dia mengosok tangannya. Cuba meredakan kesakitan. Bertambah bengang pula dia kepada Justin. Mahu sahaja dia membalas. Tetapi dia ada tugas yang perlu dilaksanakan

"Tak. Tak ada apa-apa"

Marvin menyelongkar begnya. Setelah memakan sedikit masa untuk mencari. Akhirnya dia mengeluarkan sebuah buku yang sebesar telapak tangan.

Buku itu dihulurkan kepada Damia. "Daniel minta serahkan kepada Damia. Dia cakap lebih senang nak bawa kemana-mana."

"Iya!" Riangnya nada Damia. "Abang dekat mana..Auch!"

Damia menjerit kecil. Jarinya tercucuk hujung kertas yang tajam. Darah mula menitik jatuh walaupun lukanya di jarinya kecil.

Justin menarik tangan Damia. Dia melihat luka itu sebelum merenung tajam kearah kembar cornerludge.

Dia menuangkan air minuman Damia untuk membersihkan luka tersebut sebelum membalutnya dengan sapu tangannya.

"Damia tak apa-apa la, Just."

Justin tidak memperdulikan kata-kata Damia. Dia segera mendukung gadis kecil itu pergi menuju bilik sakit. Damia pula mencuba menyakinkan Justin bahawa dia baik sahaja tetapi gagal.

Marviel dan Marvin memerhati sehingga kelibat Justin dan Damia hilang dari pandangan. Bagi mereka reaksi Justin agak melampau.

"Bagaimana Dan?"

"Sungguh puas hati," jawab Daniel yang baru muncul entah dari mana.

"Aku tak faham mengapa kau sanggup buat macam tu."

"Kadang-kadang kita perlu berkorban untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik."

"Maksud kau, korbankan Damia?" soal Marviel dengan nada yang agak tinggi. Dia geram. Daniel sayangkan Damia tetapi sanggup menyakiti gadis itu.

Daniel memandang Marviel dengan mata sangat sayu. Dia tersenyum penuh kepahitan.

"Aku korban diri aku, Viel. Perasaan aku, hidup aku, semuanya aku korbankan untuk Damia." Daniel melihat langit biru yang sebiru matanya. "Mustahil aku korbankan Damia."

Marviel menunduk menyesal atas tuduhannya yang melulu. Marvin memaut bahu Marviel, dia dapat merasakan kekesalan kembarnya itu. Mereka mungkin dua individu yang berbeza tetapi mereka disatukan atas banyak persamaan.

"Aku minta maaf."

"Tiada apa untuk dimaafkan. Kau tak buat salah. Bahkan korang dah bantu aku dengan baik," Daniel menepuk bahu kawannya itu. "Lagipun aku dah cukup yakin Justin mampu menjaga Damia nanti."

ROYALIZEWhere stories live. Discover now