10. Istimewa

494 29 0
                                    

-Dataran Violetta, Kolej Kediaman Violetta-

Riuh rendah dataran Violetta dengan suara pelajar-pelajarnya. Masing-masing tak sabar untuk memulakan latihan sihir pentagram terutamanya pelajar tahun satu.

Tiba-tiba suasana menjadi sunyi sepi sebelum bertukar menjadi sorakan yang meriah. Di udara dataran Violetta, seorang lelaki yang merupakan pelajar tahun akhir di akademi dan juga merupakan ketua pasukan Violetta meluncur dengan pentagram.

Kenta mendarat di atas tugu kebanggaan Violetta, tugu Naga Permata Violetta. "Wahai rakyatku, Violettan. Adakah semua tidak sabar menunggu kehadiran beta?"

"Ya!" semua menjawab dengan penuh bersemangat.

"Rakyat kebanggaan be..." Kenta terdiam.

Suasana sepi kembali menyapa. Semua memberi ruang untuk seorang pelajar perempuan menapak ke arah Kenta.

"Kenta, turun!" jerit Hani penolong ketua pasukan.

Kenta enggan berganjak. "Ini kan masa latihan kelas Pentagram. Sayang tak ambil kelas ni kan?" dia menyusun nadanya dengan penuh romantis. "Sayang rindu ayang kan?"

Menjerit Hani dibuatnya. Geram san menyampah. "Kau! Kalau kau tak turun juga, aku panggil Snivel."

Mendengar nama Snivel cukup mengkakukan Kenta. Perit jika Snivel menghukumnya. Cuci kandang stokis yang sememangnya takkan bersih, menanam pokok Eaterz yang boleh membaham tangan orangnya jika tersilap langkah...Gerunnya walaupun sekadar memikirkannya.

Kenta terjun dari tugu setinggi 6 meter itu. Sebelum sempat dia terhempas ke tanah. Kenta pantas mencipta pentagram untuk menerapungkan dirinya.

Sekali lagi, aksinya mendapat sambutan hangat. Semua bertepuk dan bersorak untuknya.

Meluat melihat gelagat Kenta. Hani segera meninggalkan dataran Violetta.

"Selamat pergi sayangku. Rindukan ayang!" Ujar Kenta dengan penuh drama. Dia melayang ciumannya.

Gamat dataran Violetta dengan gelak ketawa.

Kenta berdiri tegak, mengatur kemas uniformnya. Dia berdehem.

"Cukuplah dengan ketawa" Mula terserlah sikap kepimpinan Kenta. "Tahun pertama ikut saya! Yang lain macam tahun lepas! Jangan malas"

Masing-masing mula mengambil tempat masing-masing. Pelajar tahun satu pula terkocoh-kocoh mengejar Kenta yang meluncur laju dengan pentagramnya.

Semua pelajar tahun satu Violetta yang mengambil kelas khas pentagram fokus menghasil pentagram. Tidak terkecuali juga degan Damia.

"Susahlah Myra," adu Damia setelah semua percubannya gagal.

"Kenapa dia suruh kita hasilkan pentagram tanpa ajar kita terlebih dahulu?" begitu juga Myra, teman sepasukan Damia.

Tiba-tiba lengan Damia dipegang oleh tangan yang lebih besar darinya dari arah belakang. Pastinya tangan lelaki. Damia cuba menoleh. Tetapi empunya gerangan pantas menegur.

"Pandang depan dan fokus tentang gambaran pentagram tadi" Arah lelaki itu. Damia menurut sahaja. "kemudian salurkan tenaga ke tangan sepenuh hati."

Akhirnya Damia berjaya menghasilkan pentagram yang memancar cahaya putih.

Damia melonjak kegembiraan. Dia segera berpusing ke belakang untuk mengucap terima kasih kepada lelaki yang menolongnya.

Tiada suara yang terkeluar daripada mulut Damia. Senyumannya juga terus menghilang. Matanya tertancap pada wajah lelaki itu, Okka.

"Awak tahu, cahaya yang dihasilkan akan menunjukkan kemampuan awak dalam menghasilkan pentagram. Awak boleh tahan juga dapat hasilkan cahaya putih," bicara Okka dengan nada yang menenangkan."Kenapa awak pandang saya macam tu? Ada sesuatu yang tak kena ke?"

Damia menggeleng.

"Tak sangka kita bertemu lagi."

Okka tersenyum nipis. "ya, takdir kita mungkin. Mari saya ajar awak pentagram"

Damia tersenyum sebelum mengangguk. Sekali lagi dia cuba menghasilkan pentagram. Okka memimpin tangan Damia.

Di atas bumbung bangunan utama Violetta. Daniel dan Justin duduk bersama sambil memerhati gelagat Damia dan Okka yang berada di dataran tanpa pengetahuan mereka.

"Puteri memang menarik bukan Justin?" nada yang ditutur penuh sarkastik. "ada sahaja yang tertarik padanya."

Justin berpaling. Kata-kata itu sedikit sebanyak menuju kepadanya.

Daniel menepuk lembut bahu Justin. "Tapi tak kisahlah. Aku tahu kau ada untuk menjaganya." Daniel tersenyum "Sentiasa ada untuknya."

Justin melompat ke penghadang. Dia terjun lantas dengan pantas menghasilkan pentagram terbang. Kata-kata Daniel mempengaruhi dirinya. Dia tahu Daniel maksudkan sesuatu yang membuat dirinya kesal dengan kelemahannya.

Daniel memandang kepergian Justin dengan ketawa kecil. Tingkah laku Justin sering kali mencuit hatinya.

"Justin, Justin, Justin," berulangkali nama itu disebutnya dengan nada lucu. "segalanya perlukan pengorbanan."

Daniel mengalihkan pandangnya kembali kepada Damia. Membiarkan dirinya dibuai kedamaian melihat wajah kesayangannya.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now