52. Roshane dan Kuasanya

83 5 0
                                    

-pejabat pengetua-
Walaupun pejabat pengetua dilengkapi dengan tempat perapian yang besar, megah dan mewah, kehangatan api masih tidak cukup mengurangkan kedinginan dan ketegangan suasana di situ. Daniel duduk menyertai yang lain di sofa, portal simpanan dibuka, setiap fail dokumen pemburuannya di hampar ke atas meja. Gilliard dan Justin tanpa berlengah menarik fail yang mendapat perhatian mereka.

Daniel menarik salah satu kertas pentagram yang telah dikembalikan kepadanya dan dengan lafaz incrementum, kertas itu bertambah sizenya. Dia menyihirnya untuk terapung, menjadi paparan untuk projektor miliknya. Dia memainkan video sesi soal jawab dengan tahanan yang ditangkap mengekorinya.

Lelaki yang bertubuh besar dalam video itu tampak gelisah dan menggigil satu badan, semakin Daniel menekankan persoalan siapakah dalang, semakin lelaki itu meracau dan di penghujung video, mulut lelaki itu berbuih dan ia berhenti bergerak. Semua menjadi gelap dan video itu berakhir di situ.

Gilliard terpaku, dia mengenali gejala itu.

"Semua pemburu yang menjejaki aku, telah dimasukkan dengan satu  ketakutan yang cukup untuk membunuh diri mereka sendiri. Dan itu adalah  kuasa Darkline" ujar Daniel, dia pasti Gilliard juga mengenali kuasa tersebut. Jika Gilliard tidak bersembunyi seperti ini pasti kebanyakan urusannya dapat dipermudahkan, tidaklah dia berhempas pulas menjadi anjing hitam Tuan Michaelis.

"Dalam Jurnal yang aku jumpa turut  membuktikan Roshane mempunyai kegilaan untuk memburu keturunan kita, dan juga keluarga yang memiliki kuasa luar biasa. Dan khabar terakhir dalam jurnal itu, Roshane berjaya menangkap Miho, musang berekor sembilan. Berdasarkan umur jurnal tersebut, aku yakin ia berlaku sebelum pengorbanan sophiel" Dia pasti akan perihal itu. Jurnal yang Trimple dapatkan untuknya hanya milik penolong kanan Roshane, banyak memberi maklumat kepadanya. Cuma kini maklumat itu dapat dikenal pasti perkaitannya.

"Tuan Michaelis, mengenali Declan. Menariknya Declan meninggalkan jurnalnya dalam tangannya dan bukan di sini" Pasti Declan berharap dia menyiasat sepantas yang mungkin dari menunggu pewarisan berlaku. "Dan kini jurnal peribadi Declan diserahkan kepada aku."

"Berdasarkan jurnal tersebut. Aku dapat katakan Declan  banyak menghabiskan hayatnya mengkaji tentang kelahiran semula dan aku  pasti dari situ makcik Bella mendapat idea untuk mencari William" Memang pada dasarnya idea kelahiran semula itu tidak masuk akal, tetapi bagi dia yang hidup dalam dunia serba-serbi mengejutkan dia tidak sangsi bahawa ia boleh terjadi. Berjumpa Tuan Michaelis cukup membuktikan teorinya sebelum ini tentang kewujudan Justin dan mencari kebenaran yang lebih lanjut. Mungkin ada perincian yang dia tidak dijangka.

"Dia  mengkaji tentang kelahiran tanpa semangat dan dia telah menjumpai  sesuatu. Berdasar apa yang dia jumpai, aku dapati ada perkaitan kuat  dengan Darkline" Daniel menarik sebuah fail yang tertera nama Miho. Dia serahkan kepada Justin.

"Miho memiliki nyawa yang terletak pada sebuah objek, dan ia bukan berlaku hanya dengan kuasa Miho tetapi sebahagiannya disebabkan oleh objek tersebut. Aku pasti objek itu berada dalam tangan Roshane semasa dia berjaya menangkap Miho."

Justin membelek fail yang diberikan. Banyak maklumat dan teori gila yang tertera di setiap muka suratnya. "Apa yang kau cuba perkatakan ialah Roshane menggunakan kuasanya untuk mengikat nyawa pada objek tersebut?"

Daniel menarik nafas berat sebelum mengangguk. "Ya, dan dia nyawanya akan mendiami perumah atau badan dan perlahan-lahan membunuh tuan perumah iaitu roh.

"Jika benar, adakah kuasanya kekal bersama Roshane apabila dia dilahirkan semula?" Soal Gilliard.

