38. Memori Kembali

214 16 3
                                    

Wajah wanita itu kelihatan panik walaupun bibirnya menguntum senyuman. Tangannya mengigil yang cuba dikawal, dia memeluk tubuh anak perempuan yang baru berusia lima tahun dengan erat.

"Ayah dan ibu sayang puteri. Sayang abang. Puteri jaga abang ya." Daisy mencium tiap inci wajah anaknya, Damia. "Puteri dan abang adalah hadiah terbaik kami" dia ingin anaknya tahu, dia tidak mahu menyesal. Apa-apa yang terjadi nanti biarlah anaknya tahu mereka amat disayangi.

"Ibu?" Hampir lemas anaknya dengan hujanan ciumannya.

Dia mengangkat wajahnya memandang ke luar jendela. Cuaca suram, sekali-sekala diterangan dengan lintasan cahaya. Riuh suasana di luar. Tangannya yang berdarah dipandang sebentar.

Dia cuba membuka pintu dimensi. Malangnya dia gagal membuka pintu disebelah dimensi yang lain. Perangkap yang dipasang musuh benar-benar berkesan. Mereka terperangkap di rumah sendiri.

Suaminya terpaksa berperang di luar bersama teman yang pantas tiba sebaik alarm keselamatan memberi amaran. Nasib baik anak sulung mereka, Daniel pergi berguru di dimensi lain. Sekurang-kurangnya Daniel pasti selamat.

Tangannya diangkat darah mengalir sehingga ke siku, luka akibat cubaan membuka dimensinya pada amaran pertama. Jika ini yang mereka mahu kan, dia tekad, bukan semua menjadi milik mereka. Ibu jarinya berlumuran darah dipaksa masuk ke dalam mulut Damia. Mulutnya terkumat-kamit membaca mentera.

Sebaik sahaja selesai, dia membuka sekali lagi pintu dimensi. Damia di tolaknya masuk ke dalam.

"Puteri tunggu sini. Nanti ibu datang." Matanya bergenang airmata apabila anaknya mula menangis enggan ditinggalkan. "Tunggu abang datang. Ingat, ibu ayah sayang puteri dengan abang"

Dia mengucup anaknya buat kali terakhir. "Ibu ayah sayang sangat"

Pantas dia menutup pintu dimensi. 'Ivan sayang, kasih datang.'

-

Damia membuka matanya apabila cahaya menerangi ruang yang gelap. Wajah Daniel muncul di balik suber cahaya. Tangannya menarik Damia.

"Puteri pejam mata sampai abang beritahu ya" ujar Daniel dengan lembut walaupun agak bergetar.

"Kenapa?" Soal Damia naif.

"Tolong, puteri." Damia akur. Suara abangnya hampir merayu.

Daniel mendukung adiknya setelah menarik keluar dari dimensi yang disembunyikan ibunya. Damia dipeluk erat. Airmatanya berderai jatuh.

Runtung hatinya apabila mendapat petanda kepergian ibu dan ayahnya.

Dia kuatkan semangat sebelum pulang ke rumahnya. Apa yang tidak aneh apabila gurunya yang merangkap sahabat baik ayahnya tiba-tiba tidak mengenali orang tuanya. Dia sebagai anak sulung banyak ilmu telah diterapkan oleh ayahnya lebih-lebih lagi sejak kematian pakcik dan makciknya segera faham dengan petanda tersebut.

Daniel menyelusuri lorong ke ruang tamu. Dengan darah yang mengubah warna asal rumahnya, dengan tubuh sahabat dan lawan yang bergelimpangan. Ngeri baginya namun sebagai abang dia kuatkan diri. Damia baru lima tahun, dia masih tidak memahami situasi keluarga mereka.

Dia menjumpai tubuh yang di carinya walaupun jauh di sudut hatinya masih cuba menidakkannya. Damia diletak untuk berdiri sendiri. Dengan tangan yang mengigil dia memegang wajah ibunya.

Perit hatinya terluah dari bibirnya. Songket mata ibunya kosong, begitu juga ayahnya. Kerana darah yang mengalir ditubuh, mereka dibunuh sebegitu kejam. Mata adalah sumber kekuatan keluarga mereka. Satu-satunya cara paksaan untuk mendapat kekuasaannya.

"Abang?" Panggil Damia yang masih menutup matanya. Tidak sesekali dia membukanya kerana dia mempercayai abangnya

Daniel tersentak. Dia menghapuskan air matanya dengan lengan bajunya. Sebagai abang dia harus kuat, dia pelindung. Kini Damia adalah satu-satunya keluarganya, hartanya, nyawanya.

Dia menarik tongkat ibunya lantas disimpan ke dalam poket manakala tongkat ayahnya dipegang erat.

"Takk ya loft, takk at lyfta, takk at fela" bibirnya menutur mantera dengan tongkat Ivan.

