43. Dia

130 10 1
                                    

Daniel menyelusuri koridor Featherave. Nampaknya para pelajar sibuk dengan perayaan tahunan. Masing-masing dengan urusan mereka. Ada juga yang menyedari kehadirannya, berbual kosong dengannya. Reputasinya semasa persekolahannya di Featherave disenangi ramai pelajar.

Dia menyedari seseorang mengekorinya. Daniel tersenyum. Nampaknya adik Sconne kelihatan serba salah untuk menyapanya.

"Selamat petang, Zeanz" sapa Daniel sebaik sahaja dia berpaling.

Zeanz teragak-agak untuk keluar dari persembunyiannya. Dia memandang Daniel dengan rasa bersalah. Semenjak insiden posyennya hari itu, Damia tidak hadir ke sekolah. Kalau bukan kerana dia, Damia pasti bersama dia dan Sunshine menikmati pesta Kemuncak Bulan Purnama.

"Maafkan saya" ujar Zeanz, tunduk ke bawah.

Daniel mengangkat wajah Zeanz memandangnya. "Tiada yang perlu dimaafkan, Puteri baik sahaja. Dia cuma perlukan masa menerima kenyataan. Nanti Puteri akan masuk kelas semula seperti biasa selepas pesta."

Pandangan Zeanz mula kabur dek airmatanya. "Tapi, kalau saya tak berikan..."

"Zeanz" Daniel menepuk perlahan bahu Zeanz. "Saya yang perlu berterima kasih dengan Zeanz. Akhirnya, tiada rahsia yang saya simpan lagi dengan Puteri."

Zeanz menangis lega. Sudahla dia rasa bersalah dengan insiden tersebut. Dia mahu meminta maaf daripada Damia, namun Damia tidak pernah kembali ke akademi selepas kejadian itu.

Daniel menarik Zeanz ke dalam pelukan. Belakang Zeanz ditepuk perlahan. Lama sudah lelaki itu memendam rasa. Zeanz pun sudah dia anggap sebagai adiknya sendiri semenjak dia mengenalli adik Sconne.

"Jangan bimbang, Zeanz. Puteri baik sahaja, dia akan kembali semula ke Featherave. Buat masa sekarang dia cuma pulang ke kampung halaman" ujar Daniel, menenangkan anak muda itu.

Zeanz mengangguk faham dalam sendu.

Okka yang mempergunakan obssesi Zeanz terhadap posyen untuk membangkitkan kuasa Damia. Kesian Zeanz terlibat dengan masalah keluarganya dan menjadi mangsa keadaan.

*

Pejabat Profesor Steveness masih seperti yang pernah dia lawati. Tiada apa yang berubah begitu jua Profesor Steveness. Beliau yang berbangsa elf asli memiliki umur yang panjang, proses penuaannya berjalan berganda perlahannya daripada manusia biasa. Tempoh keberadaannya di Featherave tidak diketahui.

Profesor Steveness bersalam dan memperlawa Daniel untuk duduk di ruangan sofa. "Sudah lama tidak bertemu, Daniel. Semakin segak nampaknya."

Daniel cuma mampu tersenyum. "Profesor pun apa kurangnya."

Dia memerhati sahaja Profesor Steveness menghidangkan jamuan ringan dengan bantuan tiny fairy yang mendiami Featherave. Ada 3 cawan yang disediakan, pastinya buat insan yang terdesak memanggilnya untuk pulang ke Featherave.

Setelah selesai menghidang makanan ringan, Profesor Steveness meminta tiny fairy untuk pulang. Beliau kemudiannya, mengunci biliknya, bahkan mula mengangkat sihir pelindung diruangan itu.

Dengan sekuriti seperti itu, jelas taraf tetamu itu lebih tinggi dari Daniel.

"Terima kasih, Steveness."

Suara yang dikenali Daniel, dia segera berpaling ke arah tangga putar yang menuju ke tingkat atas. Dahinya berkerut tidak memahami kehadiran gurunya.

Profesor Benjamin menghampirinya dan menghulurkan tangannya untuk bersalam namun disambut sepi.

Sudah dijangka respon dingin dari Daniel. Profesor Benjamin hanya tersenyum. Dia mempersilakan Profesor Steveness untuk duduk bersama.

"Daniel, saya perkenalkan pengasas Featherave, tuan Gilliard Goldsilv."

ROYALIZEWhere stories live. Discover now