"Ini kedengaran gila, tetapi berdasarkan apa yang aku siasat selama ini, ia bukan perkara yang mustahil," Ya, ketika dia mengemukakan teori itu, dia sendiri terasa seram. Tetapi semua bukti yang dia perolehi membawa dia kepada teori itu.

"Perumah yang digunakan kemungkinan besarnya adalah anak nya sendiri."

-Imbas semula-

-Menara Jam Tera-

Daryan memerhati bandar Tera di dunia Elf dari menara jam kebanggaan bandar tersebut. Tugasannya kali itu melibatkan penculikan keluarga bangsawan. "N, aku rasa ada sesuatu yang aneh."

N adalah nama samaran bagi Marvin. "Apa yang aneh?"

"Aku rasa ini bukan penculikan biasa, kau ingat kes Richard Butcher sebelum ini?" soal Daryan.

N menelan air liurnya, ingatan pemburuan Richard Butcher kembali ulang tayang dimatanya. Pembunuhan pertama yang dia saksi dan pembunuh itu tidak lain tidak bukan sahabatnya sendiri. Semenjak kejadian itu, Daryan lebih berhati-hati dalam pemburuan dan mereka sebagai sahabat cuba menyakinkan dia bahawa mereka mampu menghadapi semua itu tetapi Daryan berkeras untuk tidak melibatkan mereka lagi.

"Ya, kenapa?"

"Aku rasa kes ini ada perkaitan dengan kes sebelum ini" jawab Daryan. "Tolong aku siasat tentang pembunuhan, penculikan atau kehilangan wanita daripada golongan bangsawan bagi seluruh dimensi dalam tempoh masa seratus tahun ini."

"Baiklah" jawab N tanpa banyak soal. Dia pergi dengan membuka portal dengan bekalan darah Daryan yang ada padanya.

-Imbas Semula-

-Menara Jam Tera seminggu kemudian-

"N sampaikan keraguan tentang perkaitan kes ni dengan kes Richard. Jadi aku buka fail Richard dan mula siasat jika ada persamaaan antara kes tersebut. Apa yang aku boleh cakap, caranya berubah namun coraknya masih sama" ujar L atau lebih dikenali sebagai Marviel.

Daryan berfikir sejenak. "Jelaskan."

"Aku dapat simpulkan mangsa memiliki kriteria yang sama tetapi corak kehilangan berbeza." L menyerahkan fail siasatannya kepada Daryan.

Daryan menyelak helaian demi helaian.

"Paling jelas sekali, mereka semua daripada keturunan bangsawan. Tetapi bukan golongan bangsawan yang biasa, mereka diperkatakan memiliki kapasiti magik yang yang lebih tinggi daripada yang lain," ujar L, membentangkan siasatan bersama Milord. Milord tidak bersamanya kerana membantu N.

"Mangsa-mangsa memiliki kebolehan dan bakat hebat dalam magik iaitu mampu menguasai semua medium magik dan yang paling penting, mereka semua diperkatakan adalah wanita perawan."

"Diperkatakan?"

"Mangsa-mangsa Richard Butcher semua belum berkahwin namun bukanlah perawan. Lady Morgana memiliki kekasih yang tidak diketahui oleh sesiapa, hanya pengasuhnya mengetahui perhubungan tersebut. Kerana berlainan darjat, hubungan itu sukar diteruskan secara terang-terangan... dan kau faham-faham sendirilah" L berkata, enggan mengulas lebih lanjut.

Daryan tertawa melihat reaksi L. Dasar loner.

"Puteri Asura pula dirogol ketika dia masih kecil. Kejadian ini menjadi rahsia Istana, setiap orang yang mengetahuinya telah diikat dengan sumpah aku janji. Dan aku sebagai seorang yang berbakat dan hebat dalam mematahkan sumpahan berjaya mencungkil rahsia ini"

Ada nada riak, namun Daryan mengaku kebolehan L dalam bab magik.

"Kedua-duanya dihapus sebab bukan perawan?" soal Daryan, ingin kepastian.

L mengangguk. "Ya. Caranya penculikannya berbeza kerana seperti yang kita sekian maklum, Richard dah..." L membuat aksi mengelar lehernya dengan tangannya. "Tetapi yang pasti ada kesan magik yang hampir sama."

Daryan melontar pandangan jauh ke hujung bandar. Dia menghadam semua maklumat yang baru diterimanya. "Perawan sememangnya lebih baik." komen Daryan. Muka L menyerbu merah.


ROYALIZEWhere stories live. Discover now