27. Berdua

287 25 0
                                    

"Saya pergi dulu ya, Damia?"

Damia mengangguk, melontar senyuman lebar bagi menghantar kepergian Okka.

Damia mengeluh, dia memicit kepalanya. Bodohlah dia jika dia tidak menyedari Okka sering cuba mendampinginya. Kalau dulu Okka sentiasa menunggu peluang dia bersendiri namun kini lelaki itu berani menegurnya dihadapan Justin.

Rasa sangsinya pada Okka tidak pernah pudar semenjak kali pertama dia bertemu dengannya. Bahkan kian bertambah. Okka terlalu aneh.

Adakala Okka sangat mesra dan menyenangkan. Tetapi ada masanya, kemesraannya terasa dingin. Terutamanya apabila hal abangnya dibangkitkan.

Tiba-tiba bahu Damia dipegang. Damia menoleh. Justin meletak dagunya dibahu Damia.

Damia tersenyum. Justin tidak pernah suka Okka mendekatinya. Tetapi lelaki itu tidak pernah mengutarakan kepadanya. Dia hanya menunjukkan protes dengan tingkah lakunya.

"Ada apa?" soal Damia.

Justin mengangkat keningnya. "Mmm..." dia melihat Damia dari ekor matanya.

Dia memang tidak pernah mengutarakan, Justin cuma bertindak. Mengenang kembali peristiwa sebelumnya membuatkan Damia mengeluh. Kenapalah Justin tidak beritahu sahaja kepadanya daripada pecah masuk kebiliknya. Semata-mata untuk mencuri pemberian Okka.

Wajah Damia merona merah. Mengetahui Justin sudah melihat keadaan biliknya sudah cukup menyegankan, apatah lagi memikirkan apa lagi lelaki itu lihat.

"Kenapa ni?" soal Justin.

Damia menolak kepala Justin jatuh dari bahunya. Damia menggeleng. "Jom makan"

Justin mengangguk. Tangan Damia di tarik ke dalam pegangannya.

Damia memerhati sahaja. Justin kini tidak lagi segan silu menyentuhnya. Sebelum ini dia yang mengambil inisiatif menyentuh Justin tetapi kini sebaliknya berlaku.

Justin menoleh menyedari Damia jalan agak perlahan.

"Kenapa?"

Damia tesenyum nakal. Dia mengangkat tangannya dan Justin tinggi. Sengaja dia ingin mengusik Justin.

Justin mengetap bibirnya. Kembali melangkah ke dewan makan. Tangan Damia ditarik, tidak berniat pun untuk melepaskannya walaupun dia segan diusik sebegitu.

Damia ketawa. Suka benar dia melihat reaksi Justin, tidak akan pernah jemu.

+_=

Justin duduk diruang legar Violetta. Dia habis kelas awal hari tu. Sementara menunggu kelas Damia berakhir dia mengambil keputusan untuk berehat disitu. Tangannya mencoret esei sejarah, latihan kerja yang perlu disiapkan.

"Hi Justin. Nampak Damia?"

Justin tidak menoleh, dia tahu gerangan sesiapa yang bercakap dengannya.

Okka sekadar tersenyum melihat kedinginan Justin terhadapnya. Dia mengangkat bahunya, responnya terhadap kebisuan Justin.

"Tak apa lah, saya cari sendiri terima ka..."

Sekelip mata Justin berdiri dihadapan Okka. Kolar baju Okka ditarik kasar. "Apa urusan kau dengan Damia"

Okka dengan tenang menarik tangan Justin. Pegangan Justim mungkin kuat tetapi kekuatannya jangan dipandang rendah. Sebelah tangannya mengeluarkan buku cerita, Perjalanan Adik-beradik Vlad.

"Saya cuma nak bagi ni." Ujar Okka sambil mengukir senyuman. Buku itu, diletak dalam tangan Justin. "Tolong bagi Damia ya." Okka melepaskan Justin. Dia mengemas semula kemejanya. "Dan lagi satu..."

ROYALIZEΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα