61. Pasak

34 4 1
                                    

Pada awal pagi lagi mereka telah bertolak. Hanya Selena yang bergerak bersama mereka. Itupun sebagai debu-debu magik yang mengawal kuasa Goldsilv Justin. Evander pula sudah menghilangkan diri sebaik sahaja pembincangan antara dia dan Daniel tamat. Lagipun Evander adalah semangat yang mengotakan kata, Daniel percaya hubungan yang telah mereka jalin.

"Benang emas yang mengikat pada rantai semangat menebal" maklum Justin.

Daniel mengangguk.

Hana telah memberitahunya bahawa dia melatih Damia untuk menguatkan rantai nyawa antara mereka. Damia masih belum menguasai sepenuhnya kuasa Goldenic, jadi dia percaya mereka semakin hampir. Tambahan pula dia dapat merasakan rohnya semakin stabil.

"Berapa tebal?"

"Lebih kurang setengah inci"

"Arah mana?"

"Menuju ke timur"

Daniel mengisyaratkan kembar Cornerludge untuk memberi perhatian kepadanya. "Maju ke hadapan, lihat kalau ada sebarang medan magik"

Marvin dan Marviel memakai gogal pengesan magik. Gogal yang berfungsi dengan menggunakan tenaga magik sang pemakai.

Marvin dan Marviel mengangguk. "Adios"

Dua beradik itu mula bergerak pantas sehingga bayangan mereka menghilang.

Selebihnya, mereka yang ditinggalkan bergerak mengikut jejak.

-

"Hi" Marviel melambai tangannya apabila melibat kelibat Daniel.

"O hi" ujar Daniel.

Mereka bertiga berhenti dihadapan Marviel.

"Jarak medan penglindung adalah 1 kaki dari ini" Marviel menunjukkan garisan yang ditandanya pada permukaan tanah.

"Apa yang boleh dikenal pasti, ada tiga jenis medan magik melindungi kawasan ini. Sihir penggera, ilusi dan penglindung. Sudah semestinya sihir tahap 1" Marviel melaporkan kepada Daniel.

Daniel mengangguk. Dia mengambil gogal pengesan yang dihulurkan oleh Marviel. Sebaik sahaja dia memakainya dia dapat melihat medan sihir yang sangat besar yang berbentuk dome.

"Ketebalan sihir pelindung lebih kurang 1 kaki. Agak tebal. Kalau diameter dome kurang daripada 1km, kita perlu letupkan dengan pentagram bom X1 disertakan dengan sihir pengebom tahap 1 dari 4 penjuru" Marviel membentang analisa yang dilakukannya sementara menunggu ketibaan Daniel.

Semakin kecil keluasan medan, semakin sukar untuk melumpuhkan sihir yang dibina. Ini kerana dinding medan terletak berhampiran dengan pusat tenaga. Apabila terdapat serangan, ia mengambil masa yang sekejap untuk dinding medan pulih semula.

Marvin muncul berlari dari arah kanan mereka. Dia menghempaskan badannya ke tanah. Turun naik dadanya cuba untuk menarik nafas. Penat berlari daripada tadi.

"Sekejap, aku kira dulu"

Dia membuka buku notanya dan mulai mengira sesuatu. "Dome ni nampaknya berbentuk bulat, ukur lilit lebih kurang 2.5 kilometer, jadi diameter kurang daripada 1 kilometer"

Marvin terbaring memejam matanya. Melepaskan penat. Penat memakai otaknya. Mencari cara menentukan bentuk dome tanpa perlu menggunakan magik terbang. Ha.

-

Setelah beristirehat dan tidur sebentar, hari sudah menjelang lewat senja. Daniel masih lagi terbaring tidur dengan lena. Dia perlu bertemu dengan Hana untuk memaklumkan keberadaan mereka.

"Comel" komen Marviel sambil memerhati Daniel.

Raut wajah Sconne dan dan Marvin mengerut geli. Bibir dijuih. Masing-masing memberi reaksi negatif terhadap komen tersebut.

"Walaupun genetik kita serupa, aku tak faham perangai kau" ujar Marvin. "Celah mana muka mamat ni yang comel?"

"Tak ke comel ni?" soal Marviel sambil tersenyum kambing. Dia mengusap wajah Daniel bersahaja.

Sconne menyeringai. "Kau buta ke? Nak aku tolong cek mata kau?" Dia mengambil beg perubatannya.

"Tengok ni" Marviel menunjuk ke arah Daniel. "Muka dia tak menjus macam selalu. Nampak tenang, comel je. Bila masa lagi kau dapat tengok tak ada kerutan di dahi Dan?" ujar Marviel sambil menunjah dahi Daniel. "Comel macam masa muda-muda dulu"

Berkerut dahi Daniel dalam tidur diganggu.

