46. Kelahiran semula

91 5 1
                                    

Langit malam terang dek diterangi cahaya bulan. dan cahayanya melimpahi bumi, menyuluh dataran berbatu yang luas. Di situ berdirinya dua lelaki, seorang berdiri teguh dengan kemarahan dengan tangannya menggenggam erat sebilah pedang yang berlumuran darah, manakala seorang lagi terduduk dengan kecederaan yang parah.

Kehadiran Daniel dan Tuan Michaelis tidak mencuit perhatian sesiapa. Semua yang wujud disekeliling bukanlah sesuatu yang kini, ia adalah realiti namun bukan realiti mereka.

Daniel memandang Tuan Michaelis yang berdiri di sebelahnya. Lelaki itu memeluk tubuhnya, nampak tegang. Daniel pasti Tuan Michaelis lebih mengetahui dan memahami situasi tersebut.

"Kau tak tengok wajah dia merayu pada aku" ujar lelaki yang cedera itu dengan sinis. Kata-katanya agak berterabur kerana dengan darah yang dimuntahkan. Sesungguhnya itu takkan membunuhnya, tubuhnya akan kembali pulih. "Merayu agar aku lepaskan dia" sambungnya sebelum ketawa.

Justeru, pihak lawannya menjerit kemarahan. Dia sangat terkesan dengan provokasi tersebut.

"Aku takkan maafkan kau, William. Tidak kali ini!" dia pantas menyerang lagi.

O... Daniel kini mengenali siapa gerangan mereka. Tidak hairanlah situasi ini mengusik ketenangan Tuan Michaelis.

William, Sebastian dan Michaelis, tiga vampire bersaudara. Satu-satu waris yang tinggal kini adalah Tuan Michaelis. Gerak hatinya betul, cuma William yang hilang dari radar.

"Kamu kenal mereka bukan Daryan?" soal Tuan Michaelis. "Lelaki itu..." dia menunjuk ke arah lelaki yang cedera parah. "Dia adalah Justin suatu ketika dahulu"

Daniel mengangkat keningnya. Dia sekurang-kurangnya mampu meneka perkara itu.

"William selalu bertindak bodoh, masa tidak pernah mendewasakannya" Tuan Michaelis sekadar memandang sepi pertarungan adik beradiknya. Dia yang dahulu sama sahaja seperti sekarang, sentiasa memilih untuk menjadi pihak berkecuali. Tidak masuk campur urusan mereka berdua.

"Dia sentiasa menyakiti Sebastian, memusnahkan setiap benda milik adiknya sendiri"

Tuan Michaelis sendiri tidak pernah disukai oleh William oleh kerana dia sentiasa hidup menyepi, apatah lagi dia turut dipinggirkan oleh ayah mereka membuatkanWilliam tidak tertarik kepadanya. Berlainan pula dengan Sebastian, anak kesayangan ayah mereka. Kecemburuan William membuatkan dia membunuh ayah mereka sendiri dan terus menyeksa Sebastian.

Keadaan sekeliling berubah dan kali ini cahayanya suram cuma dibekalkan oleh cahaya dari api jamung-jamung di dinding. Nampaknya memori membawa mereka ke dalam gua.

William terlantar di atas altar, kaki dan tangannya terpisah daripada badan, namun disusun berdekatan pada pangkalnya dan setiapnya ditusuk oleh pisau belati. Berlainan pada badannya, pada bahagian dada kirinya ditusuk dengan pedang, dekat pada jantung cukup untuk mencederanya namun bukan membunuhnya.

Sebastian berdiri berhampiran dengan pisau belati ditangannya, kemarahannya tidak lagi menyala seperti tadi. Pisau belati terakhir ditangannya dibenamkan pada pangkal leher William. Sebaris ayat jampi menyempurnakan hukumannya pada William.

"Hidup" ujar Sebastian. "hidup sehingga mati itu lebih baik"

William sekadar memandang, dia tidak mampu bergerak mahupun bersuara. setiap pisau belati ditubuhnya menghalang pergerakannya.

"Andai satu masa nanti aku mampu memaafkan kau, sumpahan ini akan aku hapuskan" Sebastian berkata sebelum meninggalkan William.

"Sebastian tidak pernah memaafkan dia" ujar Tuan Michaelis lebih kepada memberitahu dirinya sendiri. "Kemarahan yang dibawa sampai mati"

ROYALIZEWhere stories live. Discover now