4. Cornerludge

629 35 1
                                    

-Rumah Cornerludge-

Puan Veta sibuk memasak di dapur. Walaupun dia mahir dalam menggunakan sihir. Dia lebih gemar memilih cara manual. Katanya, masakan akan menjadi lebih sedap. Tetapi adik-beradik Corneludge tahu, ibu mereka masih trauma dengan kejadian yang menimpa ayah mereka, Lennox. Lennox Corneludge mati angkara ilmu sihir hitam ketika menjalankan tugas sebagai polis pemburu.

Puan Veta mengeluh. Jika anak gadisnya, Sora, ada di rumah. Ada juga orang yang membantunya di dapur. Nak harapkan anak yang lain, semuanya lelaki dan masing-masing sibuk dengan kerja sendiri.

Loceng rumah berbunyi.

Daniel dan Damia? Desir hati Puan Veta.

"Seseorang, tolong jenguk siapa yang datang!" Laung Puan Veta. Jika ditinggalkan dapur, nanti ada masakan yang hangus.

Bunyi berdetap menuruni dari tingkat atas. Anak kedua keluarga Corneludge, Helios turun. Helios adalah lepasan Akedemi Featherave. Dia mempunyai rambut berwarna merah yang menawan seperti Puan Veta dan pastinya wajahnya iras-iras adik-adik kembarnya namun kelihatan lebih matang.

"Heus buka!" jerit Helios. Dia segera menyambut tetamu yang datang, Dia tersenyum melihat kehadiran adik-beradik yang ditunggu itu.

"Wah, Daniel lama tak jumpa." Helios tersenyum. Dia memeluk mesra Daniel dan tanpa segan silu dia mendukung Damia. Damia terkejut tetapi tak pula dia meronta.

"Ini Damia kan?" Helios bertanya. Comel! Tak ubah macam Daniel pada tahun pertama Daniel menjejak kaki ke Featherave. Namun Damia agak kecil bagi budak berusia 11 tahun.

Damia mengangguk segan. Cornerludge baginya amat peramah. Sikembar, kawan abangnya tadi pun tanpa segan silu menyapanya mesra.

Daniel menghampiri Puan Veta. Helios yang gemarkan kanak-kanak itu dibiar sahaja bermain bersama Damia. Puan Veta mengucup pipi Daniel dengan penuh sifat keibuan. Begitu juga Damia yang masih berada dalam pangkuan Helios.

"Nama makcik, Veta dan itu Helios" Mak cik Veta memperkenalkan ahli keluarganya dengan Damia. "Mak cik dah masak sedap-sedap untuk Daniel dan Damia. Mesti makan banyak tau."

Daniel mengangguk.

"Dengan senang hati Mak cik" Masakan Puan Veta sememangnya sedap. Mustahil dia melepaskan peluang merasai masakan itu. Bukan selalu dapat merasakan air tangan seorang ibu walaupun bukan ibunya sendiri.

Marvin dan Marviel turun dari tingkat atas bersama Lunar. Lunar adik lelaki bongsu Corneludge yang baru berusia 5 tahun. Seperti abang kembarnya, dia banyak mengambil genetik Encik Lennox, berambut perang.

"Aku ingat kau teringin nak tidur dengan Stokis" usik Marvin.

"Tak mungkin dan tak akan pernah kawan" respon Daniel dengan senyuman sinis.

Daniel meluangkan masanya bersama-sama Marvin dan Marviel dalam bilik tetamu yang disediakan untuknya. Damia masih bermain-main dengan Helios dan Lunar di ruang tamu, tingkat bawah.

Marvin mengusap Snow. Snow mengigit jarinya justeru Marvin merentap tangannya daripada Snow. Marviel hanya ketawa dengan Chiwan yang berada dalam pangkuannya. Chiwan duduk diam sahaja. Snow memang tak suka disentuh melainkan tuannya dan Damia. Biarpun Damia baru bersemuka dengan Snow. Sungguh pilih kasih.

"Apa yang kau bincangkan dengan Trimple?" Persoalan Marviel membuat Daniel tersengih sendirian.

Dia menggeleng. "Banyak perkara" Dia masih asyik dengan buku ditangannya.

"Beritahu kami" Pinta Marviel separuh merayu. Rasa ingin tahunya terusik.

Daniel menggeleng lagi. Masih berkeras dengan jawapannya. "Maaflah, aku tak dapat beritahu korang."

"Walaupun kami kawan baik kau?" Marvin berkata cuba meraih simpati.

