49. Kehilangan

108 5 0
                                    




Justin kembali ke Featherave, saat kakinya menjejak dataran Featherave dia dapat rasakan sesuatu telah terjadi. Cuaca yang cerah tetap terasa dingin, terik matahari yang selalu menyakiti kulitnya kini hampir tidak terasa bukan kerana dia sudah terbiasa tetapi...

"Damia?!" Nama itu terus muncul di dalam ingatannya. Perasaannya berkocak, bimbang menyergap fikirannya.

Justin mula mencari Damia di serata Featherave. Pencariannya membawa dirinya ke bilik waris Goldsilv. Kedatangannya disambut dengan kejutan yang tidak dijangka. Sahabat-sahabat Daniel berada di bilik Daniel dan lebih mengejutkan adalah Daniel yang terbaring tidak sedarkan diri di atas katilnya. Ada sesuatu yang tidak kena.

"Justin!" ujar Sconne menyedari kedatangan Justin. Semua berpaling memandang Justin.

Justin terpana. Hairan dengan situasi tersebut. "Apa yang terjadi?"

"Er... Daniel pengsan" jawab Marviel. "Lebih tepat dipengsankan"

"Kenapa?"

"Daniel meracau bila dia dapat tahu Damia hilang" Sconne pula menjawab.

"Damia hilang?" Justin pantas menyoal. Matanya menjurus ke arah Marviel. Kebimbangannya menjadi kenyataan. "Bagaimana Damia hilang?"

"Zeanz beritahu dia sepatutnya lepak bersama selepas kelas tahanan Sunshine tetapi Damia tak muncul" Jawab Sconne. "Kami cari di setiap pelusuk Featherave, tetapi masih tak diketemui. Apabila Daniel kembali pagi tadi, dia mula hilang arah dan akhirnya kami terpaksa pegunkan dan suntik ubat penenang" panjang lebar penjelasan Sconne. Dia sendiri masih terkejut apabila pengetua memanggilnya kembali atas sebab itu semalam.

Justin terduduk di sofa berhampiran. Otaknya cuba memproses semua maklumat yang baru diterimanya. Dia perlu berfikiran rasional terutamanya dengan keadaan Daniel kini. Dia menarik nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan.

"Sebagai langkah keselamatan, pasungkan Daniel sebelum dia sedar. Dalam keadaan sekarang, Daniel tidak akan dapat bertindak rasional dan rasional itu hanya kita yang mampu masukkan ke dalam kotak pemikirannya," hujah Justin. Pantas dia membuat rancangan, Daniel bukan calang-calang orang untuk di pandang enteng. Kebijaksanaan dan kelicikannya masih berfungsi walaupun emosi terganggu, dan itu harus dipatahkan.

Sconne mengangguk setuju. Marviel dan Marvin tidak pula membantah. Mereka di situ tahu bertapa Daniel menyayangi Damia lebih daripada segalanya.

Justin memeriksa Daniel"Pantau kuasa sihirnya." Dia dapat kesan sumpahan pemisah nyawa yang mengganggu kewarasan fikiran Daniel. Trimple lebih arif tentang kesan sumpahan ini berbanding Sconne. "Kita perlukan Trimple. Marvin dapatkan Trimple, bawakan dia ke sini tetapi jangan biarkan dia tahu dia di bawa ke akademi."

Justin menarik kertas pentragram yang kosong daripada beg Daniel. Jarinya ditoreh sehingga berdarah, sejurus itu dengan darah itu dia melukis sebuah pentagram. Kertas itu kemudiaannya disua kepada Marvin.

"Ambil ini. Bila keluar daripada kawasan akademi, seru Selena dan ulang arahan tadi. Dia akan bantu awak," lancar sahaja Justin memberi arahan. Botol posyen pengubah wajah bekalan Daniel juga diserahkan kepada Marvin.

Marvin menerima kedua-dua benda itu tanpa banyak bicara.

"Pastikan dia tak dapat darah perak. Kita tak nak dia cari Damia dalam keadaaan sebegini" Sekali lagi Justin mengeluarkan arahan. Jari yang luka dihisapnya. Sesungguhnya lukanya sudah mulai sembuh.

Sconne mengambil magimeter dan mula memasangkannya pada Daniel. Marviel mula mengikat Daniel pada katil. Justin beredar daripada situ meninggalkan ruangan tersebut. Ada perkara yang perlu dia lakukan.

Marvin yang berdiam diri sepanjang ketibaan Justin hanya bersuara apabila dia pasti Justin beredar. "Korang tak rasa Justin tak seperti Justin yang kita kenal?"

Marviel menyenget kepalanya, matanya memandang ke siling, berfikir sebentar. Sconne dengan lagak yang berbeza mula bergerak perlahan, cuba melihat apa yang Marvin utarakan.

"Betul juga"

Semua berstuju.

