56. Bertemu lagi

27 4 0
                                    


-Kesinambungan bab 55-

-selang beberapa hari selepas pertemuan di alam mimpi-

Hana duduk bersandar pada  tiang besi kurungan Damia. Dia leka mengait baju. Itu hobinya buat masa sekarang, dia ingin mengait sepasang baju sejuk untuk Damia. Kediamannya sentiasa sejuk walaupun di siang hari. Pastinya baju itu pemberian yang menyenangkan nanti.

Adakala dia bersenandung sendiri, mengisi kesepian ruangan tersebut. Damia pula sudah enggan berkata-kata lagi.

Dia tidak sabar menunggu malam, cubaan untuk mencari lelaki yang hadir di dalam mimpinya asyik gagal. "Kenapa ya?" soalnya sendiri.

Usahanya tidak membuahkan hasil dan dia tidak mengetahui puncanya. Mungkin dia tidak cukup mengenali lelaki itu. Sedangkan namanya belum diketahui. Adakah dia seusia dirinya? atau lebih tua? boleh jadi lebih muda, dia tidak tahu kerana umur Damia pun dia tidak mengetahuinya. Kalaulah Damia sudi menjawab persoalannya, pasti semuanya jadi lebih mudah. Damia...

"Damia mahu tak tinggal di bilik saya?" soal Hana. Dia memandang Damia. Ingin melihat reaksi gadis itu.

Damia berpaling. Mengapa? tidak bersuara.

Hana tersenyum lebar seraya dia bangun, segera mencari Okka. Damia tidak menjawab tapi dia juga tidak membantah, jawapan yang cukup baik baginya. Hana akan pastikan Okka menurut permintaannya kali ini. Katakan tidak pada tidak. Hana ketawa girang.

-Keesokkan harinya-

Okka memasang rantai besi yang yang mampu menyekat kuasa Goldsilv. Kedegilan Hana bukan sesuatu yang dia mampu hadapi.  Esok atau lusa dan beberapa lama pun masa yang diperlukan, lambat laun dia akan mengalah dengan permintaan Hana. Kedegilan siapalah diwarisinya?

"Rantai kaki ni cukup panjang untuk bergerak dalam bilik ni, tapi tak cukup panjang untuk keluar dari sini" Okka menerangkan kepada Hana, matanya menjeling pada Damia yang duduk di peraduan Hana. "Jadi jangan buat sesuatu yang tak sepatutnya. Tak, jangan rancang sesuatu pun!"

Hana menjungkit bahunya. Ketawa kecil melihat muka tidak puas hati Okka. "Ya, ya. Sila keluar" dia menjawab dengan separa menolak Okka keluar dari biliknya. Banyak tenaga kudratnya digunakan kerana Okka keberatan untuk meninggalkan mereka.

"Keluar!" ujar Hana. "Terima kasih" Pantas tangannya menutup pintu sebelum Okka berkata sesuatu pun. Bimbang juga jika lelaki itu bertukar fikiran.

-Alam Mimpi

Alam mimpi adalah satu dimensi yang wujud tanpa ada tubuh fizikal. Hana sudah beberapa kali tiba di dimensi itu sejak berjumpa dengan abang Damia. Ia adalah satu alam yang kosong. tanpa cahaya tapi tidak buta. Dia masih boleh melihat sekelilingnya tapi bukan persekitarannya dan dia tidak suka akan itu.

"Hari ini..." Hana berfikir seketika, ke mana lagi dia ingin dia pergi? "lautan!" sekelip mata persekitarannya menjadi lautan seperti yang dia gambarkan. itu keistimewaan alam mimpi, dia boleh mengawal persekitaran. Ia seperti kanvas kosong yang boleh

Tubuhnya terangkat umpama bumi tidak bergraviti, seolah-olah dia benar-benar berada di dalam air. Tetapi dia masih mampu bernafas. kerap kali mengunjung dimensi itu, dia menjadi mahir memanipulasinya.

Pada tangan Hana ada rantai besi yang panjang serupa dengan rantai di kaki Damia, bezanya ia sangat panjang sehingga hujungnya tak terkelihatan.

Dia bergerak mengikut rantai, dia pasti insan yang dicarinya berada pada hujung sana. Itu adalah rantai yang akan menghubungkan mereka.

Semakin jauh dia bergerak, semakin berubah persekitaran yang dimanipulasinya, menandakan ada sesuatu yang wujud yang memintas kuasanya. kakinya mula menjejak tanah. Dia melangkah tanpa henti sehingga dia berada di satu tempat yang tidak pernah dia lihat.

