20. Jawapan dan kesimpulan

354 24 0
                                    

Daniel menapak masuk ke biliknya. Sekali lagi Sconne memecah masuk ke kediaman Blueray. Sahabatnya masing-masing tengah duduk melepak membuat kerja sendiri, tidak menikmati pesta tahunan malam itu. Daniel menanggalkan kot uniformnya. Wajah girang sahabat-sahabatnya dek ketibaannya tidak dihiraukan terlebih dahulu, dia tahu sangat yang bermain difikiran mereka.

Dia menyusur ke tandas bersama tualanya, ingin segarkan badan setelah bekerja seharian.

Sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik mandi, bantal dibaling deras ke arah Daniel. Daniel pantas sahaja menangkap, ketawanya meletus apabila menyedari kesabaran sahabat-sahabatnya sudah sampaj ke penghujung.

"Adakah patut aku baling meja pula lepas ni?" Soal dengan sarkastik.

Daniel duduk dipenjuru katilnya, "Mmm, apa kata aku campak saja kau pada Snivel?" Jarinya menekan pelipisnya, seolah-olah sedang berfikir. Kemudian mengukir senyuman segaris, suka dia mengungkit nama Snivel.

Sconne mendengus. Selalu benar menggangu gugat keamanan mentalnya dengan makhluk bernama S. Macamlah tiada makhluk lain. "Sebelum tu aku campak..."

Mulut Sconne dicekup Marviel. Banyak pula bidasan Sconne, menghilangkan kesabaran sahaja mamat elf ni.

"Kami dah tahu jawapan kenapa kau pilih Justin" ujar Marvin teruja.

Daniel melontarkan pandangannya pada jam dinding, sememangbya masih ada lebih kurang sejam sebelum jarum pendek menunjuk ke arah 12. Dia mengangguk, bersedia mendengar teori sahabat-sahabatnya.

"Kau pilih Justin sebab dia ialah vampire!" Ujar Marviel teruja.

"Tetapi!" Marvin pantas memintas sebelum sempat Daniel membuka mulut untuk menyoal. "Kau mestu akan tanya macam ni" Marvin mengatur vokalnya, postur tubuhnya mula meniru gaya Daniel, senyum nipis dan tenang.

"Kenapa aku tak pilih vampire lain, kenapa aku pilih Justin?" Dia mimik lengok nada Daniel. Mengundang tawa semua.

Daniel ketawa. Tidak menyangka pula dia selalu begitu. Memang agak serupa.

"Sebabnya!"giliran Sconne pula menambah.

"Mmm...sebabnya?" Daniel mengeringkan rambutnya dengan tuala. Terus mendengar dengan rasa tertarik. Apalah alasan dan bukti yang akan dibentangkan.

"Justin dengar perbualan kami tengahari tadi."

Daniel mengerut dahi mendengar jawapan yang tidak disangka-sangka. "Dengar perbualan? Mmm..." Sesuatu jawapan yang unik.

"Dia dengar perbualan kami, perbualan sebenar."

Kerutan Daniel menghilang, dia menarik senyuman segaris. "Posyen Travisare"

Setiap posyen ada kelemahannya dan kelemahan posyen Travisare agak ketara. Namun sukar untuk diperlekehkan. Kelemahannya hanya ia tidak berkesan ke atas orang yang mempunyai arus kuasa yang kuat dan istimewa.

"Bagi Damia yang dapat dengar perbualan kami, sebab dia ialah Royalize. Justin yang menyampuk dengan tepat bermaksud dia bukan vampire biasa, dia adalah vampire tulen" Sconne menerangkan bagaimana mereka datang dengan Idea tersebut. Sebagai pembuat posyen tersebut, dia memahami posyen Travisera sepenuhnya.

"Kenapa korang pilih dia berketurunan vampire?"

"Dia tak tahan dengan cahaya matahari, deria tajam, dan yang paling utama adalah kau pernah uji dia dengan darah."

Daniel mengangguk, sememangnya diawal persekolahan Damia dia pernah menguji Justin dengan bantuan sikembar.

"Kau nak uji samada dia mampu melawan kedahagaan dia terhadap darah lebih-lebih lagi dengan darah Mia yang sangat istimewa. Dia sama seperti Tuan Michaelis."

Daniel termangu seketika apabila nama Michaelis ditimbulkan.

"Justin dapat mengetahui nilai darah seseorang. Seperti Tuan Michaelis yang sentiasa dapat kenal kau walaupun kita datang berdua ataupun bertiga. Hakikat kita sering bertukar-tukar penyamaran , langsung tidak dapat menipu dia, dia sentiasa tahu yang mana satu kau." ujar Marviel. "Sebab kau istimewa daripada kami. Menunjukkan vampire tulen dapat mengenal seseorang yang mempunyai kelebihan luarbiasa"

"Sebab itu Justin sentiasa mengekor kau" omel Marviel.

