53. Ekstrak

94 4 3
                                    

-Bilik Hana-

Bilik Hana lebih besar daripada ruang Damia dikurungkan. Sebahagian besar bilik itu dipenuhi dengan rak buku. Buku-buku yang menjadi guru Hana setelah Okka. Di dinding yang lain, ia dicat dengan warna-warna yang cerah dan ceria. Tiada tingkap dan hanya ada beranda yang disihir seolah-olah ia menghadap ke dunia luar. Di satu sudut yang berhampiran beranda tersebut terletaknya katil Hana yang luas dan besar, dipenuhi dengan anak-anak patung haiwan yang pelbagai, menjadi teman-teman Hana di tempat yang besar ini.

Sudah beberapa hari dia berpindah ke bilik itu atas permintaan Hana. Okka pula terpaksa beralah dan akur dengan permintaan Hana. Sebagai syarat Damia memakai rantai kaki, Okka mencipta rantai kaki khas untuk Damia. Dengan kaki yang dirantai oleh rantai itu, tiada sihir yang dapat dilakukannya tanpa dia sendiri berasa kesakitan yang memedihkan. Dia pernah mencubanya sekali dan cukup membuatkan dia lumpuh seharian.

Damia duduk diberanda, hanya langit magik itu sahaja yang dia kenali.  Itulah bahagian kegemarannya di bilik Hana.

Hana sedang dibuai mimpi. Semenjak dua tiga hari ini, Hana banyak menghabiskan masanya dengan tidur. Dia membiarkan sahaja Damia meluangkan masanya bersendirian.

Pintu diketuk halus, Okka masuk tanpa dijemput.


"Damia tak tidur lagi?" soal Okka. Tiada jawapan. Lantaran dia merapati kembarnya. Duduk disebelah katil Hana, tidak lama kemudian dia ralit memerhati Hana.

Jelas kelihatan kasih Okka pada Hana di mata Damia. Walaupun dia marah akan Okka, dia tidak mampu membencinya. Okka terlalu persis abangnya, daripada wajah sehinggalah personaliti, cara mereka menyayangi juga sama. Dia pula tidak jauh berbeza dengan Hana, sentiasa dibiar buta dengan segala apa yang terjadi di sekeliling. Cuma keadaan Hana lebih ekstrem daripadanya, Hana dinafikan dunia.

"Aku tak faham" Ujar Damia. "kau katakan kita berkeluarga"

Okka menarik nafas panjang. Pahit terasa menelan air liur. Dia menghampiri Damia.

Damia hanya memandang sepi, tidak berganjak. Dia tahu dia tidak mampu ke mana-mana pun.

"Kuasa yang kita miliki bukan datang secara tiba-tiba. Ini adalah kuasa keturunan, cukup membuktikan kita bersaudara" jawab Okka. Dia duduk di samping Damia. "Namun Justin bukan keluarga kita, kuasa goldsilv padanya bukan miliknya"

Damia mengerut dahinya. tidak mengerti.

"Lihat mata saya," pinta Okka.

Anak mata Okka mula menunjukkan serpihan perak di mata kanan dan simbol emas di mata kiri. Okka menghasilkan bola cahaya dengan tangannya tanpa medium magik. "Ini kuasa Goldenic"

Kemudian Okka menggigit jarinya sehingga berdarah dan dengan darah yang mengalir dia cuba membuka pintu portal dimensi. Hanya serpihan magik yang kelihatan. "Dan ini sepatutnya kuasa Silverillica, kuasa untuk membuka pintu dimensi"

"Saya tidak mampu menghasilkan kuasa silverillica sebab kuasa silverillica milik saya tidak sempurna. bahkan kuasa goldenic pada saya juga tidak sesempurna Damia. Ini kerana, sebahagian besar kuasa saya dan Hana telah berpindah kepada Justin. saya tidak tahu bagaimana, tetapi saya pasti ia milik kami"

Tenang Okka menerangkan segalanya, walaupun itu punca segalanya apa yang terjadi ke atasnya dan Hana. "Kerana ketidak kesempurnaan ini, kita berada dalam situasi ini. Saya lakukannya semua ini kerana terpaksa, Damia. Kalau tidak, Hana tak akan mampu bertahan."

"Kuasa Silverillica tidak terlalu terikat dengan magik.  Saya yang cuma mampu menghasil serpihan perak, jadi ketidak kesempurnaan kepada saya tidak mengganggu saya untuk hidup secara normal. Tetapi ini tidak pada Hana yang memiliki kuasa goldenic yang lemah. Goldenic adalah magik, tidak terhasil daripada tubuh tetapi diekstrak dari sekeliling. Hana tiada keupayaan untuk ekstrak benang-benang emas. Oleh itu, kuasa magik dalam tubuhnya sentiasa tidak seimbang sekaligus mengganggu kesihatannya. Kuasa Silverillicanya hanya mampu mengurangkan simptom."

