11. Semangat

478 23 0
                                    

Suasana pagi itu tenang dan cukup mendamaikan. Pelajar-pelajar akedemi Featherave majoritinya bersemangat menghadiri perjumpaan homeroom. Tetapi tidak bagi Damia yang jelas tidak bersemangat.

Zeanz mengetuk kepala Damia. Mengaduh sakit Damia sambil mengosok-gosok kepalanya.

"kenapa lemah semacam je hari ni?" soal Zeanz yang memilih untuk duduk bersebelahan Trisha.

Damia menggelengkan kepalanya.

"Hari-hari aku kuat" Jawab Damia.

Trisha yang duduk disebelah Damia ketawa kecil. Zeanz menghadiahkan satu tamparan di bahu Damia. Namun tidaklah begitu kuat. Mahunya dia dimarah abangnya, Sconne kerana berkasar dengan perempuan. Biasalah Sconne mengamalkan sikap lelaki budiman atau lebih pantas digelar kasanova.

Damia menarik senyuman segaris. Tak sampai beberapa saat, wajahnya bertukar bengis. "Zeanz! Kau memang nak kena dengan aku!" ujarnya geram.

Zeanz pantas menahan kedua-dua tangan Damia sebelum berlaku scene yang menyayat hati. Zeanz yang dulu pendiam, kini berubah terutamanya bahagian mengetawakan orang. Damia yang tengah bengang diketawakan. Trisha yang menonton mengaru kepala kehairanan.

"Zeanz, Sun seksa kau teruk sangat ke sampai kau hilang kewarasan untuk ketawa ketika nak dibunuh?" soalan Trisha sedikit sebanyak mengurangkan kemarahan Damia. Lucu juga mendengarnya.

"Aku gembira sebab apabila dah kena marah macam ni, tak syak lagi Damia Royalize dah kembali" ujarnya. "Selalunya penolong aku ni bersemangat meringankan beban aku, tetapi dua tiga hari ni asyik aku je menghadap professor Benjamin"

Damia mengakui kata-kata Zeanz. Semuanya angkara Justin! Dua tiga hari ni asyik lari sahaja daripada dia. Bingung dibuatnya mencari apa kesilapan yang dilakukan.

Trisha mengangguk setuju. "Damia?" Damia memandang Trisha yang menyebut namanya. "Semangat!" Sorak Trisha.

Akhirnya, Damia melahirkan senyuman lebar. Ya! Dia tidak boleh berdiam diri. Dia harus bertindak.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now