-

Seperti yang dijangka profesor Steveness bersama dengan Gilliard di pejabat pengetua. Kedua-duanya kelihatan serius berbicara. Justin mempersilakan dirinya untuk duduk di sofa bersama mereka. Lagaknya mengejutkan mereka berdua. Justin mengakui memori William sedikit sebanyak mengubahnya.

"Justin?" soal pengetua. Aneh melihat peribadi Justin yang jauh berbeza.

"Selamat petang pengetua..." Justin berkata. Matanya menjurus ke arah Gilliard. Tajam. " Dan Gilliard"

Gilliard membalas pandangan Justin. Dia tidak pernah memperkenalkan dirinya sebagai Gilliard pada Justin hanya sebagai Benjamin yang memiliki darah G. "Siapa kau?"

"Andai engkau mempersoalkan dari mana asal kuasa Goldsilv aku, aku membuat pertukaran dengan Noblese" ujar Justin. Dia yang dahulu mahupun yang kini sentiasa jengkel dengan Gilliard. Bahkan kian bertambah setelah mengenali Gilliard yang sebenarnya "Aku yang dulu, William anak sulung Ambrigio."

"William? bagaimana?" soal Gilliard sedikit terkesima dengan fakta tersebut. Dia cukup mengenali waris Ambrigio "Engkau yang masih mendewasa..." Gilliard memandang Justin dari atas ke bawah dan berulang semula. Dia sentiasa memerhati Justin semenjak dia wujud dalam carta kuasa. "Engkau guna sumpahan kelahiran semula?"

Dia tahu waris Ambrigio memiliki kuasa yang tiada siapa mampu melakukannya. Dia pernah dengar akan sumpahan sekali, itu pun tersasul dari mulut Sebastian.

"Ya, kuasa goldsilv pada aku adalah milik kembar Noblese. Ibunya cuba menyingkirkan Goldsilv pada mereka namun tidak berjaya. Aku cuma mampu meruntuhkan kesempurnaannya dan mengurangkan nilainya."

Justin tidak mengingati apa yang terjadi pada dirinya setelah dia meninggalkan jasadnya. Dia membangkitkan kuasa Goldsilv dalam dirinya.

Gilliard melihat anak mata Justin yang kini membentuk simbol goldenic dan silverilica yang sempurna di atas mata hitamnya.

"Seperti yang dilihat, kuasa Goldsilv pada saya telah sempurna. Oleh sebab itu, kuasa goldsilv pada kembar Noblese berlainan dan mustahil untuk dirampas" Justin berkata.

"Apa yang terjadi kepada Arabella? kepada anak-anaknya?" Soal profesor Steveness.

Justin mengeluh, pandangannya tertunduk memandang ke lantai.

"Vampire tulen umpama parasit pada tubuh manusia. Arabella sudah tiada" Gilliard menjawab bagi pihak Justin.

Profesor Steveness bersimpati. Dia amat mengenali Arabella, memorinya tentang waris-waris Goldsilv tidak pernah hilang dek darah Gilliard yang dia minum saban tahun.

"Arabella seorang yang penyayang. Kamu mungkin bukan anak dia bersama Declan, tetapi kamu lahir dari rahimnya. Saya pasti dia menyayangi kamu seperti anaknya sendiri"

Justin tersenyum dengan hujah pengetua, ikhlas dari hatinya. Arabella hidup beberapa hari selepas melahirkannya. Kata pengetua di rumah kebajikannya dahulu, Arabella tidak pernah lepaskannya dari jaganya. Ketika dia hanya Justin, dia tahu dia anak yang diingini bukannya anak terbuang dan kini dia akan terus mempercayainya.

"Kita akan berbincang tentang pencarian Damia apabila Daniel sedar. Saya yakin dia tidak mahu ketinggalan. Sementara itu, saya akan lakukan pencarian ditempat berhampiran. Mungkin ada bukti yang tertinggal yang boleh dijadikan permulaan" Justin membentangkan pendapatnya.

"Kenapa perlu menunggu Daniel?" Soal Gilliard, tidak menyetujui dengan rancangan tersebut.

"Percayalah Gilliard, Daniel adalah peluang terbesar untuk kita menjumpai Damia. Tidak seperti kau, dia telah lakukan pelbagai perkara untuk keselamatan Damia," sinis nada Justin. "Tuan Pengetua, saya telah minta Marvin untuk membawa masuk Trimple, rakan sekerja Daniel. Kalau tidak keberatan, tolong perhatikan dia. Dia bukan musuh mahupun kawan."

Profesor mengangguk. "Baiklah, saya akan buat begitu."

Justin keluar daripada pejabat tanpa mengucap selamat tinggal. Hatinya panas kerana Gilliard sekali lagi gagal melindungi pewarisnya. Atau lebih tepat melindungi Damia.

Air mata bertakung dibibir matanya. "Damia..."

ROYALIZEWhere stories live. Discover now