Justin sekadar tersenyum. Dia tahu masing-masing mencuba untuk menghilangkan rasa resah untuk pelan seterusnya. Hanya dengan mengusik antara satu sama lain, gentaran itu kurang terasa.

"Kita belum 20 tahun, muda macam mana tu Viel?" soal Marvin. Akil baligh pun baru 2, 3 tahun lepas.

"Muda macam zaman kanak-kanak ribena" jawab Marviel tersengih memanjang. Tangannya pula rajin mengusik rambut Daniel.

"Kau pegang-pegang Dan tu kenapa? bangun mamat tu sebelum waktu, memang naya lah kau" tegur Sconne tidak tahan hatinya melihat kegatalan tangan Marviel. Bukannya anak lelaki ke 3 Cornerludge tak tahu bertapa tidur ringannya Daniel.

"Aku best of the bestfriend Dan, kau cemburu ya?"

"Aku pun macam nak patahkan jari best of the bestfriend aku ni" ujar Daniel tersedar daripada tidurnya, dia menepis tangan Marviel daripada terus mengganggu wajahnya. Nasib baik perbincangan dengan Hana sudah selesai. Dia meregangkan badannya. Leguhnya.

"Aku rasa ternoda" ujar Daniel bersahaja, dia memeluk tubuhnya. Dia menggigilkan tubuhnya, membuang rasa meremangnya.

"Ew, Aku gurau je!" Marviel mengangkat kedua tangannya tinggi.Dia menggeleng kepalanya laju. "Untuk makluman kau, aku ada girlfriend"

"huh, bantal peluk kau tak akan balas perasaan kau" pantas sahaja Sconne mengusik.

"Itu menghina. Dia manusia sebenar" Kata Marviel.

"Kau nak menipu tak ukur kaki betul. Bangun, tidur, makan kau semua dengan kami. Mana ada masa kau nak mengorat. Melainkan kau usha tiny fairy si Sconne punya" giliran Marvin pula mengusik.

-

Mereka kembali berkumpul dalam cahaya lampu suluh setelah selesai makan malam.

Mereka berlima melihat blueprint yang dilukis oleh Daniel. Masalah terbesar blue print tersebut adalah ia dilukis melalui pemerhatian Daniel dalam mimpi yang Hana tunjukkan. Hana pula tidak pernah melihat rupa luaran tempat tinggalnya. Jadi keluasan sebenar bangunan itu tidak diketahui bahkan begitu juga dengan hujung pangkalnya.

Walaupun begitu mereka sudah menghafalnya. Sekurang-kurangnya nanti, apabila Justin dapan mengesan kedudukan Damia, misteri hujung pangkal akan selesai.

"Aku dah berjumpa dengan Hana. Dia cakap Okka berada dalam Istana sekarang. Dia berada di sini" Daniel menunjuk satu bilik yang besar pada tingkat bawah tanah. "Dia cakap, Okka akan berada dalam makmal tu kemungkinan sampai tengahari."

Daniel melihat wajah setiap sahabatnya.

"Dan malam ini kita akan pasak magik. Kita akan buat sihir pelindung, ilusi, penggera dan masa. 4 pusat magik terletak disetiap penjuru. 10 kaki daripada Dome. Sihir perlindung lebih kurang 1 kaki. Medan masa cukup buat tahap 2." Daniel menerangkan sambil melakar pelannya. Dia melukis satu bentuk segi empat dan di dalamnya bentuk bulat yang menandakan dome. Kemudian dia melakar satu bentuk pentagon.

"Dan satu lagi dinding masa tahap 1, ada 5 pusat. Lebih kurang 10 kaki dari ini. Aku dan Justin akan bertanggungjawab untuk pasangkannya" Daniel berkata. Medan sihir masa selalunya sangat sukar untuk dilakukan tetapi dengan kehadiran Evander dan Selena, ia akan jadi jauh lebih mudah dan pantas.

"Buat masa sekarang, medan masa kita pasang je dahulu tapi dalam pukul 3 pagi kita akan aktifkan. Dalam tempoh sejam 30 minit, Puteri mesti diselamatkan. Semua faham?"

Semua mengangguk.

Hana sudah memberitahunya, dalam istana itu tiada pengawal yang mengawasi. Hanya bahagian luar masih tinggal misteri. Selain itu, kebabyakan perangkap dalam istana sudah dilumpuhkan olehnya.

"Selamat malam, semua sudah bersedia?" Evander muncul tiba-tiba dengan senyumannya yang lebar. Senyumannya makin melebar apabila melihat Marvin dan Sconne menyumpah seranahnya kerana mengejutkan mereka. Dia terhibur.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now