41. Kesan

144 8 1
                                    

Semenjak Damia mendiami bilik pewaris Goldsilv, dia menghabiskan masanya dengan termenung. Profesor Steveness tidak membenarkannya masuk ke kelas selagi dia tidak mampu mengawal kuasanya. Dia tidak kisah kerana dia sendiri tidak bersemangat untuk belajar.

Siang malam dia menangisi nasib. Perasaan yang dialaminya sewaktu kematian ibu bapanya tidak berhenti menghantuinya. Setiap malam dia bermimpi ngeri yang sentiasa bermula dengan memori indah.

Pintu biliknya dikuak daripada luar, Justin masuk. Sudah menjadi tugasnya untuk menemani Damia. Tidak seperti Damia, dia masih diwajibkan untuk menghadiri kelas.

Damia bersandar pada bahu Justin. Hanya bersama Justin dia mampu berasa selamat.

Justin membelai rambut Damia. "Mia dah makan?"

Damia menggeleng, seleranya tidak kunjung tiba semenjak kejadian posyen hari itu. "Just?"

Justin menggeleng juga. "Just tak makan kalau Mia tak makan."

Damia berpaling dia menatap wajah Justin. Berkerut dahinya mendengar jawapan Justin. "Just kena makan."

Pipi Damia disentuh lembut, matanya biru laut yang kini dihiasi dengan corak goldenic keemasan. "Jom makan" Justin mendukung Damia ke kerusi.

Makanan tiba dengan bantuan Chiwan. Catten adalah sejenis makhluk yang dapat beralih tempat tanpa batasan selagi mereka mengenali tempatnya.

Daging ayam dipotong ke potongan lebih kecil lalu Justin menyuap Damia. Gadis itu tidak segembira dahulu semenjak mengetahui punca kematian ibu bapanya sebenar.

"Kalau Just ajar cara untuk kawal kuasa Mia, Mia nak belajar?" Soal Justin. Sebenarnya sudah lama dia mahu mengutarakan tetapi waktu sentiasa tidak bersesuaian.

Mata Damia membuntang. "Nak!" Kata Damia bersama dengan semua barang di kabinet jatuh. Keterujaannya melepaskan kuasa Goldenicnya. "Ops!" Damia menekup mulutnya.

Agak leceh apabila dia mampu mengunakan magik tanpa perantaraan. Semua sihirnya kini diluar kawalannya.

Justin menggeleng. Dia memetik jarinya. Seraya semua kembali kepada keadaan asal.

"Kita makan dulu, rehat dan lepas tu baru berlatih" ujar Justin.

Tanpa membantah, Damia mula menjamah makanan yang disediakan. Sebenarnya dia masih tak memahami mengapa Justin turut mempunyai kuasa sepertinya. Mata hitam Justin sangat menonjolkan serpihan emas tapi hanya pada mata kanan. Tambahan pula Justin senang sekali menyembunyikan serpihan itu.

-

Pintu dimensi dibuka dengan menggunakan darah Justin. Pada mulanya ia menakutkan Damia, tetapi apabila diamatinya, ia tidak sama seperti portal yang pernah dimasukinya.

Justin memegang erat tangan Damia, cuba menyakinkan gadis itu tiada apa yang perlu ditakutkan.

Mereka berada di salah satu markas Daniel yang terletak di dimensi duyung, terletak jauh didasar laut.

Damia melihat keadaan sekeliling. Sesetengah barang disekitar itu milik kembar Cornerludge dan Sconne.

Justin menekan punat pada pintu yang tertutup tanpa tombol. Daniel mengarahkannya untuk menggunakan kemudahan di situ atas tujuan melatih Damia.

Tindak tanduk Daniel tidak langsung dia mampu fahami. Sebelum ini Daniel pasti segera mencari Damia jika ada sesuatu yang berlaku, tetapi kali ini dia bertindak seolah-olah bersembunyi daripada Damia.

"Kita berada di mana, Just?" Soal Damia. Dia yakin dia tidak pernah berada di situ walaupun pada masa kanak-kanak.

Bilik yang penuh dengan kelengkapan senjata. Sebahagian daripada dinding dipenuhi dengan pentagram yang rumit.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now