39. Yang satu lagi

154 14 2
                                    

Hutan Montreal, tiada banyak beza dari hutan magis yang lain. Daniel memeriksa senarai di tangannya, Senarai yang perlu diselesaikan segera, diberi oleh tuan Michaelis. Walaupun matanya melihat huruf-huruf yang tertulis di atas kertas itu, namun fikirannya tidak bersamanya.

Tahanan yang dipaksa menjadi hambanya hari itu terperangkap dalam sihir yang berkuasa. Kuasa yang menidakkan darahnya. Ketakutan yang melebihi ketaatan kepadanya. Tiada sihir yang sehebat keturunannya pada masa kini.

"Dan" Marvin menepuk bahu Daniel."Aku rasa kita dah boleh bertukar" ujar Marvin. Dia menghulur posyen kepada Daniel.

Daniel melihat jam tangannya, kemudian dia melihat langit. Langit tidak jelas kelihatan dek hutan yang tebal. Jelas masa sesuai untuk menjalankan operasi.

"Sedia?" Soal Daniel. Baru sahaja dia hendak membuka penutup botol posyen, tiba-tiba dia merasa kaku, pegangannya lemah. Posyen jatuh ke tanah, Marvin menoleh.

Daniel merasakan sesuatu yang ghaib merentap rohnya. Badannya mula membahang. Tangannya mengeletar. Sesuatu kuasa lain mengocak kuasa dalamannya, perasaannya bercampur baur. Pandangan matanya berbalam sebelum akhirnya dia rebah ke bumi.

Marvin segera medapatkan Daniel. Dia mengoncangkan tubuh Daniel. "Dan?" Dia mengoncang lagi namun tiada respon. "Bangun, Dan!" Dia menampar pipi Daniel namu masih tiada reaksi.

Marvin memeriksa nadi, masih bernyawa. Dia terus menarik Walkie Talkie.

"Viel! Balik D12!" Dia menyimpan semula peralatan tersebut dan mengeluar kertas pentagram dari beg magisnya. Pentagram untuk beralih tempat yang disediakan untuk keadaan terdesak.

Dia membaca mentera. Kertas itu melebar di atas mereka seraya terbakar apabila Marvin menghabiskan manteranya. Mereka hilang dari situ sebaik sahaja kertas tersebut habis terbakar.

-

Si kembar berdesum masuk ke markas bersama tubuh Daniel yang terapung di udara. Sconne tersentak dari meja ujikajinya, pada mulanya mahu sahaja dia menengking tetapi terus berubah niatnya melihat keadaan Daniel yang tidak sedarkan diri.

Marviel menjelmakan katil, Marvin membaringkan Daniel dengan lembut di atasnya.

Sconne mengunting baju Daniel. Pantas dia merasa nadi Daniel, pantas. mengambil pentouch dan memeriksa anak matanya.

"Apa yang terjadi?" Soal Sconne, dia masih memeriksa keadaan Daniel.

"Dia tiba-tiba kaku kemudian rebah" jawab Marvin, dia sendiri tidak pasti apa yang terjadi. Dia telah memeriksa kawasan tadi sebelum Daniel pengsan, memang tiada sebarang makhluk pun di situ.

"Magimeter"

Marviel lantas menyerahkan magimeter kepada Sconne.

Sconne melekatkan klip pada dada, tangan, kaki dan kepala Daniel. Bacaannya berubah-ubah tetapi lebih tinggi dari kebiasaan.

"Ada gangguan pada kuasa sihirnya. Betul tiada siapa yang meletakkan sumpahan kepada Dan?"

Kembar menggeleng serentak.

Sconne mengambil sampel darah dengan jarum penyuntik. Dia perlu memeriksa sama ada gangguam sihir datang dari luar mahupun dalan.

"Ambik cecair magistabilizer" Dia mencucuk jarum untuk cecair dipintanya.

"Kita harapkan yang terbaik" itu sahaja yang mampu diberinya. Darah perak berbeza dengan darah biasa. Karakteristiknya berbeza. Dia sendiri tidak pasti adakah kerana darah perak atau tidak.

-

Doktor Scott menyerahkan laporan kesihatan Damia kepada professor Steveness. Dia turut menyerahkan borang yang telah di isinya. Pengetua memanggil sebaik sahaja dikhabarkan Royalize ditempatkan ke bilik kesihatan.

"Awak jelas dengan benda yang awak terlibat sekarang?" Soal professor Steveness, memandang tepat ke mata lelaki lewat 30an itu.

"Jelas, professor. Saya sanggup menanggung segala risiko" jawab Doktor Scott tidak teragak-agak.