"Mm... Sebab itu lah aku tak boleh beritahu korang" Daniel menjawabnya dengan berirama sengaja mengusik kesabaran sahabatnya.

Marvin dan Marviel mengeluh serentak. Geram juga melihat Daniel yang kuat berahsia. Lagi geram apabila dia buat muka selamba yang tersenyum untuk hal yang serius. Terlalu bertenang.

Marviel menyuap anggur ke mulut Marvin. Kembarnya itu, berbaring di ribanya. Daniel yang mendongak seketika tersenyum melihat gelagat mereka.

Tabiat, desir Daniel.

"Kau tak ade apa-apa misi untuk kami ke? Mungkin kami boleh bantu kau" Marvin bersuara lagi.

"Apa-apa je. Kau cakaplah." Marviel menambah.

Daniel menutup buku yang dibacanya. Dia menumpukan perhatiannya kepada kawan-kawannya. "Buat masa sekarang. Jaga Damia untuk aku, boleh?"

Pasangan kembar itu saling memandang antara satu sama lain.

****

Helios memeluk bahu Damia. Damia bersandar pada bahu Helios. Lunar pula sudah terlena dipangkuan abangnya. Mungkin letih selepas bermain.

"Abang Heus, ni lah kali pertama Mia merasai suasana meriah macam ni. Selama ni Damia ada abang je."

"Abang Hues pun pertama kali layan budak hyperaktif macam Damia ni."

Helios mencubit pipi Damia. Damia ketawa.

"Abang Heus, Mia tak akan berpisah dengan abang Daniel lagi kan?" nada Damia tiba-tiba berubah. Dia kelihatan merenung jauh. Helios cuma memerhati. "Abang selalu tersenyum. Kadang-kadang senyuman abang palsu, mata dia kelihatan sedih. Abang selalu berahsia."

Helios terus mendengar luahan Damia. Gadis kecil itu sudah pandai menafsir. Lebih dewasa dari rupanya.

"Tetapi Mia tetap sayang abang, walau apa-apa pun berlaku. Damia tetap sayang abang." Nada suara Damia mula berubah. Seperti tegas dan juga seolah-olah merayu "Mia tak akan biar abang terluka."

Helios mendakap Damia. Ubun-ubun Damia dicium. Bimbang melihat reaksi Damia yang lain daripada kebiasaan.

Damia ketawa tiba-tiba. "apa yang Mia cakap tadi? Mia lupa".

"Penat sangat lah tu, mari naik atas, kita tidur. Damia tidur dengan Dan atau nak tidur seorang diri?" Helios memangku Lunar untuk di bawa kebiliknya.

"tentulah dengan abang!"

****

Damia masuk ke bilik setelah mengucap selamat malam kepada Helios. Cuma Daniel sahaja di dalam bilik, dia sedang membaca buku. Marvin dan Marviel nampaknya telah masuk ke bilik masing-masing.

"Puteri dah gosok gigi?" Daniel berhenti daripada meneruskan pembacaannya. Perhatiannya kini pada Damia. Dia mendukung Damia. Dia melayan Damia seperti puteri, puteri di hati Daniel. Damia mengangguk.

"Budak baik, kita tidur ya?" Damia dibaringkan di atas tilam dan lampu bilik disuramkan. Kemudian dia berbaring di sisi Damia. Selimut ditarik menyelimutkan mereka berdua.

"Damia sayang abang. Abang sayang Damia?" soal Damia manja.

Daniel ketawa kecil. Dahi Damia dikucup penuh kasih. "Mestilah abang sayang puteri. Segala apa yang abang buat dekat dunia ni demi Puteri."

Damia tersenyum mendengar kata-kata abangnya. Terasa sangat lega dan bahagia.

Daniel mencapai botol yang dia perolehi daripada Trimple. Botol itu di serahkan kepada Damia. Damia memandangnya dengan penuh tanda tanya.

"Puteri minum ubat tu."

Damia membuka penutup botol itu. Bau yang tak menyenangkan keluar daripada botol itu. Pandangannya kini pada Daniel semula, memohon kepastian. Adakah dia perlu minum ubat tersebut?

"Puteri, percaya abang"

Damia tak suka apabila abangnya mempersoalkan kasihnya, dia pantas meneguk ubat itu. Rasa pahit menjalar ke seluruh badannya sebaik sahaja ubat itu mencecah kelidahnya. Pandangannya mula kelam. Dunianya gelap serta-merta.

Daniel memeriksa mata Damia. Pada anak mata Damia kini tidak sedikit pun terdapat warna emas lagi. Posyen Leuvander telah menunjukkan kesannya.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now