60. Evander

29 5 0
                                    

Panas matahari memerah keringat kumpulan penyelamat Damia, tiada teduhan bagi melepas lelah di padang pasir tersebut selepas bergerak hampir 5 jam tanpa henti.

"Ia berhenti di sini" Daniel berkata.

Daniel memerhati keadaan sekeliling. Dia mengeluarkan kertas, lantas dia melukis sesuatu. Ini pentagram sihir yang sekian lama dia tidak gunakan. Tidak praktikal untuk digunakan tetapi tidak untuk kali itu.

"Vin dan Viel lukis pentagram ini. Tempat Justin berdiri adalah bahagian tengahnya."

"Baik!" Vin menarik kertas daripada tangan Daniel. Mereka berdua meneliti petagram yang diminta sebelum mula melakukan kerja.

Daniel pantas menoreh lengannya dengan agak dalam. Darah yang mengalir dibiar bertakung di dalam bekas.

"Sconne, letakkan darah di setiap penjuru bintang" Bekas yang sudah penuh diserahkan kepada Sconne. Daniel menggambil bekas lain, dia masih perlukan darah. Dia menekan kawasan luka cuba memerah keluar darahnya. Darahnya bisa mengubati tetapi kalau dia terluka, lukanya tetap sakit.

"Aku akan buka setiap pintu dimensi yang ada di kawasan ini dan kau perlu cari di mana rantai itu bersambung semula."

Justin mengangguk.

Sebaik sahaja Daniel menekap tangannya berdarah di tepi pentagram. Darah itu termasuk darah yang diletakkan disekitar mula mengalir mengikuti kapur putih pentagram, menukarkan warna putih kepada merah.

Persekitaran di dalam pentagram bertukar, Justin melihat persekitarannya. Rantai itu masih terputus. "Bukan."

Daniel membuka pintu dimensi yang seterusnya. Sekali lagi Justin menggeleng. Semua perbuatan mereka diulang sehinggalah...

"Ini!" Ya, rantai itu bersambung semula dalam hutan pine. Keadaan agak gelap namun bukan malam.

"Semua lompat masuk ke tengah!" Daniel memberi arahan.

Kembar Cornellius dan Sconne terus melompat masuk. Daniel pantas melompat ke dalam. Melepaskan sihirnya.

Sekelip mata mereka berada di dimensi yang tidak diketahui.

"Daniel?!" Marvin pantas menangkap tubuh Daniel yang tiba-tiba terkulai layu. Daniel yang berada dalam pelukannya tidak sedarkan diri. Dia membaringkan Daniel di lantai hutan.

Sconne segera memeriksa Daniel. Wajah Daniel terlalu pucat. Mungkin dia terlalu banyak menggunakan darahnya. Luka di lengan Daniel diperiksa, lukanya mula menyembuh tetapi dalam kadar perlahan. Sconne membalut luka  tersebut. Magimeter dipasang.

"Tiada apa yang serius. Daniel hanya perlukan rehat" ujar Sconne. bacaan magimeter rendah tetapi terkawal.

Semua mengeluh lega.

Justin mengangguk. "kita bermalam di sini. Marviel dan Marvin tinjau kawasan sekitar dan kemudian pasangkan sihir pelindung. Aku akan siapkan khemah."

Marvin dan Marviel mengangguk, segera bergerak berasingan. Mereka sudah biasa dengan Justin yang mengambil alih kepimpinan Daniel. Nampaknya Justin juga tidak semuda yang disangka, berabad tuanya, dari segi rohani(?).

-

Hutan pine sememangnya gelap gelita pada waktu malam, tiada cahaya bulan dapat menebusi hingga ke lantai. Daniel dan kumpulan ekspedisinya menggunakan cahaya dari unggun api untuk melakukan aktiviti mereka. Mereka tidak meneruskan perjalanan sementara menunggu keadaan Daniel pulih seperti biasa.

Daniel bersandar pada pokok. Dia dapat merasakan tubuhnya bekerja keras memulihkan keadaannya. Dek kerana terlalu banyak menggunakan darah, lukanya sembuh lebih perlahan daripada kebiasaan. Dan dia tak akan menggunakan darah Justin. Lagipun kehadiran Sconne sudah mencukupi.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now