"Hanya Tuan yang mampu membantu Hana"

"Kami ada, kenapa kau tidak minta bantuan kami?"

Okka mengeluh. "Semuanya dah terlambat Damia. Apa yang telah saya lakukan tiada jalan pulang." Okka menyentuh tangan Damia, aneh baginya kerana masih menyayangi Damia. "Malangnya kita tidak bertemu lebih awal."

Hana mengerang kesakitan dalam tidurnya. Dia mencakar-cakar dadanya.

Okka pantas menghampiri adiknya, begitu jua Damia. Dia mengambil magimeter yang terletak dalam laci berhampiran.  Dia memeriksa Hana sementara Damia menahan Hana daripada terus mencederakan dirinya sendiri.

Bacaan sihirnya rendah. "Sejak bila Hana asyik tidur?" Soal Okka, dia menarik kalendar Hana. Tarikh untuk menerima benang-benang emas masih ada seminggu. "Damia?!"

Damia tersedar daripada kebingungan. "Sejak 3 hari lepas."

"Hana ada lakukan sebarang sihir?" Soal Okka, kerisauan.

Damia mengangguk. Hana ada melakukan cubaan untuk membebaskan dari rantai kaki. Dia juga ada mengajar Hana tentang sihir-sihir yang diketahuinya.

Sudah berapa kali Okka menegah Hana daripada melakukan sebarang magik. Tenaga magik padanya hanya digunakan untuk menstabilkan antara badannya dengan tenaga magik. Hana tidak pernah mahu mendengar katanya. Degil.

"Mungkin aku boleh bantu," hujah Damia.

Okka memandang Damia tidak berkelip.  Dia cuba untuk membuat keputusan dengan kadar segera. Dia memutuskan rantai kaki Damia. Itu jawapannya. Dia akan mempercayai Damia, demi Hana.

"Guna kuasa goldenic untuk ekstrak benang-benang emas. Ekstrak dalam jumlah yang besar. Kalau tidak mencukupi, goldenic tidak akan biarkan ia dikongsi" Okka memandu Damia untuk membantu kembarnya. Simbol emas dimata Damia tenggelam timbul muncul dek kerana sihir kunci yang dikenakan. "Fokuskan tenaga sihir pada bahagian mata. Itu teras utama"

Simbol goldenic akhirnya terbentuk lengkap. Damia dapat merasakan badannya dilimpahi dengan tenaga yang melimpah ruah bahkan, pandangannya juga disilau dengan cahaya terang yang membutakan.

"Tangan"

Damia menghulurkan tangannya. Okka menyambutnya.

"Maaf"

Seraya Damia terjerit kesakitan apabila tangannya ditoreh dengan benda tajam. Cahaya yang menyilaukan mula memudarkan. Dia dapat lihat darahnya yang mengalir dititip pada bibir Hana. Darah? terlalu keemasan mahu disebut darah.

Hana kelihatan semakin tenang. Okka membuat pemeriksaan lanjut, memastikan Hana betul-betul telah stabil.

"Hana okay?" soal Damia masih kaku ditempatnya.

Okka memandang Damia. Tangan Damia masih berdarah. Adakah gadis itu masih tidak sedar yang dia boleh melarikan diri daripadanya ketika itu? Dia laci yang sama tadi, dia mengeluarkan peti kecemasan.

Tangan Damia diraih, luka Damia dirawat.

"Hana okay?" ulang Damia lagi, kebimbangan yang masih tidak surut.

"Hana baik." jawab Okka sambil membalut tangan Damia.

Damia menarik nafas lega. Dia rasa dia antara punca Hana jadi sebegitu. "Kenapa dengan Hana?"

"Ini kesan apabila kuasa goldenic pada Hana berkurangan. Badannya akan perlahan-lahan merosakkan dalamannya. Semakin Hana mendewasa semakin banyak tenaga Goldenic diperlukan sehingga kuasa Silverillica tidak mampu membendung seratus peratus simptom.

Apa yang Damia lakukan tadi adalah antara cara untuk memindahkan tenaga goldenic kepada Hana. Hanya Damia dan Tuan yang dapat lakukan. Damia adalah Goldenic yang sempurna"

Damia mengangguk faham. "Damia boleh bantu Hana?"

Okka mengemaskan balutan tangan Damia. Dia mengangguk, matanya masih tertacap pada tangan Damia lalu singgah ke kakinya. Dia merantai kaki Damia semula.

"Ya, tetapi semuanya dah terlambat."

Okka meninggalkan bilik tersebut dengan perasaan kecewa. Sesungguhnya dia kecewa dengan takdir. Kecewa kerana dia bertemu Damia setelah dia bertemu Tuan.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now