Profesor Steveness membuka peti besi kecil di atas mejanya. Dia mengeluarkan sebotol vial dan diserahkan kepada doktor tersebut. "Silakan minum"

Cecair berwarna kelabu terang itu tidak dikenalinya. Namun tanpa waswas Doktor Scott meneguknya. Professor Steveness membaca mentera, tubuh Doktor Scott bercahaya sebentar. Dia merasa lebih bertenaga dari biasa.

"Akan ada yang kedua bersedia." Pengetua mengambil kembali vial tersebut dan dilempar ke dalam perapian.

Doktor Scott faham, sesungguhnya perkara itu telah diterangkan dalam borang yang ditandatanganinya. "Professor, cik Royalize menyekat laluan ke bilik kesihatan."

Professor Steveness mengangguk faham. "Doktor tutupkan laluan ke bilik kesihatan, jadikan dewan kuliah 1 sebagai bilik sementara unit kesihatan. Nanti Eviana akan hantar kemudahan untuk kesihatan ke sana"

"Baik, professor. Saya berundur dahulu" Doktor Scott berundur dari pejabat pengetua sebaik sahaja professor membenarkan.

Pengetua berlalu ke mejanya. Dia menarik kertas kosong pantas menulis sesuatu. Selesai sahaja dia menulis, dia menyertakan salinan kesihatan Damia.

Dilipat elok ke dalam sampul surat sebelum dia melekatkan kertas pentagram yang disediakan oleh Daniel.

Sebaris mantera yang ringkas. Surat tadi terus jatuh ke dalam lubang dimensi yang muncul hanya seketika.

Keadaan Damia membimbangkan.

Dia melihat keluar jendela. Sebaris mantera menyambungkan talian ke pembantunya.

"Eviana, pastikan semua kelengkapan dan keperluan harian dihantar ke bilik kesihatan. Gunakan makhluk peliharaan Damia sebagai perantaraan" arah Professor Steveness. Pembantunya tanpa banyak soal menerima arahan tersebut.

Talian diputuskan selesai sahaja dia memastikan semuanya telah diserahkan kepada pembantunya.

Sudah lama dia memegang jawatan pengetua di Featherave, bimbangnya sentiasa tiada tara. Jawatannya sering dipuja ramai, orang membandingkan ia hampir setara dengan ahli politik. Manakan tidak, menjadi pengetua Featherave bererti menjadi Duta antara dunia. Hakikatnya tiada siapa tahu ia jawatan yang menyedihkan, bukan kerana terikat sebagai hamba tetapi kerana menjadi saksi keseksaan keturunan Goldsilv. Menjadi pemegang sejarah dan rahsia keturunan itu.

Kematian Royalize dan Noblesse yang pernah menjadi pelajarnya meremukan hatinya. Dia sedaya upaya melindungi mereka tetapi musuh ternyata hebat, Noblesse hilang tak berwaris manakala Royalize hidup diburu.

-

Daniel tersedar. Tubuhnya berselirat dengan wayar. Dia bangun dan bersandar pada kepala katil. Nampaknya bacaan sihirnya lebih tinggi dari biasa.

"Dan, kau okay?" Soal Marviel yang yang tersedar dari tidurnya. Dia ditugaskan menjaga Daniel sebelum yang lain mengambil giliran.

Daniel mengangguk. "Aku perlukan darah"

Marviel faham dan dia terus menarik peralatan perubatan Sconne, pisau bedah dan diserahkan kepada Daniel.

Daniel mengelarkan tapak tangannya, dia mencipta lubang dimensi yang kecil. Dia menyeluk ke dalam, mencari sesuatu. Sebaik sahaja tangannya menyentuh benda yang dicarinya, dia menariknya keluar.

Surat dari Professor Steveness segera dibuka. Laporan kesihatan Damia? Dia membaca surat yang diberi terlebih dahulu. Kemudian laporan kesihatan diteliti. Dia mengeluh.

"Kenapa Dan?" Soal Marviel yang kekeliruan.

"Ada sesuatu yang terjadi di Featherave" jawab Daniel. Damia diberi posyen Tulen, itu cukup menjawab apa yang terjadi kepadanya. Separuh dirinya di sana mempengaruhi dirinya di sini. Tiada yang pelik bila meter sihirnya boleh melonjak tinggi.

Dia menekap wajahnya dengan tapak tangan. Segala apa yang cuba disembunyikan akhirnya terbongkar jua. Memori yang dipadamnya 8 tahun dahulu kembali. Jika diizinkan keadaan, dia mahu Damia tidak pernah mengenali sejarah keluarga mereka. Pengakhiran hayat ayah dah ibu mereka, Damia yang menjadi saksi. Pedihnya pasti lebih hebat dari apa yang dia rasakan.

"Kau mahu kembali ke Featherave?"

Daniel menggeleng. "Tidak buat masa sekarang." Dia menurut nasihat yang telah disertakan bersama surat. "Kita jejak journal Declan, kemudian baru kita beransur pulang"

ROYALIZEWhere stories live. Discover now