12. Damia Tunggu Justin

502 30 0
                                    

Pagi di featherave tidak pernah sepi, sentiasa meriah dengan gelagat pelajar yang pelbagai. Ada yang bergurau senda, tidak kurang juga yang tergesa-gesa bersarapan dan pastinya terlalu banyak untuk diungkapkan. Tetapi yang pasti, bagi yang tiada kelas pada pagi itu tampak tenang, antaranya Justin

Justin memilih untuk duduk berselindung di balik bayang-bayang tiang di koridor. Sinaran matahari sentiasa menyakiti dirinya. Bahkan dia masih dihantui dengan perbualan antara dia dan Daniel. Daniel membuatkan fikirannya berkecamuk.

Damia muncul tiba-tiba cuba menyergah Justin, namun gagal apabila Justin terus membisu dan termenung sedikit pun tidak menghiraukannya. Damia duduk bersebelahan dengannya, membiarkan lengannya bersentuhan dengan lengan Justin. Dia memeluk lututnya sambil menyanyi kecil.

sepi menyelubungi mereka membuatkan Justin memandang Damia, Damia yang menyedarinya, membalas pandangan Justin.

"Damia tak ada kelas pagi ni?"

Damia mengeleng."tak"

Sepi sekali lagi.

"Damia dah sarapan?"

"Belum" jawab Damia ringkas tetapi mampu membuatkan Justin mengubah posisinya menghadap Damia dengan mata yang merenung tajam."Damia tunggu Just, Damia nak sarapan dengan Just" ujar Damia pantas, terlalu gerun dengan reaksi spontan Justin.

Justin mengeluh sebelum mengukir senyuman segaris. Dia meramas rambut Damia, Damia sentiasa menyenangkannya walaupun kini dia memuncung mulutnya, merajuk. "Jom sarapan" Tangan Damia ditarik, Damia apa lagi tersenyum girang.

Justin orang kesayangannya selepas Daniel dan ia menyakitkan melihat Justin termenung dan menyepi. kini justin tersenyum, dirinya juga turut gembira.

+-+-+-+-+-+-+-

Kelas teori posyen berakhir, Zeanz dan Damia keluar dengan santai kerana itu merupakan kelas terakhir mereka pada hari itu. Profesor Benjamin pun tidak menggunakan khidmat mereka selepas itu. Semuanya nampak berjalan dengan lancar dan tenang.

Tiba-tiba ketenangan bertukar riuh.  Kelihatan Sunshine meluncur terbang ke arah mereka dengan kura-kuranya[?]. berhenti tepat-tepat dihadapan Damia dan Zeanz. Damia bersorak girang tetapi tidak Zeanz yang mengerut dahinya, kedengaran dia menyumpah seranah Sunshine dengan suara yang hampir tidak kedengaran.

"Damia jom naik!" pelawa Sunshine.

Damia tanpa teragak-agak menaiki Timy yang telah dibesarkan berkali ganda dan ditumbuhkan sayap. Jelas tergambar keterujaan diwajahnya.

Sunshine mengenyit pada Zeanz."Nak naik?"

"Mana boleh terbang dikoridor!" Zeanz berkata dalam nada yang cukup dramatik, sangat jelas kurang senang dengan tindakan polos Sunshine.

"Sudahlah, Zeanz. Lagipun yang terbang Timy" senang sahaja Sunshine membidas."Nak naik ke tidak?"

Zeanz merungut tetapi masih lagi menerima jemputan Sunshine. Dia memilih untuk duduk dibelakang Sunshine. sekurang-kurangnya dia mampu mengawal pemanduan Sunshine. Itulah yang diharapnya. Walaupun jelas dengan pengaruhnya ke atas Sunshine iaitu hampir tiada kerana Sunshine adalah dominan dalam perhubungan mereka.

Sunshine tersenyum nakal, dia cukup mengenali Zeanz. Enggan tetapi tetap akan mengalah dengannya. mana taknya mereka sudah bersahabat sejak kecil lagi.

+-+-+-+-+-+-+-+

"Warghh!!!" kuat jeritan Zeanz sebaik sahaja Sunshine memandu laju Timy tinggi ke udara, bahkan dipandunya untuk melakukan aksi-aksi berbahaya. Damia sekadar ketawa dengan kepanikan Zeanz.

"Sun, perlahan sedikit tak boleh ke?!" soal Zeanz dalam kebimbangannya.

"tak nak" balas Sunshine bersahaja, bukan main gembira dia dapat mengenakan Zeanz.

