17. Darkline, Goldsilv

491 26 1
                                    

-Halaman Rumah Agam Royalize-

Justin memangku Damia yang lena sambil memeluk Chiwan dek kepenatan berkebun di halaman rumahnya. Semenjak Daniel menjemputnya tinggal di rumah itu sementara menunggu tahun pengajian yang baharu tiba, dia tidak pernah berenggang daripada Damia.

Dia memerhati halaman rumah milik Royalize, Luas dan indah. Bahkan infrastrukturnya juga tidak kurang hebatnya, tetapi sayang sentiasa sepi bahkan hanya dihuni oleh dua beradik.

Damia sering berceloteh, sibuk sahaya bibir munggilnya menceritakan kisah hidupnya dari kecil sehingga kini. Tidak kurang juga dengan telatah Damia yang sering mengheretnya melakukan aneka aktiviti yang mustahil untuk dia lakukan atas kehendak sendiri.

Kalau dulu Daniel memang tarikan hebat baginya, tetapi kini, Damia jauh lebih hebat. Damia secara zahirnya, merapatinya dan benar-benar meluangkan masa dengannya.

Tiba-tiba nalurinya ditempa dengan perasaan terancam, pantas tongkatnya dijelmakan menjadi pedang. Pantas sahaja pedangnya memanjang menghunus ke arah penghendap.

"Jangan mengunakan sihir sesuka hati di dunia manusia" Daniel berkata mucul dari sebalik pokok. Sahaja dia menjengah sebegitu, akhir-akhir ini tindakan justin sangat menghiburkan hatinya.

Justin merenung Daniel buat seketika sebelum bertindak menyimpan tongkatnya.

Daniel ketawa kecil, dia tidak pasti jika Justin menyedarinya atau tidak, tubuhnya menyembunyikan Damia daripada pandangan Daniel, cuba melindungi Damia daripada abangnya sendiri. Bagus, jangan percaya sesiapa yang pun yang cuba mendekati puteri, desir Daniel dengan senyuman sinisnya.

Dia duduk di sebelah Justin, rambut Damia dibelai dengan penuh kasih. Wajah Justin tegang, tidak betah melihat orang lain menyentuh Damia, namun ditahan dirinya menyedari Daniel lebih berhak ke atas Damia.

"Kau tak percaya aku, Justin?" Daniel tersenyum melihat Justin membisu, dia mengetahui jawapannya. "Justin, Justin, dulu kau tak pernah sebegini dengan aku, cepatnya hati kau berubah"

Justin tersentap dengan komen bersahaja dari Daniel. Matanya memandang Daniel yang mula ketawa. Tangan Daniel mencapai kepalanya, dahi bertemu dahi.

"Jangan risau, aku tak kisah, asalkan kau jaga puteri sebaik-baiknya. Tapi..." Daniel berkata lagi separuh berbisik, "...bolehkah aku percayakan kau?" Mata Justin berubah. Betapa Daniel menyukai mata itu berbanding mata hitam Justin yang biasa. Tapi malangnya, jarang sekali Justin menunjukkan mata itu kepadanya. Pasti dia tercabar dengan kata-kata yang berbaur ragu daripada Daniel.

Justin menoleh ke tempat lain, memandang jauh membawa fikirannya pergi.

Damia merengek menarik perhatian Justin, tidurnya pasti diganggu mimpi tidak menyenangkan. Dia merapatkan dirinya ketubuh Justin, baju Justin digenggamnya tanpa sedar, wajahnya kembali tenang setelah merasa selamat. Justin menarik senyuman segaris.

Daniel mengucup dahi Damia, dia bangun, menepuk debu dari seluarnya.

"Bersedialah Justin. Masanya tidak lama lagi."

********

Seorang lelaki berlari jauh ke dalam hutan, tidak langsung menoleh belakang, bimbang yang mengejarnya mampu memintasnya. Kesakitan yang dialami tidak langsung diendahkan.

"Closerus Trap"

Lelaki itu tersungkur, matanya tercebul melihat lukisan pentagram di atas tanah yang dipijaknya.Tidak menyangka dia terjatuh ke dalam perangkap.

Sekumpulan berjubah menutup wajah menghampiri perangkap.

"Aku dah larang jangan lari ke hutan." Orang yang mengejarnya tadi melangkah masuk ke dalam perangkap. Sengaja mencipta ruang antara mereka berdua sahaja. "mmm..." Daryan menyelak fail yang dibawanya. "Richard Butcher, pembunuh bersiri dan perogol." Daryan menyelak lagi kertas di tangannya "Lady morgana, Puteri Asura...mmm...golongan bangsawan, ada standard tinggi ya?"

ROYALIZEWhere stories live. Discover now