58. Posyen Perencat

28 2 0
                                    


Hana berbaring, memandang ke atas yang tidak punya sebarang rupa mahupun bentuk, semuanya sekadar kosong. Kali ini tidak dia hiasi alam mimpi dengan apa-apa suasana, bekalan benang goldenicnya perlu di simpan. Dia tidak mahu tidur seharian, dewasa ini walaupun untuk bangun sebelum tengahari pun amat payah baginya sejak bertemu dengan Daniel.

"Awak pucat" komen Daniel. Lama dia perhati Hana tadi. Kompleksi wajah Hana jelas kelihatan tidak sesihat seperti pertemuan sebelumnya, kehilangan rona merah. Adakah keadaan dalam mimpi mencerminkan realiti?

Hana menyentuh wajahnya, pucat? "Oh? Saya penat saja" jawab Hana. Ya, malam itu dia cuma gunakan kuasa goldenic untuk membawanya kepada Daniel.

Nampaknya bagi mengekalkan Daniel dan dirinya berada bersama di alam itu dan tidak hanyut dengan aliran mimpi memakan banyak tenaga goldenicnya. Bahkan lebih banyak daripada mengubah alam itu sendiri. Mimpi tertarik dengan kesedaran dan sentiasa cuba untuk membawanya bersama dengan mereka. Kalau bernasib baik, mimpi tidak mengendahkan mereka. Tetapi begitulah, ia jarang berlaku. Tapi malam itu, mereka bernasib baik.

"Kalau awak penat, kita tidak perlu berjumpa untuk seketika. Posyen yang awak reka pun dalam proses pengujian. Kalau berjaya ke atas tiny fairy kita akan teruskan ujian ke atas manusia pula" Daniel berkata.

Daniel kesian dengan Hana. Hana bukan sahaja hidup terasing, dia juga tidak memiliki kesihatan yang baik. Tambahan pula dengan benang kuasa Darkline yang membalut tubuh terutamanya jantung Hana, menjadikan nyawanya sentiasa berada di tangan Densho. Kerana Hana juga dia lebih memahami kuasa Darkline.

"Tuan mengunakan ketakutan untuk mengawal seseorang. Lebih tinggi ketakutan mereka, lebih mudah untuk tuan mengawalnya. Jadi Daniel, jangan takut. Jangan biarkan ketakutan menguasai diri" Hana tersenyum lebar.

Bila ditanya kenapa Okka tidak melakukan benda yang sama, ini jawapan Hana...

"Saya goldsilv dengan teras goldenic, tapi teras saya tidak kukuh. Saya perlu sesuatu untuk mengikat benang emas pada teras saya. Itulah peranan Tuan. Tetapi malangnya, bukan itu sahaja dia ikat pada teras saya. Dia selitkan kuasanya sekali."

Hana termenung jauh, "Biarlah betapa beraninya saya, Tuan boleh bunuh saya bila-bila masa sahaja." Dia menghentak meja dengan tangannya geram dipergunakan sebegitu, namun dia kemudiannya ketawa kecil. "Macamlah saya takut mati. Lebih baik mati daripada hidup macam ini bukan?"

Wajah pasrah Hana ketika mengungkap bait-bait tersebut menghantuinya. Ini bukan kehidupan yang mak ciknya harapkan untuk anak-anaknya.

Lengan baju Daniel di tarik, menyedarkan Daniel dari lamunannya. "Ada apa?"

Hana duduk menghadap Daniel. Dia mengikat sesuatu pada tangan Daniel. "Ini benang emas dari ikatan awak dengan Damia. saya dah cuba beberapa kali untuk ikatkan dengan sesuatu, tetapi hanya dengan awak sahaja ia mahu kekal terikat. Gunakan benang ini untuk cari Damia."

Selesai Hana berkata, dia menolak Daniel jatuh. "Jumpa lagi nanti!"

Daniel jatuh jauh ke dalam kegelapan sebelum kesedarannya mulai hilang.

-kediaman di dimensi duyung-

Daniel bangun secara mengejut dari tidurnya, matanya meliar melihat kepersekitarannya. Dia tidak lagi berada dalam alam mimpi. Dia meraup wajahnya cuba, menenangkan dirinya.

"Justin? Justin mana?!" ujar Daniel dengan nyaring.

Marvin yang tadi terpinga segera bangun mencari Justin. Selepas seketika dia kembali bersama Justin.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now