Sebuah bangunan yang jauh lebih kecil daripada tempat tinggalnya. Halamannya dipenuhi dengan tumbuhan dengan bunga yang kembang mekar. Indah, adakah ini keadaan dunia luar? soal Hana di dalam kotak fikirannya.

Rantai ditangannya kini menghala ke dalam bangunan tersebut.

Hana pantas menolak pintu.

Keadaan suram. Hanya diterangi cahaya dari pediang api. Jauh berbeza daripada luarannya tadi. Seorang lelaki duduk bersandar pada kaki sofa. Kepalanya ditunduk jatuh memandang lantai.

Rantai tadi berakhir pada lelaki itu. Hana tersenyum. Akhirnya dia berjumpa semula dengan saudaranya lagi.

"Encik Royalize"  Hana memanggil, langkahnya menghampiri lelaki itu. Dia memanggil sekali lagi.

Daniel masih kaku membisu.

"Encik mengenali Damia?"

Daniel mendongak. Dia yang persis puterinya berdiri dihadapannya. "Siapa kau?" adakah ini mainan mimpi sekali lagi?

Hana mempersilakan dirinya untuk duduk di samping Daniel. "Saya kawan Damia. Encik, encik Royalize?"

Kawan Damia? Daniel curiga. ini mimpi, dia perlu bangun.

"Encik, kuasa saya tak akan mampu bertahan lama kalau encik tidak mengiyakan atau menidakkan. Ikatan goldsiv ini akan terlerai bila-bila masa sahaja" Hana memberitahu. dia sentiasa mengunakan kuasa goldenicnya dalam kuota tertentu.

"Goldsilv? Kita bersaudara?"

"Ya kalau, encik adalah Royalize."

"Kamu adik-beradik Okka?" Kemarahan Daniel mula mendadak naik.

"Saya datang untuk cari cara pulangkan Damia. Bukan untuk bertengkar" ujar Hana menyedari perubahan nada Daniel. Berani betul dia menyebut nama kembarnya dengan nada begitu. Dia bangun dengan kadar segera. Bengang. "Kalau tidak suka saya di sini, saya pergi."

Daniel menarik tangan Hana. "Jangan...Maafkan saya" Daniel menyedari kesilapannya pantas. "Saya Daniel Royalize, abang kepada Damia."

Hana cuba memahami bahasa raut wajah Daniel. Apa gunanya, dia tidak pandai menafsir. Hana tersenyum, tangan Daniel diraih dan dijabatnya dengan erat. "Saya Hana Densho, kembar Okka."

Hana dengan selamba menarik Daniel untuk duduk di sofa bersamanya. Daniel sekadar mengikuti dengan patuh.

"Rumah ni cantik, tapi agak suram. boleh saya tukar sedikit suasana?" Mata Hana melilau melihat sekeliling. Dia pasti itu rumah Royalize. sangat berbeza dan agak kecil dari kediamannya

Hana memetik jarinya setelah mendapat keizinan Daniel, ruang itu terang benderang dengan cahaya bintang, bintang yang dia tahu. Okka pernah mengisi siling biliknya dengan bintang bila dia mahu bermalam di luar rumah. Okka menunaikan permintaannya walaupun hanya secara teori.

"Ini alam a.k.a dimensi mimpi. Semua permintaan dan keinginan dapat dipenuhi secara visual. Baru-baru ini saya baru belajar untuk berjalan antara mimpi-mimpi."

"Bagaimana?"

"Tak pasti, tapi semasa saya betul-betul ingin berjumpa dengan awak, bada bing bada boom, awak ada dihadapan saya dan peluk saya." Hana mengimbas kembali pertemuan kali pertama. "Lepas tu saya cuba lagi, tapi malangnya saya tak ada ikatan yang kuat dengan awak."

Daniel bersandar pada sofa, wajah Hana ditiliknya, sememangnya dia mampu nampak wajah Damia di sebalik wajah itu. Satu lagi kebenaran perlu dicubanya, dia memetik jarinya.

"Saya tak rasa awak mampu. setiap kali saya mengawal dimensi mimpi, saya menggunakan kuasa goldenic" ujar Hana. Di matanya, dia boleh nampak Daniel menggunakan kuasa silverillica. Dia pasti kuasa itu digunakan untuk berada dalam keadaan sedar di dimensi ini.

"Jangan buang masa. Kuota goldenic saya semakin berkurang. banyak yang perlu dibincangkan." Hana berkata dengan nada teruja. Dia teruja dengan segalanya, denga apa yang bakal terjadi. Menakutkan tapi tidak dapat menafikan keterujaannya. Lebih-lebih lagi untuk mengenali saudara yang baru diketemuinya.




ROYALIZEWhere stories live. Discover now