Namun tiba-tiba Sunshine memberhentikan Timy di ruang udara yang lebih kurang puluhan kaki dari tanah. Semua tertolak ke depat akibat inersia. Mulut Zeanz mengomel, tindakan Sunshine boleh mengakibatkan mereka semua terjatuh.

Rupanya Daniel yang memberhentikan mereka dengan sihir pentagramnya. Seperti kebiasaannya Daniel tersenyum mesra. Zeanz serta-merta terdiam, sesungguhnya dia amat menyenangi Daniel dan tidak salah jika dikatakan dia memuja lelaki itu yang jauh berbeza daripada abangnya. Perkara yang sangat mengejutkan adalah Sunshine, Sunshine yang cukup anti-pengawas-dan-wakil-pelajar juga turut menghormati Daniel.

Damia tanpa gentar melompat ke arah Daniel, tidak langsung mengendahkan fakta dia berada tinggi di udara. Tindakannya mengejutkan Daniel sehingga mengocak ketenangan diwajahnya, tergambar kebimbangan diwajahnya. Cemas juga dia dibuat puteri kesayangannya. Daniel memangku Damia dan mengusap dahi puterinya sebelum mengucup lembut.

"Abang!" sorak Damia. Akhir-akhir ini dia jarang bertemu dengan abangnya.

"Puteri" lembut sahaja nada Daniel."Jangan main terjah macam tu, Bahaya. Risau abang."

Zeanz dan Sunshine yang menonton sekadar tersenyum antara satu sama lain. Faham benar dengan kemesraan adik-beradik tersebut.

"Dan rasa, kamu berdua patut segera mendarat. Snivel dapat laporan ada yang berterbangan di koridor dan dia baru sahaja keluarkan arahan kepada pengawas untuk memantau," Ujar Daniel sekaligus mencemaskan ketiga-tiga pelajar tahun pertama itu. Daniel ketawa kecil "Jangan bimbang, mendarat di rumah penjaga perlabuhan. Pak Cik Vega tentu dapat tolong kamu bersembunyi sementara".

Zeanz dan Sunshine mengangguk faham. itulah sebab ahli  kelab anti-pengawas-dan-wakil-pelajar seperti Sunshine menyenangi Daniel. Daniel boleh menjadi rakan seteru yang baik.

"Damia saya pinjam ya." mereka berdua mengangguk lagi tanda bersetuju."Nanti sampaikan salam kepada pak cik vega dan mak cik Heeta" pesan Daniel sebelum sahabat-sahabat puterinya terbang meninggalkan mereka. Damia melambai-lambai mengucapkan selamat jalan.

Daniel merenung kasih puteri kesayangannya."Nakalnya puteri abang sekarang:" komen Daniel ringkas mencetuskan tawa Damia.

-+-+-+-+-+

-Tasik Featherave-

Tasik featherave sememangnya menjadi tumpuan pelajar untuk beristirahat atau bersantai-santai jauh dari suasana kesibukan belajar. Tambahan pula dikelilingnya dindahkan lagi dengan taman bunga dan pokok yang redang cukup untuk mereduhkan sebahagian kawasannya.

Damia tenang berbaring diatas hamparan rumput berbantalkan lengan Daniel Yang turut berbaring diasmpingnya.

"Walaupun warna biru langit tak sebiru mata puteri" ujarnya daniel sambil menuding jarinya ke langit."Ia sentiasa mengingatkan abang pada puteri dimana sahaja abanga berada."

Damia merenung sisi wajah abangnya.meeka seiras tetapi tak serupa. warna mata mereka mahupun rambut perang mereka walaupun diketegorikan satu warna namun ia tak sama.

"Damia dah ada Just" Kata Damia main-main sambil tersenyum nakal. mengalihkan pandangan kelangit sebaik menyedari jelingan abangnya. Kemudian daniel ketawa kecil.

"Nasib baik ada Justin, Taklah puteri kawal abang macam yang puteri buat pada Justin" usik Daniel walaupun memang hakikatnya. Dia sentiasa memerhati dari jauh jadi dia tahu apa yang terjadi.

"Mana ada Damia kawal Just!" pantas Damia membidas dengan wajah yang merona merah.

"Puteri suka Justin ya?" daniel mengusik lagi

Damia terduduk, tangannya menampar dada abangnya, Daniel menepis setip serangannya dengan tawa yang semakin menjadi.

Dari jauh, Seseorang memerhati tanpa mengalihkan walaupun seketika.Niatnya kabur bahkan pandangan matanya juga begitu.

ROYALIZEOnde as histórias ganham vida. Descobre agora