33. Santai

245 21 0
                                    

"Yay! Abang!" Damia menyeringa, dia menepis tangan Daniel ke tepi.

Lipas mainan di tangan Daniel terlepas ke dalam tasik. Daniel ketawa. Damia pula tidak berhenti membebel. Lemah semangat Damia melihat serangga yang dibencinya semenjak kecil.

Daniel menarik pipi adik kesayangannya. Gebu sungguh, walaupun tak segebu dahulu. Waktu kecil dulu, pipinya macam kuih pau, sedap sangat dicubit-cubit, namun semua itu hilang bersama kedewasaan Damia. Adiknya menjadi semakin feminim, lebih cantik.

Kegembiraannya pantas bertukar suram. Cepat benar adiknya membesar. Lagi-lagi banyak khabar angin mengatakan Damia dan Justin bercinta. Nasib baik dia tidak membesarkan Damia dengan perkara-perkara seperti cerita dongeng putera puteri segala. Justin pula spesies yang tak memahami perasaan manusia secara teorinya. Bertambah nasib baik, bila Justin melekat dengan Damia, menjadi banteng daripada pelajar lelaki mendekati adiknya.

Damia mengerut dahinya, dia menyentuh wajah abangnya. "Abang bipolar ya?"

Daniel menjenggil. Bila pula adik dia belajar perkataan tu. "Bipolar?"

"Iyalah! Kalau sekejap senyum, lepas tu tiba-tiba monyok, tak lama kemudian senyum balik, tak ke bipolar namanya?" jelas Damia. "Nasib baik abang ni abang Damia, kalau tak Damia cakap abang ni orang gila."

Daniel mencebik. "Itu dah cakap abang gila. Aish, sejak ada Justin ni, Kedudukan abang memang tergugat betul."

"Tahu tak apa" Damia mengangguk setuju.

Mata Daniel membuntang sekali lagi dek mendengar komen Damia. Dia pantas menerkam Damia, dia mengeletek adiknya. Damia ketawa kegelian.

"Abang! Berhenti!" pinta Damia, Daniel enggan berhenti. "Jatuh tasik nanti!"

"Biarlah, kita tahu berenang"

"Nanti baju basah!" Damia enggan mengalah, lagipun dia sudah separuh mati digeletek Daniel.

"Kita ada magik, nanti boleh kering"

"Benci!"

Sebaik sahaja perkataan itu meluncur dari mulut Damia, Daniel berhenti. Wajahnya berubah suram. Perasaannya dilanda kemurungan. Pandangannya dialih terus ke tasik utama Featherave. Benci?

Mulanya Damia bingung perubahan sikap abangnya, selepas fikir sejenak baru dia mengerti. Wajah Daniel kini membangkit kenangan lalu, wajah yang sering ditonjolkan bila soal ibu bapa mereka dipersoalkan.

Damia meraih wajah abangnya. Daniel mulanya enggan, hatinya merajuk. Tetapi Damia enggan mengalah, aduh tajamnya kata diluncurkan olehnya. Sebegitu sekali reaksi abangnya walaupun tak sedikit dia maksudkan.

"Mia sayang abang. Bila Mia cakap benci tadi bukan sebab Mia benci abang. Mustahil Mia benci abang."

Mata Daniel enggan beralih, masih enggan memandang Damia.

"Mia benci bila Mia tak sekuat abang." Ujar Damia sayu. "Mia nak lindungi abang. Kalau dengan abang pun Mia tak dapat kalahkan, bagaimana Mia nak lindungi abang."

Kini dia memandang wajah puteri kesayangannya, Nampak kebenaran diwajah itu.

"Puteri tak perlu lindungi abang, biar abang je yang lindungi Puteri." Daniel mengusap wajah Damia dengan penuh kasih sayang. Cepat sungguh rajuknya hilang. Mustahil juga baginya untuk merajuk dengan Damia lama-lama. Wajah adiknya dikucup, comel sungguh

Damia menggeleng. "Tak, kita kena lindungi antara satu sama lain. Mia cuma ada abang je dan abang pun cuma ada Mia. Kalau apa-apa jadi dekat abang, Mia macam mana?"

"Justin kan ada." Jawab Daniel dengan nada cemburu, sengaja mengusik Damia. Dia cuba untuk meleraikan aura serius daripada Damia.

Damia merenung tajam ke arah Daniel. Dia menarik tangan Daniel dari terus menyentuh wajahnya "Just tak akan dapat gantikan tempat abang tak kira apa jadi sekalipun."

Daniel terkelu. "Maaf"

"Janji dengan Mia, jangan nak gantikan tempat abang dengan orang lain. Mia tak suka!"

Daniel mengangguk faham. Dia rasa bersalah. "Abang janji..."

