3. Tongkat sihir, Catten

738 41 0
                                    

Daniel dengan jelas dapat melihat Damia menari-nari dengan uniform barunya dari cermin pameran Butik Beau. Marvin dan Marviel turut bersama melayani tingkah adiknya. Puan Beau pula dari tadi memerhati dengan penuh tertarik. Gemar melihat aksi-aksi menawan kembar corneludge dan riang Damia. Daniel pantas mengorak langkah memasuki butik tersebut.

Loceng pintu berbunyi secara automatik, menandakan ada pelanggan yang masuk ke butik. Puan Beau menoleh.

"Selamat datang Daniel! Awak mempunyai adik yang comel." Puji Puan Beau sebaik sahaja dia mengenal pasti pelanggan yang berkunjung.

Daniel tersenyum lebar. Puterinya sentiasa cantik dimatanya.

"Puteri saya, Puan. Sentiasa comel. Puan juga apa kurangnya, cantik dan bergaya." Puji Daniel ikhlas.

"Awak memang pandai ambil hati wanita. Macam romeo."

"Saya bukan mengambil hati, puan. Tetapi sudah memang kenyataan."

Puan Beau masih kelihatan muda dan cantik walaupun hakikatnya wanita itu berumur hampir mencecah ratusan tahun. Untuk spesies manusia, itu menakjubkan.

Daniel terkejut apabila namanya dipanggil, dia menoleh. Damia telah berlari dan memeluk erat Daniel. Daniel membalas pelukannya. Dia mengucup dahi adiknya. Rasa bersalah kerana terpaksa meninggalkan Damia seketika.

Marvin menarik tangan Damia. Melepaskan Damia dari terus memeluk Daniel. Damia cuma menurut langkah Marvin. Marviel pula memaut bahu Daniel. Daniel memandang hairan ke arah Marviel.

Apalah agaknya direncanakan oleh pasangan kembar tersebut?

"Jom kita tengok gaun petang untuk Damia nak tak? Kadang kala akademi ada buat majlis makan malam" pelawaan Marvin menarik minat Damia untuk terus mengekorinya ke belakang butik.

Sebaik sahaja Damia dan Marvin hilang daripada pandangan. Marviel bersuara, "kami dah beli semua peralatan persekolahan kau dan Damia. tetapi!"

Marviel sengaja mengantungkan ayatnya. Cuba membuat Daniel tertanya-tanya. Tetapi memang itu yang terjadi, cuma Daniel tidak mengeksperasikannya. Enggan memberi kepuasan kepada sahabatnya.

"Damia buat keputusan untuk ambil semua subjek macam kau" Daniel tersenyum, sudah dalam jangkaannya. "Dan aku tahu kau memang dah tahu benda itu akan terjadi" Daniel ketawa kecil mendengar sindiran Marvin." Jadi sebagai hukuman mengenakan kami, kau dihukum membeli tongkat sakti untuk Damia, ada faham?"

Daniel menepuk bahu Marviel. "Terima kasih kawan. Korang lah sahabat sejati sehidup semati."

Marviel ketawa." Kena hukum pun berterima kasih juga ke kawan?"

Marvin dan Damia menghampiri mereka dengan beg plastik yang berisi pakaian yang baru dibeli. Damia memaut lengan abangnya.

"Jangan pulang lewat sangat nanti. Mak kami teringin sangat nak jumpa Damia." Pesan Marvin. Jelas dia terus bersama Marviel dalam merancangan pelan itu.

"Atau kau terpaksa tidur dengan Stokis si pengotor dekat bangsal belakang rumah!" ugut mereka berdua.

Daniel ketawa sungguhnya dia tahu betapa pengotornya makhluk bernama Stokis itu. "kami balik sebelum makan malam, pasti dan yakin" Daniel memberi jaminan. Dia meninggalkan pasangan kembar itu sambil memimpin tangan Damia keluar dari Butik Beau. Damia melambai-lambai ke arah pasangan kembar itu. Begitu juga dengan si kembar yang juga membalas lambaian.

*****

Damia bermain-main dengan catten-catten yang berterbangan. Catten ialah binatang yang berbentuk seperti kucing. Tetapi yang membezakannya ialah telinga Catten berbentuk dan juga berfungsi sebagai sayap.

Chiwan ialah Catten Damia. Daniel pula bernama Snow. Hal ini kerana bulu Snow berwarna putih yang menakjubkan kilauannya. Tak ubah seperti warna salji yang baru turun dari langit.

Chiwan dan Snow hinggap dibahu Damia ketika mereka memasuki ke kedai Tuan Tongkat

"ahha, Dan! Selamat datang! Baiki Tongkat sakti?" Sapa Encik Lavonn.

Daniel menggeleng. Senyumannya tak lekang dibibir. "Saya nak beli tongkat untuk adik saya, Damia."

Encik Lavonn memandang wajah Damia. Kali pertama dia bertemu dengan adik pelangan kesayangannya.

"Awak sangat comel Damia."

"Terima kasih, tuan" Jawab Damia penuh hemah. Sejak kecil lagi Damia diasuh oleh Daniel untuk bersikap sopan. Hasil asuhan Daniel tidak sia-sia apabila Damia mengamalkannya.

Encik Lavonn tersenyum. Ternyata perangai Damia tidak jauh berbeza dari Daniel.

"Kalau, tuan tak kisah. Boleh saya pilihkan sendiri tongkat sihir untuk puteri kesayangan saya?"

Encik Lavonn memaut bahu Daniel. Mereka jalan seiring ke meja kaunter. Encik Lavonn menghulurkanya kepada Daniel.

"Tiada masalah. Awak tahu bagaimana nak pilih bukan?"

Daniel mengangguk. Dia menyambut tongkat sihir Encik Lavonn. Dia sedia tahu bahawa setiap kedai. Yang boleh mengalihkan barang-barang dalam kedai dengan sihir cuma melalu tongkat sihir tuan kedai. Tongkat itu umpama kunci. Tetapi ada juga kedai yang tak menggunakan tongkat sebagai kunci. Hal ini kerana mungkin mereka bukan pengamal sihir tongkat.

Dia menghayunkan tongkat sihir itu. Rak dibelakang kaunter berputar-putar pantas. Rak baru muncul dengan tongkat-tongkat sihir yang berbungkus kemas dalam kotak lutsinar.

Salah satu bungkusan tongkat sihir melayang ke arah mereka. Encik Lavonn mengambil bungkusan yang berterbangan itu. Dia membuka bungkusan itu. Dia meneliti tongkat yang dipilih oleh Daniel.

"Kayu oak, Serpihan tulang naga Corbane, serbuk Martada dan bulu phoennix," Encik Lavonn mengulas sedikit tentang tongkat tersebut.. "Tak jauh berbeza dari tongkat kamu, Dan. Kamu bulu unicorn bukan?"

Daniel mengangguk tanda benarnya kata Tuan Lavonn, "Tuan sememangnya mahir tentang perkara ini, tidak dapat dinafikan lagi." Puji Daniel penuh berhemah.

Tuan Lavonn tersenyum bangga. Senang dengan pujian Daniel. Dia beralih kepada Damia.

"Cuba Damia hayun tongkat pada Catten ni,"pinta Tuan Lavonn. Dia menyerahkan tongkat itu kepada Damia. Damia teragak-agak menurut permintaan Tuan Lavonn. Daniel tersenyum.

Dengan sekali ayunan. Chiwan diselubungi cahaya bergermelapan. Selepas semua cahaya itu lenyap. Bulu Chiwan bertukar menjadi warna kuning keemasan bak mentari.

"Menarik," kini Tuan Lavonn pasti 100% pilihan Daniel. Apa yang dipintanya tadi adalah salah satu cara untuk memastikan ketepatan dalam memilih tuan kepada tongkat sihir. keserasian boleh dibentuk tapi lebih mudah jika memang sudah sepadan daripada mula.

Chiwan menari dengan Damia. suka dengan warna bulu baru Chiwan. Daniel tersenyum lagi. Dia sekian maklum, bahawa Damia takkan lari dari sebarang unsur emas. Begitu jua dia, Perak adalah unsur yang paling berkuasa dalam kehidupannya.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now