Daniel yang terdengar omelan itu ketawa kecil. "Konklusi yang menarik." Dia menepuk tangannya. Sahabat-sahabanya tersenyum girang dengan komennya. "Korang dah lihat perkembangan Justin dari tahun pertama sehingga sekarang. Vampire tulen sememangnya membesar dan berhenti mendewasa di pertengahan 20an."

Suasana sepi, cuba menghadam kata-kata Daniel. "Tuan Michaelis mendapat gelaran Vampire tulen terakhir bukan? Itupun sejak ratusan tahun dahulu. Justin pula masih lagi membesar"

Kembar Cornerludge dan Sconne terpaku dengan hujah Daniel yang mereka alpa untuk kaji. Daniel ketawa melihat wajah kecewa sahabat-sahabatnya.

"Aku tak cakap korang silap. Aku cuma tambah teka-teki baru."

"Mas..."

"Dan, Snivel cari kau" Ujar Gize yang baru masuk ke bilik. Dia meletakkan semua barangnya ke atas katilnya.

Sconne melempar bantal ke arah Gize kerana mengganggu dia bercakap. "Ish, kau potong aku cakaplah"

Gize membalas balik menggunakan bantal yang sama. "Gila baik kau marahkan aku, penghuni bilik yang kau ceroboh. Kau nak aku panggil Snivel, tangkap kau yang langgar akta 21."

Semua ketawa kecuali Sconne. Gize sudah cukup baik tidak menggambil tindakan ke atas Sconne walaupun dia merupakan pengawas di akademi. Daniel terpaksa keluar bertugas lagi.

****

Pesta cuma dibenarkan berlangsung sehingga tengah malam. Walaupun begitu, masih ramai yang berkeliaran di pesta, menikmati perayaan itu dengan sepuas-puasnya. Asrama Violetta juga menjadi agak sepi daripada kebiasaannya.

"Just, tak apa ke kita duduk kat bumbung ni?" soal Damia. Dia tidak melepaskan tangan Justin, agak gayat terutamanya sebab mereka bukan berada di tempat khas untuk dipijak manusia.

"Mia jangan risau, saya ada" Justin memicit tangan Damia yang dipegangnya untuk menyakinkan Damia.

Senyuman terukir dibibir Damia. Lengan Justin dipeluk, kepalanya direhatkan di bahu Justin. Justin sentiasa membawanya untuk menyaksikan keindahan alam, seperti malam ini, melihat bulan yang hampir penuh.

"Mia tak kisah saya ada disamping Mia?"

Damia mengerut dahinya, pelik dengan persoalan Justin yang tiba-tiba. "Just Tak suka Mia ke?"

Jelas kekalutan di wajah Justin dek persoalan Damia. Dia pantas menggeleng berulangkali. Damia ketawa melihat respon Justin.

"Baguslah, sebab Mia dah rancang nak melekat dengan Just dan abang selamanya. Jadi jangan fikir nak lari dari Mia."

Justin tersenyum segaris. Lega dengan pernyataan Damia. Upacara yang akan diadakan dalam beberapa hari lagi menganggu ketenangannya. Lebih-lebih lagi ia dilangsungka tanpa pengetahuan Damia. Daniel sentiasa begitu, sentiasa berahsia. Dan dia juga angkur tak membantah.

Jika dulu dia turutkan disebabkan Daniel, kini niatnya untuk melindungi Damia walaupun nyawa menjadi galang-ganti.

"Ah, Okka!"

Dia tersedar dari kelekaannya. Okka sudah terbang menuju ke arah mereka.

"Hi Damia dan awak" ujar Okka mesra. Damia membalas dengan sopan, Justin merengus kasar mengundang senyum dibibir Okka. "Saya rasa lebih baik kamu berdua turun daripada sini. Pengawas dan MPP dah mula meronda, kamu berdua tak nak tertangkap bukan?"

"Terima kasih..Ah!" Damia terjerit apabila Justin mendukungkan tanpa sebarang amaran. Damia memeluk erat leher Justin, ngeri memikirkan betapa jauh jarak mereka dari tanah terutamanya dengan Justin yang membawanya. Tanpa sebarang kata mereka meninggal Okka.

"Pengawal peribadi..." perkataan yang lahir dibibir Okka. Nadanya sinis.Wajahnya tegar lembut.

Justin tidak menghiraukan rungutan Damia atas kekasarannya sebentar tadi. Dia tidak menyenangi Okka langsung. Dia merasakan Okka jauh berbeza daripada pelajar biasa walaupun arus kuasanya sama.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now