Suasana sepi seketika. Damia yang serius tadi tersenyum. "Walaupun kedudukan abang jatuh tempat ke-dua. Tak boleh main ganti-ganti"

Daniel ketawa kecil. "Adeh, kesian abang. Tak pasal-pasal tewas dengan Justin."

"Siapa suruh asyik sibuk dengan kerja" Ada nada rajuk dalam suara Damia.

"Salahkan pengetua, tak habis-habis menyibukkan abang mentang-mentang abang ni tahun akhir" Ujar Daniel bersahaja. "Salahkan Kiran juga asyik bagi abang kerja, macam tak ada orang lain dalam persatuan. Salahkan..."

Belum sempat Daniel menghabiskan katanya, Damia menyampuk. "Salahkan abang, asyik gila kuasa. Cuba jadi macam Mia, tak sibuk-sibuk nak pegang jawatan."

"Siapa yang sibuk?" Marvin berkata sebaik sahaja mendarat dengan sihir pentagramnya kemudian dituruti oleh Marvin.

"Engkoranglah penyibuk. Sibuk-sibuk nak ikut aku dating dengan adik." Jawab Daniel menarik Damia dalam pelukannya. Bahaya jika tidak dibuat begitu, kawan-kawannya gemar sangat menyentuh wajah comel adiknya.

"Eleh, Mia yang ajak kitorang. Kau tu perasan sendiri" Balas Marviel. Lantas cuba menarik Damia daripada Daniel.

"Tengok! Balik peluk Lunar la!"

"Cuti lambat lagi, peluk Mia dulu" jawab Marviel mengekeh. Kalau dia balik pun, Lunar adik bongsu mereka pasti melekat dengan Helios. Abangnya yang seorang tu tahu-tahu aje nak balik masa diorang tengah bercuti.

"Ni kalau Justin tengok ni, dua-dua masuk tasik" Komen Marvin. Damia ketawa kecil, mengaku hakikat tersebut.

Daniel mencebik, mustahil Justin tengok. Dia dari awal telah memberi arahan muklak untuk Justin duduk di ruang khas Goldsilv. Dia enggan betul tengok budak tu duduk dekat-dekat Damia dihadapannya. Dulu tak apalah sekarang ni, dengan kedudukan ke-'dua' segala, mustahil dia nak biarkan yang 'pertama' membayangi harinya dengan Damia.

"Apa kes daulat aku rendah daripada Justin?" Pantas Daniel mengangkat tangannya.

Pentagram biru terbentuk disamping Marvin. Marvin memerhati masih belum menangkap apa yang terjadi. Masih berfikir pentagram apa yang digunakan. Sebelum sempat dia berbuat apa-apa, angin kuat keluar dari pentagram menolak Marvin ke dalam Tasik.

"Kurang Asam!" Ujar Marvin setelah menstabilkan renangannya. Berbaldi juga lah air tasik itu diminumnya angkara tak bersedia dengan terjunam tersebut.

"Kepala lutut..." Sconne terkaku. Hairan melihat Marvin mandi dalam tasik dengan pakaian. Tak jadi hendak marah kerana ditinggalkan. Sebagai penyihir tongkat, dia tidak boleh menghasil sihir untuk menerbangkan diri sendiri. Terpaksalah dia meminjam penyapu terbang dari stor sukan. "Kalau nak mandi pun, buka dulu baju tu."

Marvin menjerit geram, kehadiran Sconne tidak memberi ketenangan lansung. Yang lain sekadar ketawa, Sconne pula masih tidak memahami situasi.

+-_-+

Bilik yang digunakan oleh oleh Justin di ruang Goldsilv adalah bilik pewaris ke-dua. Walaupun dia bukan pewaris sah, oleh kerana namanya tercatat terlebih dahulu daripada Damia menjadikan Damia pewaris ke-tiga.

Melalui carta keluarga Goldsilv, dia megetahui dia berada di dalam bekas bilik ibu saudara Damia, Arabella Noblesse. Secara teknikal dia juga adalah Royalize, oleh kerana berkahwin dengan Declan Noblesse, Royalize berganti Noblesse.

Berbanding bilik Daniel kini. Bilik itu lebih kemas dan teratur.

Justin mengeluh, dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk meleraikan dirinya daripada arahan Daniel. Walaupun dia mengangkat sumpah untuk bertuankan Damia, Daniel masih tuannya. Hubungan itu tak akan berakhir untuk selama-lamanya.

Fikirannya melayang memikirkan Damia. Agaknya Zeanz masih menemani Damia?

"Selamat Petang"

Justin menoleh. Tergugat sedikit kedamaiannya. Dia memerhati tidak menjawab.


ROYALIZEHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin