47. Kembali

75 6 0
                                    

Tasik Featherave meriah dengan pelajar-pelajar yang berhibur, bergembira dan menikmati waktu riadah. Ada yang mengambil kesempatan untuk berkayak namun tiada yang berani untuk berenang. Sudah peraturan untuk tidak membenarkan pelajar berenang tanpa pengawasan guru. Apatah lagi, para pengawas mengambil giliran untuk mengawasi dan menangkap sebarang aktiviti yang bertentangan dengan peraturan.

Damia duduk bersendirian di bawah redupan pokok, agak tersorok daripada yang lain. Tempat biasa dia beriadah bersama Justin. Justin tidak gemar menonjol dan berada di khalayak ramai.

Semenjak Justin pulang ke dunia tanpa sihir atas urusan peribadi, Damia hilang cerianya. Fikirannya sentiasa melayang mengenang Justin. Rindu itu pasti. Justin adalah sesudah Daniel dihatinya.

"Seorang je nampak?"

Tanpa menoleh Damia sudah mengenali gerangan yang menyapanya. "Nampaknya macam tu lah Okka"

Okka tanpa dijemput, mempersilakan dirinya untuk duduk bersebelahan dengan Damia. Sudah lama mereka tidak bersemuka mahupun berhubung. Dia tahu setiap surat diposkan kepada Damia telah dihapuskan oleh Justin. Walaupun begitu, dia masih berterusan mengutus surat hanya untuk mengusik Justin.

Damia terus menyepi. Dia tidak berminat untuk berbicara. Hakikatnya, Damia rasa tidak selesa bersama Okka tanpa kehadiran Justin di akademi. Kecurigaan melanda hatinya. Dia tahu Okka bersama beberapa pelajar lain dipindahkan sementara ke akademi lain untuk 1 tahun pengajian. Fakta kehadiran lelaki itu di situ ketika itu tidak menyenangkan.

"Mia tahu tak saya ada seorang adik?" soal Okka membuka bicara bersahaja. Dia melunjur kakinya dan menjurus pandangan ke arah tasik.

Dahi Damia menegang, hairan dengan bual bicara itu. Dia menggeleng. Okka bukan lelaki yang berkongsi perihal peribadi. Dia hairan namun tertarik.

Pandangannya dijuruskan pada lelaki itu. "Siapa adik awak?"

Okka menarik senyuman panjang. "Namanya Hana, dia seorang yang optimistik, suka tersenyum tak ubah macam Mia." Dia tidak menipu. Damia tidak ubah seperti Hana. "Kalau Hana berdiri sebelah Mia, orang boleh salah anggap kamu berdua sebagai kembar"

Damia ketawa kecil. Okka pun sudah disalah anggap sebagai keluarganya oleh pelajar lain, tidak hairan kalau itu terjadi. "Hana ni sebaya Mia ke?"

"Tak" Okka menggeleng. "Hana kembar saya. Cuma saya lahir dulu barulah dia. Dia adik yang lewat 5 minit" Jawab Okka. Senyuman terukir ikhlas apabila berbicara tentang kesayangannya.

"Tapi itulah, walaupun kami serupa ada jurang perbezaan yang besar. Hana dilahirkan dengan kuasa magik yang tidak stabil menyebabkan dia terlantar sakit dirumah" ujar Okka dengan senyuman yang mengendur dan digantikan dengan suramnya.

"Apa-apa pun, saya sayang Hana" ujar Okka. "Lebih dari semuanya".

Damia kelu tidak tahu tahu apa yang perlu dibalas. Hatinya masih mempersoalkan hujung pangkal topik perbualan mereka.

Masing-masing terdiam hanyut melayan fikiran.

"Damia nampak tak tu?" Okka menunjuk jarinya ke udara tiba-tiba.

Mata Damia menjurus ke arah yang dimaksudkan. Tidak tahu apa yang perlu dilihat.

"Tengok betul-betul" ujar Okka.  "Tengok seolah-olah kuasa magik berkumpul dimata."

Semakin fokus mata Damia melihat, dia tersentak. Terkejut melihat benang-benang halus yang berkilauan berterbangan memenuhi ruang udara. Dia cuba menyentuh tetapi hampa, benang tidak berjisim. Ada antara benang itu berterbangan masuk ke matanya. Namun tak menyakitkan bahkan menyenangkan. Itu kali pertama dia melihat perkara sebegitu.

ROYALIZEWo Geschichten leben. Entdecke jetzt