Tubuh ibu dan ayahnya terapung, dia mendukung Damia ke bilik ibu dan ayahnya. Kedua-dua ibu ayahnya dibaring diatas tilam dan diselimutkan seolah-olah lena di dalam mimpi. Dia harus memberi peluang kepada adiknya untuk melihat mereka buat kali terakhir, dalam keadaan yang terbaik.

"Puteri buka mata" ujar Daniel perlahan dan rendah.

Damia membuka matanya. Dia melonjak ke atas katil mendapatkan ayahnya sebaik sahaja melihat kelibat Ivan terbaring.

Damia mengoncang tubuh ayahnya. "Ayah bangun!" Tiada reaksi. Ibunya dicapai. "Ibu bangun!"

Damia mula menangis bila tiada sahutan daripada kedua-duanya. Dicium, dipeluk berulang kali namun tak juga bangun.

Daniel menarik tubuh adiknya. Buat kali terakhir dia mencium orang tuanya. Kemudiannya dengan sekelip mata dia memindahkan mereka ke luar rumah. Dia memegang tangan adiknya yang menangis dengan tangan kirinya. Tangan kanan yang memegang tongkat dihayun.

Rumah mereka mula terbakar. Daniel memerhati api meranap semua sesuatu yang pernah menjadi milik mereka. Itu yang pertama dilakukan oleh ayahnya setelah berita kematian Declan dan Arabella. Tidak pernah sesekali dia menyangka bahawa dia harus melakukan perkara yang sama.

-

Damia duduk di tengah bulatan petagram. Dia tidak memahami apa yang sedang berlaku. Bilik itu cuma diterangi cahaya lilin. Ada 6 mangkuk di setiap penjuru bintang.

Daniel di luar petagram memerhati adiknya. Tidak lama baginya untuk mempelajari upacara itu. Kebijaksanaan ibu dan ayahnya nampaknya diturunkan kepadanya.

"Abang!" Panggil Damia, dia tidak dapat meninggalkan bulatan itu. Tubuhnya enggan bergerak. Damia menjadi takut.

Daniel mengangkat tongkatnya "Puteri, ini semua demi puteri." Dia mengelar tangannya, membiarkan tongkat sihir itu bermandikan darahnya. "Sentiasa percayakan abang" tongkat itu kemudian dihala ke arah Damia.

Damia mula menangis teresak-esak, ketakutan sehingga dunianya menjadi kelam. Gelap gelita, sunyi dan kosong.

-memori tamat-

"Arghhhh!!!!" Damia meronta di atas katilnya. Kepalanya terasa berat. Seluruh tubuhnya terasa sakit seolah-olah ada sesuatu yang berada dalam dirinya diluar kemampuannya untuk menanggung.

"Royalize" Doktor Scott segera datang menghampirinya sebaik sahaja Damia kembali sedar.

Damia menjeling. "Keluar!" Jeritnya. Enggan disentuh.

Sebaris ayat yang ringkas tetapi kesannya menyebabkan Doktor Scott terpelanting keluar dari bilik itu.

Justin memeluk tubuh Damia. Damia berperangai diluar kebiasaan. Dia dapat merasakan perasaan Damia bercelaru.

Doktor Scott bangun, dia mengadu sakit impak sihir Damia. Damia mengerut dahinya apabila Doktor Scott enggan berhenti mencuba.

Pintu bilik kesihatan tertutup dengan sendirinya. Perabot di dalam bilik itu berterbangan menghalang pintu.

Justin melihat Damia mula menutup pintu dan tingkap di dalam bilik itu dengan kuasanya, menutup semua hubungan bilik itu dengan dunia luar. Dia kemudiannya melihat wajah Damia.

Anak mata Damia tidak lagi berwarna biru langit semata-mata. Serpihan emas di dalam matanya mula membentuk simbol, menonjolkan kematangan kuasa goldenic milik Damia.

"Just" panggil Damia hampir merayu. Matanya mula bergenang dengan air mata.

"Ya Mia?" Jawab Justin, dia menyentuh dadanya. Perasaan sedih Damia mula menusuk hatinya.

"Ibu dan ayah Mia dah mati." Ujar Damia. "Mia panggil ayah, ayah tak jawab"

Justin memeluk kembali Damia. Belakang Damia diusap penuh kasih.

"Mia panggil ibu, ibu tak bangun"

Kesedihan Damia tidak tertanggung menyebabkan kuasa miliknya mengubah suasana bilik itu sesuram perasaannya. Warna terang dinding berubah gelap.

Hebatnya kuasa Goldenic. Darah yang mampu menghasilkan sihir tanpa mantera. Darah yang menunaikan impian dengan bayaran setimpal. Darah yang menjadikannya yatim piatu.

ROYALIZEWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu