26. Pewarisan

382 24 0
                                    

Akademi Featherave tidak pernah sunyi, ada sahaja acara yang dirancang. Seperti kebiasaannya acara Hari Bulan Mengambang yang kian hampir. Memanglah acara bulanan yang lazim dikalangan pelajar namun isu keselamatan sentiasa diketengah. Oleh itu, Majlis pelajar dan Majlis disiplin bekerjasama dalam memastikan kelancaran upacara.

Bilik Majlis pelajar riuh dek ahli-ahlinya berkumpul dan melaksanakan tugas masing-masing.

"Daniel Royalize!"

Daniel tersentak apabila terdengar namanya dipanggil.

Kiran menepuk bahu Daniel sambil mengelengkan kepalanya. Sejak dia kembali bertugas, selalu benar dia melihat Daniel termenung. Tak pernah dibuat Daniel.

"Apa yang mengganggu kepala otak kau ni, Dan? Cuba cerita sikit. Mana tahu aku boleh tolong." Ujar Kiran.

"Tak ada apa-apalah Kiran. Aku penat sikit." Jawab Daniel berdalih.

"Penat?" Alisya yang berada berhampiran berhenti dari tugasannya. Dia memeriksa suhu badan Daniel dan tanpa izin. Dia mula melakukan pemeriksaan kesihatan.

"Demam?" soal Kiran. Alisya menggeleng.

"Aku sihatlah." Daniel menarik tangan Alisya dari terus memeriksanya. "Aku penat."

Kiran dan Alisya saling berpandangan. Masing-masing menggaru kepala.

"Apa kata kau rehat je. Lagipun event bulanan je, Kiran boleh urus." Cadang Alisya

Kiran bercekak pinggang. Dia menjengil matanya pada Alisya. "Ikut sedap mulut budak ni bagi arahan. Aku presiden ke? kau?"

"Bakal Presiden." Jawab Alisya selamba.

"Uit, jangan harap aku nak recommend kau kat pengetua." Alisya menjeling Kiran. Kiran menjelir lidahnya. Kemudian fokusnya kembali kepada Daniel. "Balik, rehat. Ini arahan presiden" Sengaja Kiran menekan perkataan presiden untuk mengjengkelkan Alisya. "Tetapi sebelum tu, jumpa pengetua. Dia panggil kau tadi"

Daniel mengangkat keningnya. "Kenapa?"

"Sebab Kiran tak boleh harap" Pintas Alisya sebelum sempat Kiran menjawab. Alisya pantas meninggalkan Kiran yang tidak berpuas hati dengan ujarnya.

"Budak tu memang nak kena azab dunia dari aku betul, nasib dia kawan Egia kalau tak, memang merasalah dia."

"Kau, Kiran. Kalau didengarnya Egia. Kau yang tak merasa bercinta dengan Egia." Daniel melawak. "Dah, aku pergi dulu. Kalau ada apa-apa, kau panggil je aku."

"kau pun tak percaya aku juga Dan?"

Daniel meninggalkan Kiran tanpa jawapan dengan tawa yang masih bersisa.

=_=

Daniel menarik kertas pentagram dari beg pouchnya. Kadang kala fikirannya terlalu terganggu menyukarnya mengingat bentuk medan sihir, jadi kertas petagram adalah cara mudah melakukan sihir petagram tanpa gambaran jelas medan sihir.

Daniel mengumam mantera, kertas petagram ditangannya terbakar sendirinya dan apinya membentuk medan sihir di bawah tempat dia berdiri. Dia lantas meluncur terbang ke menara utama.

Medan sihirnya segera dihapuskan sebelum sempat dia sampai ruang pejabat, dia melangkah dengan langkah yang segak.

+_=

Daniel memasuki pejabat pengetua. Profesor Steveness bangun dari meja, ketibaan Daniel telah dikhabarkan terlebih dahulu kepadanya oleh setiausahanya. Lelaki matang itu mempersilakan Daniel untuk bersamanya di sofa khas untuk tetamunya.

"Silakan minum, teh caramel." Pelawa Profesor Steveness. Dia telah mengambil cawannya dan menghirup minuman yang dihantar ke pejabatnya.

Daniel tidak menolak pelawaan tersebut. Kurang manis jika dia menolak. Tetapi dia tidak mengambil masa terlalu lama untuk mengetahui tujuan dirinya dipanggil. "Boleh saya tahu atas urusan apa yang professor ingin berjumpa dengan saya?"

ROYALIZEWhere stories live. Discover now