34. Satu terpisah dua

253 19 2
                                    

Daniel mendukung Damia jauh ke dalam hutan Featherave. Adiknya sekali lagi dibuai lena dek posyen penidur. Dia lakukan atas sebab yang sama seperti tahun sebelumnya, dia ingin menjalankan upacara sihir diluar ke atas Damia diluar pengetahuannya.

Kelibat Justin dan Trimple semakin jelas di penglihatan. Justin yang turut melihat kedatangan Daniel segera meraih Damia daripada Daniel. Daniel membiarkan sahaja. Ada perkara yang perlu dia bincangkan dengan Trimple.

"Dah sampai semua?" soal Trimple.

Daniel mengangguk. Dia meneliti lukisan pentagram di atas tanah yang siap dilakar oleh Trimple. Antara sihir kuno yang tidak lagi dipratikkan atau mungkin haram untuk digunakan.

Kini Trimple sedang menyiapkan posyen untuk upacara tersebut. Poyen direneh di tengah-tengah pentagram. Memang sudah sedia maklum, untuk mendapat kesan sihir terhebat, ketiga-tiga jenis sihir harus digunakan.

"Aku sangkakan kebodohan itu ada satu limitasi namun kau membuktikan aku salah" Sindir Trimple namun tidak sedikit pun menyakiti hati Daniel. "Siapa yang sanggup berkorban nyawa untuk orang lain? Bodoh benar."

Upacara kali ini tidak sama seperti upacara antara Damia dengan Justin. Walaupun tujuannya sama namun berbeza pelaksanaannya. Kerana perbezaan itu tidak satu pun temannya mengetahui tentang malam itu. Jika mereka tahu, pasti dihalangnya.

Daniel tekad mengikat nyawa Damia dengan nyawanya. Jadi sekira ada apa-apa terjadi pada Damia atau lebih tepat, jika nyawa Damia terancam, dia boleh menukar nyawa nya dengan Damia. Biarlah dia terkorban. Asalkan bukan Damia yang menjadi mangsa.

Lagipun, Damia mampu hidup tanpanya, lebih-lebih dengan kehadiran Justin yang setia. Tetapi bukan dia, dia mati jika Damia tiada.

"Bodoh?" Daniel berfikir sejenak. "Mungkin juga. Tetapi kalau bukan kerna itu, kau takkan hidup sampai sekarang."

"Bukan kau yang membiarkan aku hidup, aku yang sukar mati"

Daniel tersenyum sinis. Adakalanya ego Trimple amat melucukan. Seringkali melupakan kisah lalu. "Sudah sedia?"

Trimple mengangguk. Daniel mengangkat tangannya ke udara. Sekelip mata Justin berada disampingnya bersama dengan Damia. Tongkat sihirnya ditarik keluar dari beg poket alatan sihirnya.

Daniel membaca mantera yang telah dipratiskannya berulangkali. Jelas dengan apa yang dilakukanya. Cahaya kebiruan terhasil dihujung tongkatnya dilontar ke dalam kawah di setiap penghujung manteranya.

Ayat demi ayat mantera yang dilafazkan, cahaya kebiruan mula menerangi kawah. Daniel menjeling ke arah Trimple

Trimple mengangguk, memahami tugasnya sudah bermula. Setelah pasti rangkap mantera untuk bahan seterusnya. Dia menarik pisau poket dari jaketnya. Tangan Justin diraih dan dia mengelar di tapak. Justin membiarkan sahaja.

Trimple memastikan darah Justin masuk ke dalam posyen. Bila tiba rangkap seterusnya. Dia mengelar tangannya pula, darahnya pula adalah bahan seterusnya.

"Dualos saksi," ujar Daniel lantang.

"Hujung dan hujung"

Justin menarik sehelai rambut Damia kemudian dicampur ke dalam posyen. Daniel juga menarik rambutnya dimasukkan sekali ke dala kawah.

Dia menarik botol dari poketnya. Penutup botol dibuka, bahan di dalam itu dicampur sekali ke dalam posyen. Kuku kaki mereka berdua adalah bahan seterusnya.

"...isi dan isi..."Pisau ditangan Trimple diambil Daniel, hujung jari Damia dikelar, darahnya diambil dan kemudian giliran darahnya menjadi bahan.

"Bukti. Sanggup dan mampu" hujung jari kelingkingnya yang sememang sudah berdarah, dihala ke atas kawah. Tangan sebelahnya yang memegang pisau pantas memotong hujung jarinya sehingga terputus.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now