22. Tahun Dua

361 21 1
                                    

Tahun dua...

Dengan sekali hayunan, kerusi melayang ke arah Justin. Tetapi dengan sekali hayunan jua, Justin mematahkan sihir Damia. Dia melayangkan kembali kerusi ke tempat asal. Damia yang bengang dengan tindakan Justin, menyerangkan lagi dengan sihir Angry bird. Sihir yang dipelajari dari Sunshine, sihir sempena permainan top di dunia tanpa magik (dunia manusia).

Pantas Justin mewujudkan pentagram perlindung dan sebelah tangannya menyihir mantera kaku ke arah Damia dengan cekap.

Tindakan spontan, Damia memantulkan sihir Justin. "Berani Just..." kemarahannya makin meluak-luak. Tidak menyangka Justin cuba mengkakunya. Sekali lagi dia serang dengan sihir Angry bird.

Tiba-tiba tubuh Damia kaku tidak bergerak. Sebelum sempat Damia rebah ke lantai, Justin menangkap tubuh Damia. Justin berjaya mengkakukan Damia. Kalau dibiarkan, ruang tamu Violetta mungkin musnah.

Damia nampak raut wajah bersalah Justin, tetapi itu tidak cukup untuk memadamkan api kemarahannya.

"Mm...menghiburkan. Tetapi habis cepat sangat" omel Kiran menapak kehadapan sebaik sahaja semua kekecohan tamat. Dia segera ke situ sebaik sahaja mendapat laporan daripada pelajar lain tetapi sengaja dia membiarkan perlawanan itu, hanya masuk campur setelah berakhir. Sudah penat berlari ke situ biarlah dia berhibur sedikit.

"Tahanan bersama Encik Klice selepas kelas esok" Kiran mencoret surat tahanan dan kemudiaan diserahkan kepada Justin. Ya, tiada siapa suka Encik Klice bila terpaksa berjumpa atas nama tahanan. Encik Klice sangat bijak menggunakan tenaga buruh percuma dengan baik.

Kiran memerhati Damia. Damia menyinga menyebabkan dia berundur beberapa langkah. Kiran mengeluarkan kertas pentagram lantas dilekatkan pada dahi Damia.

Mata Damia perlahan-lahan tertutup rapat. Terkesan dengan sihir tidur Kiran

"Pastikan awak menyahkakukan dia nanti." Dia menepuk bahu Justin. Selepas menyaksikan aksi tadi, dia rasa keputusan terbaik adalah menidurkan Damia. Agar dia mampu bertenang meredakan kemarahannya. "Tapi tunggu saya pergi dulu."

Kiran berjalan pergi sambil merungut sesuatu. Nama Daniel juga tidak lepas daripada rungutannya. Kiran dilantik sebagai Presiden MPP menggantikan Snivel setelah mantan presiden tersebut tamat belajar. Kiran dan Snivel jauh berbeza personalitinya namun sangat bertanggungjawab menjalankan tugas

Justin mengusap lembut ubun-ubun Damia. Dia telah menanggalkan sihirnya serta kertas pentagram Kiran namun Damia masih lagi lena.

****

Damia bengang dengannya kerana tindakan dia membuang segala pemberian Okka. Bukan itu sahaja, dia membakarnya dan abu dari hadiah itu dibuang di perlabuhan Featherave.

Justin berkerut, mengimbau kembali kejadian akhir-akhir ini membuatkan dia sakit hati. Semenjak Daniel memulakan tugasan luar, Okka mengambil kesempatan untuk sentiasa bersama dengan Damia, tidak kira bersendiri mahupun bersama dengan teman-teman Damia.

Damia merengek kerana Justin banyak bergerak, mengganggu lenanya. Serta-merta ketenangan singgah menghalau kemarahannya. Dia mengucup dahi Damia, padanlah Daniel kerap-kali mengucup wajah Damia. Damia adalah sumber kebahagiaan.

Jari-jemari Justin menyentuh leher Damia, dimatanya jelas kelihatan urat darah. Memang mengiurkan, tetapi dia sayangkan tuannya. Mustahil dia mahu sakiti Damia walau dengan apa cara pun.

Justin ketawa kecil. Ya, Damia kini adalah tuannya. Satu ikatan yang hampir sama hebat dengan ikatan darah. Menjadikan dia manusia yang paling dekat dengan Damia setelah Daniel.

Justin menyelak sedikit kolar baju Damia, dia menilik simbol ikatan mereka. Jika Damia tahu maksud simbol itu, pasti sekali lagi kejadian seperti tadi terjadi. Manakan tidak, hubungan hamba-tuan tidak lagi praktikal pada masa kini. Apatah lagi dia tahu Damia sayangkan dia sama seperti Damia sayangkan Daniel.

Dia sangat pasti tentang itu sebab emosi Damia adalah emosinya dan sebaliknya. Upaca angkat sumpah yang mereka lakukan sangat berbeza dengan upacara minum darah, sememangnya kedua-duanya untuk mewujudkan hubungan tuan-hamba tetapi tidak sedalam seperti dia. Tapi sayang, Damia terlalu muda untuk menyedarinya.

