54. Tuan

103 4 1
                                    

-Kubu Lama-

Hana terbaring tidak sedarkan diri di atas mazbah. Tubuhnya hanya dibaluti dengan gaun panjang putih, warna kegemaran Tuan. Pakaian rasminya ketika dia berada di istana lelaki itu.

Tuan, lelaki yang kelihatan berusia lewat 30an, namun bertubuh sasa dan wajahnya pula manis dengan senyuman yang menawan. Senyuman yang Okka tahu terukir kerana sesuatu yang kejam dan keji, tidak pernah sekalipun senyuman itu menyenangkannya. Lelaki itu yang Okka kenali sebagai Tuan, namun nama sebenarnya adalah Roshane.

Okka melihat setiap gerak geri Tuan, dengan mata goldsilvnya. Dia melihat benang-benang emas diekstrak secara paksa ke tubuh kembarnya. Mata tuan memiliki simbol yang lain daripada simbol Goldsilv yang pernah dilihatnya. Simbolnya seperti ikatan infiniti dalam bentuk segitiga, warna perak dan emas bercampur aduk di setiap anak matanya, dan setiapnya dikaburi dengan serpihan hitam. Ia menunjukkan kedua-dua kuasa itu bertempur antara satu sama lain dalam tubuh Tuan. Tubuh Tuan tidak pernah sebati dengan kuasa goldsilv sepanjang pemerhatiannnya. Kuasa unik Tuan yang mampu mengikat benang emas ketubuhnya atau sesiapapun, Tuan yang merampas kuasa goldsilv dapat mengunakan kuasa goldenic.

Setelah selesai ekstrak benang-benang emas untuk Hana, Roshane menanam sebahagian tenaga magiknya ke dalam tubuh Hana. Tenaga yang sering ditambahnya setiap kali selesai dia melakukan upacara esktrak. Ia bertujuan menguatkan ikatannya pada dua beradik tersebut.

Roshane duduk di singgahsananya. Ekstrak benang-benang emas sangat memerlukan tenaga, benang tersebut terlalu kuat. Kalau dirinya yang dahulu, itu sesuatu yang mustahil.

"Okka, bagaimana dengan Royalize?" soal Roshane, dia bersandar pada singgahsananya.

Okka menelan air liurnya. Dia tidak pasti apa yang perlu diberitahu.

Kebisuan Okka mengundang pandangan mata Roshane. Dia hanya menarik senyuman segaris walaupun hatinya mula berasa jengkel. Sejak kebelakangan ini Okka agak lain. Tidak begitu patuh seperti dahulu. Tangannya diangkat ke paras mata, lantas jarinya dipetik seraya itu Hana mengerang kesakitan.

Okka yang tersedar dek suara Hana yang memecah kesunyian. Okka berlari tergesa-gesa mendapatkan Roshane. Dia sujud ke kaki Roshane, harga dirinya tiada setiap kali Tuan bertindak seperti ini.

"Maafkan saya Tuan, maafkan saya!" terdesak Okka merayu meminta maaf atas kekhilafannya. Kaki Roshane dicium berulang kali. "Semua salah saya Tuan!"

Senyuman Roshane kian melebar. Dia suka melihat Okka begini. Dia menambah kekuatan magiknya pada Hana menyebabkan gadis itu menjerit dengan nyaringnya sehingga tubuhnya terangkat daripada mazbah. Keistimewaan keluarga Darkline yang dapat mengawal ketakutan. Dari dulu lagi dia faham keadaan mental sangat mempengaruhi keadaan fizikal dan itu dia saksikan sendiri daripada mangsa-mangsanya dahulu. Menyenangkan. Semua orang memiliki ketakutan tidak kiralah betapa kuat pun mereka.

"Tuan, maafkan saya. Seksa saya Tuan, jangan seksa Hana"

Roshane melihat ke arah Hana, jarinya dipetik sekali lagi, menghentikan seksaan ke atas Hana. Okka pula disepaknya agak berada jauh daripadanya.

"Berapa umur Royalize?"

"14 tahun Tuan" Okka kini menjawab dengan lebih angkur.

Roshane bersandar pada singgahsananya. 14 tahun agak muda, tetapi dia perlukan tubuh yang baru. Royalize, atau dia lebih kenali sebagai Goldsilv cukup terkenal dengan memiliki kapasiti magik terbesar.  Sangat besar sehingga memorinya sentiasa terhapus apabila dia berjaya memburu salah seorang keturunan tersebut. Kalaulah Hana ialah Goldsilv yang sempurna, sudah lama dia menghasilkan tubuh baru.

Apa-apapun tubuh baru perlu dihasilkan. Dia sudah bunuh pembawa tubuhnya sebelum ini setelah mengetahui kewujudan puteri Royalize.

"Bawakan dia kepada aku," Roshane memberi keputusan.

Okka menahan daripadanya memberi reaksi tidak senang dengan arahan tersebut. "Tuan, Royalize telah dikunci dan kuasa goldenicnya tidak lengkap," Sesungguhnya dia berkata benar. Keputusan Daniel untuk mengunci kuasa Damia sebelum beredar bersama Justin mungkin keputusan yang terbaik.

Roshane mendengus, keturunan celaka itu terlalu licik. Nasib baik, dia berjaya menjumpai dua beradik itu. "Bukakan ikatan sebelum purnama depan. Atau aku sendiri yang akan bukakan."

Roshane mengangkat tubuh Hana dengan sihir tanpa medium yang diperolehinya daripada pemilik Goldenic.

Okka yang dapat meneka tindakan seterus Roshane menangkap tubuh Hana yang meluru laju ke arah pintu. Dia melontar tubuhnya, menangkap tubuh Hana. Nasib baik dia cukup pantas. Kalau tidak Hana yang berlanggar dengan pintu.

Okka mengerang kesakitan akibat impak perlanggaran tersebut itu.

Kedengaran ketawa kejam yang jelas penuh dengan kejahatan bergema diruangan tersebut. Roshane terdiam, dan... "Pergi!"

Segala kemarahan ditelan, walaupun bertahun-tahun lamanya dia mengajar dirinya untuk tidak memberi sebarang reaksi atau emosi, ia masih sukar lebih-lebih lagi apabila melibatkan Hana. Hana sering disakiti untuk melatihnya menjadi hamba yang patuh. Segala kegagalannya, Hana yang menanggung akibat.

Walaupun tubuhnya kesakitan, Okka gagahkan jua untuk bangun. Dia memberi tunduk hormat dan melangkah keluar bersama Hana ditangannya.

-Bilik Okka di kediaman Densho-

Hana mendengar suara menangis yang sayup-sayup di pendengaran memaksanya untuk membuka mata bagi memberi ketenangan kepada suara tersebut.

Tubuhnya terasa sakit disetiap inci tubuhnya. Mimpi buruk itu selalu menyakitinya, menyebabkan tubuhnya lemah. Namun dikumpulkan segala kekuatan untuk sedar dari alam bawah sedar. Okka perlu dipujuk.

Okka kelihatan menekap mukanya pada bahunya. Terasa bahunya basah dek airmata.

"Maafkan Okka" Okka bersuara separuh berbisik menyedari Hana sudah sedar. Dia sedaya upaya menahan sendu.

Hana tersenyum lemah. Patutlah mimpinya tadi terlalu menakutkan. Mood Tuan tidak beberapa baik hari ini. Rambut Okka diusap lembut. Dia tahu itu bukan salah Okka. Tuan memang sudah begitu.

"Tiada apa yang nak dimaafkan Okka. Tuan mungkin hormon tidak betul hari ini. Bukan Okka tak tahu."

"Tak, kali ni memang salah Okka. Okka tak jawab soalan Tuan," Ya dia memang bersalah, lebih-lebih lagi kali ini.

"Apa yang menyebabkan Tuan marah?" soal Hana. Payah untuk berteka-teki. Hana memerah otaknya memikirkan sebab munasabah kenapa kembarnya boleh diselubungi rasa bersalah begitu sekali. "Pasal Damia?" Dia tahu Okka menyayangi Damia. Rasa bersalah ini bukan hanya padanya tetapi pada Damia jua.

Tekaan Hana mengena. Okka mengangguk.

Hana menyentuh wajah Okka, wajah saudaranya diangkat agar memandangnya. "Sebab apa Tuan tanya pasal Damia?" Anak mata Okka beralih, melarikan diri daripada menentang matanya. "Adakah ini sebab tubuh baru?"

Anak mata Okka bergetar, dia tidak dapat menipu. Hana sentiasa tahu cara untuk mendapatkan jawapan daripadanya tanpa perlu dia bersuara. Okka kembali membenamkan mukanya di bahu Hana, tubuh Hana diperlunya erat. Dia berasa jijik dengan dirinya sendiri.

"Andai bulan purnama tidak berlaku, Damia akan selamat" ujar Okka.

Hana mengeluh, lambut- laun Damia tidak akan selamat. Dia tahu langkah-langkah untuk mendapat tubuh baru itu sesuatu yang dia pasti bukan satu langkah yang menyenangkan. Sesungguhnya dia juga jatuh sayang pada Damia, mungkin kerana mereka berkeluarga atau mungkin kerana Damia kawan pertamanya, walau apa-apapun sebabnya. Dia tidak mahu Damia mengalami pengalaman seperti itu.

Hana perlu bertemu Lelaki sekali lagi. Kali terakhir mereka bertemu, lelaki itu terlalu beremosi dan hampir separuh tenaga magik goldenicnya digunakan untuk menghentikan perjumpaan kali itu.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now