40. Declan

126 9 3
                                    

Daryan duduk memerhati ungun api yang membara. Bulan bersembunyi di balik awan tebal. Aneh, bahang api tidak sedikit pun memanaskan badannya, dirinya diselubungi kedinginan. Dewan itu kelihatan lebih luas daripada biasa.

"Runsing?"

Tuan Michaelis menyapa Daryan.

Daryan berdiam sepi, dia sekadar menyerahkan laporan yang telah ditugaskan ke atasnya.

Kebisuan Daryan mengundang persoalan kepada Tuan Michaelis. Laporan di tangannya tidak lagi menarik perhatian. Dia menyerahkan laporan tersebut kepada pembantunya.

"Duduk," Tuan Michaelis berkata sebaik sahaja Daryan mahu meninggalkan kerusinya.

Dari segi nadanya jelas itu bukan satu permintaan. Daryan duduk kembali tanpa menyoal.

"Rowen, ambilkan jurnal tersebut."

Rowen, tunduk sebelum beransur pergi.

Daryan memandang Tuan Michaelis seketika dari ekor matanya. Dia ingin bertanya tetapi terasa itu tidak penting buat ketika itu.

Rowen kembali bersama jurnal berkulit hitam. Tuan Michaelis mengarahkan agar diserahkan kepada Daryan.

Daryan menerima dengan kerutan di dahi, masih tidak memahami situasi tersebut.

Tuan Michaelis mengisyaratkan Daryan untuk menyelak jurnal itu. Daryan tanpa banyak soal menurut. Matanya tertacap pada muka surat satu. Jelas raut wajahnya terkejut dengan apa yang dilihatnya.

"Declan Noblesse?" Dia memandang Tuan Michaelis jelas ingin segera memahami semua itu.

Tuan Michaelis memetik jarinya, menarik hoodie Daryan dari menutup wajahnya dengan magik. Wajah orang lain lagi.

"Declan Noblesse pernah datang kepada saya" ujar Tuan Michaelis. "Tanpa saya sedari berkurun lamanya keturunan Goldsilv bersahabat dengan saya, jelas sumpahan yang tidak berkecuali, saya tiada menyimpan sisa memori keturunan ini melainkan itu"

Tuan Michaelis menunjuk jurnal di tangan Daryan. "Declan mencatat setiap memori dia bersama saya dan juga penyiasatannya"

Dia membuang pandangan ke luar jendela. Walaupun dia telah membaca segalanya, namun semuanya seperti mimpi, tidak satu pun memori yang tertulis dia rasakan dia pernah melaluinya. Namun dia percaya kerana buku itu ada di dalam simpanannya.

"Saya pasti dia telah menjangka seseorang daripada keturunannya akan datang kepada saya" Tuan Michaelis kembali melihat ke arah Daryan. "Sebab itu memang personaliti keturunan kamu, sedaya upaya melindungi keturunan"

Benar, jika sentiasa diburu memang begitulah jadinya. Cemburu dengan kuasa yang dianugerahkan. "Bagaimana tuan pasti keturunannya adalah saya."

"Jangan dipandang enteng kuasa saya, Daryan." Tuan Michaelis bangun menghampiri Daryan. Dia menyelak rambut Daryan, menyerlahkan pangkal tengkuk Daryan.

Mukanya menghampiri, dihirup aroma yang memikat se dalam-dalamnya. "Darah yang berbau perak, walaupun kamu cuba menyembunyikannya tetapi mustahil bagi vampire terakhir seperti saya."

Justin, vampire tulen tidak mampu mencium aroma perak setelah dia kaburi dengan posyen. Mustahil Justin menipu, lelaki itu terikat setia dengannya pada waktu itu.

"Dipersilakan merasainya jika tuan inginkan," Daryan mempersilakan.

Tuan Michaelis ketawa, dia kembali ke tempat duduknya. "Bertuankan manusia yang masih dikuasai emosi adalah sesuatu yang tidak bijak."

Daryan sekadar tersenyum. "Sudah tentu bagi insan yang telah menempuhi banyak pengalaman seperti tuan, tuan lebih mengetahui." Dia bangun dan mengemas jubahnya, jurnal disisip ke dalam bagnya. "Saya pergi dulu, selamat malam"

ROYALIZEWhere stories live. Discover now