+-+-+

Bunyi binatang mengaum mengisi kesepian hutan. Brimm, makhluk liar alam pari-pari, mempunyai rupa yang seakan-akan arnab namun berkali-ganda saiznya. Zahirnya sememangnya nampak tidak menakutkan tetapi apabila diganggu, gigi yang bergerigi yang mampu menghancurkan tulang kelihatan dan warna bulunya yang terang bertukar hitam.

"Mari kitty, kitty!" laung Sconne ke arah Brimm sambil terlonjak-lonjak. Apabila Brimm yang mengamuk itu menangkap kelibat Sconne. Kaki pendeknya mula mengejar. Sconne tanpa membuang masa berlari menyelamatkan diri.

"Closerus trap!" Seru Si kembar sebaik sahaja Brimmm masuk dalam perangkap.

Sconne melonjak ke hadapan. Nyaris terkurung bersama dengan makhluk yang sedang mengamuk. "Oi!"

Kembar Cornerludge tersengih mendengar gerangan Sconne namun tidak dilarikan fokus daripada Brimm. Mereka menguatkan pendinding apabila Brimm bertindak melanggar dinding sihir yang dibuat. Kedua-duanya maju mengecilkan ruang perangkap agak pergerakan Brimm terbatas. Sconne turut membantu.

Kini, ruang perangkap membantas pergerakan Brimm.

Daniel mengigit jarinya. Dia membuka ruang dimensi yang kecil. Tangannya dihulur ke dalam dan muncul di bahagian atas Brimm. Menggunakan jarum suntikan, dia mengambil darah Brimm yang tengah mengamuk. Pantas tangannya membuat kerja. Belum sempat Brimm menyambar tangannya. Dia Sudah menutupkan dimensi.

Sconne pantas mengambil picagari dan segera darah dipindahkan kedalam bekas nyahbeku. Daging yang sudah di suntik ubat tidur diserahkan kepada Daniel. Daniel membuka lagi ruang dimensi yang menghubungkan ruang luar dan dalam closerus trap. Dia mencampak daging itu ke dalam.

Brimm tanpa berlengah menjamah daging tersebut. Tidak lama kemudian. Gerakannya menjadi pasif dan warna bertukar kembali kepada biru lembut. Ubat tidur telah menjalankan tugas.

"Aku rasa, pengetua kita memang ada niat nak bunuh kita" omel Sconne, merenung Brimm yang tidur. Mereka memerlukan darah Brimm ketika mengamuk untuk menyiap posyen mereka.

Tugasan luar pelajar tahun akhir sememangnya ringkas. Mengumpul bahan dan membuat posyen yang telah di arahkan. Tetapi selalunya posyen yang diminta memerlukan bahan-bahan yang sememangnya menguji kepakaran dalam sihir tongkat mahupun Pentagram dan Posyen setentunya.

Pelajar diagihkan kepada kumpulan bertiga atau empat. Setiap ahli kumpulan mempunyai kepakaran yang berbeza.

Seperti mereka, kembar Cornerludge merupakan pengamal sihir tongkat dan medan, manakala Sconne mengamalkan sihir medan dan posyen dan Daniel pula mempelajari semuanya.

"Baik, kita dah dapatkan semua bahan yang perlu di dimensi pari-pari" Marviel menilik senarai ditangannya. "Kita perlu lima item lagi." Ujar Marviel tersenyum. "Semuanya boleh didapati di dunia duyung"

"Kita rehat dulu untuk hari ni. Balik ke depo magik. Bermalam di mana-mana rumah tumpangan" cadang Marvin dan dipersetujui ramai.

Mereka memulakan perjalanan. Sekadar untuk berjalan kembali ke kawasan Bandar, mereka tidak perlu membazirkan darah Daniel.

"Dan, tak lama lagi hari jadi kau kan?" soal Marviel tiba-tiba.

Daniel mengangguk. "Kenapa?"

"Jatuh betul-betul pada tarikh akhir penghantaran tugasan." Kata Marviel.

"Nampaknya, sempatlah kita sambut bersama Damia." Tambah Sconne gembira.

"huh?" Daniel mengerut. "Aku tak nak hantar tugasan ni pada hari terakhir. Paling kurang pun tiga hari sebelum."

"Tiada masalah, sekiranya tukang posyen kita ni tak buat silap. Darah naga boleh tersilap dengan air liur duyung? Dari segi mana yang serupa agaknya?" Marvin mengusik Sconne.

Sconne mengerang, bukan selalu dia membuat kesilapan. "Bukan selalu kau boleh tengok Daniel tidur nyenyak macam bayi."

Sepatutnya dia menghasilkan posyen tenaga. Oleh kerana dia tersilap bahan. Daniel tertidur untuk seharian tanpa mampu dibangunkan. Nasiblah kesannya cuma untuk sehari sahaja.

"Aku patut minta ganti rugi." Komen Daniel. Nasib Kiran membatalkan mesyuarat majlis pelajar pada hari tersebut.

ROYALIZEOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz