25. Pelan Parti

331 25 1
                                    

Seperti yang di jangka Sconne berada di asrama Blueray, memilih katil Daniel sebagai tempat bersantai. Kembar Cornerludge sepertinya masih di buai mimpi. Itulah antara sebab dia memutuskan untuk menyiapkan tugasan dengan cepat, agar mereka mempunyai masa rehat yang panjang.

Daniel menggantungkan kot uniformnya bersama dengan tali leher. Dua butang atas dibukanya. Malas untuk mencari baju untuk menggantikan baju di badannya. Lagipun dia perlu keluar juga lepas ini. Berbanding dengan teman-temannya, dia perlu melakukan tugas majlis pelajar. Oleh kerana itu dia perlu berpakaian formal.

"Tepi" Daniel menolak Sconne ke tepi sebelum dia menghempaskan tubuhnya di sebelah Sconne. Lengannya menutup matanya. Terasa kepenatan menjalar ke seluruh tubuhnya. Kebanyakan tugasan Majlis pelajar perlu disiapkan bawah selengaraannya, ahli tahun tujuh kebanyakannya masih belum pulang.

"Nak Posyen Tenaga?" soal Sconne masih dengan permainan PSP nya.

Daniel mengerut dahinya. "Kenapa kau buat posyen tenaga?"

"Asalnya aku buat untuk pergi ushar budak perempuan tahun 6 Violettan. Terlupa diorang ada kelas" jawabnya.

Daniel ketawa kecil. Sudah dijangka daripada Kasanova Elf. "Bagilah."

Sconne menyeluk poket seluarnya dengan payah. Matanya enggan meninggalkan permainannya. Setelah berjaya, dia serahkan kepada Daniel. "Botol bagi balik. Jangan nak buat harta."

"Kedekut" komen Daniel. Dia minum ubat itu dengan sekali teguk. Dia menyerahkan kembali dengan kasar tanda protes.

Tidak lama kemudian matanya terasa berat. Lantas tubuhnya yang tak mampu menentang rasa mengantuk. Akhirnya Daniel tertidur di sebelah Sconne.

"Posyen apa yang kau bagi?" soal Marviel, bangun daripada perbaringannya. Marvin juga turut sama menghentikan lakonan tidur mereka.

"Posyen silap hari tu" selamba sahaja Sconne menjawab. Sconne mengangkat bahunya. "Sekurang-kurangnya kita ada masa sehari nak sediakan parti hari lahir mamat ni"

Wajah Marviel berubah, tidak menunjukkan sebarang reaksi. Marviel mengalihkan pandangannya kepada Marvin. "Vin, ingatkan aku. Jangan pernah benarkan aku minum posyen yang budak ni buat"

"Kau pun sama"

Marviel dan Marvin bersalaman sebagai tanda sepakat.

"Mengutuk nampak" ujar Sconne, menjeling ke arah kawan-kawannya. Dia menyelimutkan Daniel.

Tenangnya wajah Daniel. Inikah manusia yang selalu mengusiknya? Fikir Sconne dramatik. Pantas PSP miliknya di capai, di tekannya aplikasi kamera. Pantas sahaja tangan menekan kekunci, mengambil gambar Daniel.

Marviel dan Marvin membuat muka pelik. "Sconne..." Sconne menoleh. "Kami homophobic, Sconne"

Sconne mencampak begnya ke arah kembar Cornerludge yang sudah ketawa terbahak-bahak dah tak mengenal dunia. Cabul betul mulut!

+__=

Sudah tiba masa minum petang, Marvin meninggalkan bangunan Blueray dan menuju ke bangunan utama. Niatnya bukan untuk menikmati sajian petang, dia perlu pergi ke dapur utama dan perlu membuat permintaan khas sempena ulang tahun kelahiran Daniel.

Kembarnya, Marviel pergi mendapatkan Damia. Sudah pasti kehadiran Damia adalah wajib dan Damia mesti tidak mahu ketinggalan menyambut hari jadi Daniel. Manakala Sconne pula sibuk memeriksa Daniel. Memastikan Daniel mendapat nutrisi yang mencukupi, salah mamat tu sendiri pergi pengsan Daniel sebelum makan malam. Terpaksalah dia sendiri memasang IV pada Daniel memandangkan itu bidangnya.

"Vin?"

Marvin menoleh bila namanya dipanggil. Qui Lee dan Marsha melambai ke arahnya. Marvin melambai kembali. Sudah sekian lama tidak berjumpa disebabkan tugasan luar mereka. Bahkan tidak pernah sesekali dia terserempak dengan mereka.

"Bila balik?" soal Qui Lee. Qui Lee adalah teman sebilik Sconne dan merangkap ahli bagi kelab membuli Sconne, sudah pasti itu yang merapatkan Marvin dengan Sconne.

"Lama dah. Tiga hari lepas." Bangga sahaja Marvin menjawab. Mana tak nya, antara kumpulan terawal yang menghantar hasil tugasan.

"Hebat! Korang memang hebat!" puji Marsha. "Kami baru hari ni balik." Ujar Marsha. Mengenang kembali memori perjalanan buat dia malu sendiri. Kumpulannya terpaksa beralah apabila dia mengambil keputusan untuk sekurang-kurang tinggal sehari di setiap dunia yang mereka lawati untuk membeli-belah. Akhirnya menyebabkan mereka agak terlewat daripada jangkaan.

"Kau baru tahu" tanpa segan Marvin mengiyakan, menjengkelkan Marsha. Suka dia mengusik gadis itu. Tanpa ada niat tersembunyi! Marsha milik Qui Lee sejak berabad-abadnya, hyperbola

"Dah hantar posyen lah ni? Hantar dengan siapa?" soal Marvin. Terdapat tiga guru posyen di akademi.

"Yup, hantar dengan Professor Benjamin." Jawab Qui Lee. "Professor Hirman ada kursus. Profesor Illya macam biasa, family matter"

Marvin ketawa. "Gila dia seorang. Aku gerenti banyak group baru balik hari ni dan esok. Deadline dah dekat katakan"

"Memang banyak pun. Group Tomo esok baru balik"

"Ey! Tak baik ketawakan Professor" tegur Marsha. Geram dia guru kesayangannya diejek sebegitu. Namun ada benarnya kata Marvin. "Kesian Professor Benjamin tapi nasib baik ada junior nak tolong dia. Kalau tak, memang habislah Prof."

"Junior?" Marvin menjadi tertanya-tanya.

"Alah, junior yang selalu dengan korang tu. Yang dok ikut adik Daniel sekarang ni." Jawab Marsha.

"Oh, Justin."

Marvin kemudian termangu sebentar. Aneh. Justin tak pernah rapat dengan sesiapa pun di akademi melainkan 'mereka'. Ironinya, dia pun tak rapat dengan Justin. Tetapi dia memang tak rapat dengan sesiapa pun termasuk professor. Sekali lagi rasa ingin tahu nya berkocak.

=__-

Selepas menyudahkan tugasnya Marvin berjalan menuju ke bilik makmal Posyen, di mana pelajar tahun menghantar hasil tugasan mereka. Sepanjang perjalanan ke sana, dia bertemu ramai kawan-kawan setingkatan dengannya, melambatkan perjalanannya.

Kawasan Makmal sepi setibanya Marvin di situ. Dia tidak jadi melangkah masuk apabila...

"Profesor, saya balik dulu."

"Balik?" Professor Benjamin berhenti melakukan kerjanya. "Masih banyak kerja yang perlu disiapkan."

Justin melihat ke arah kerjanya yang sudah disiapkan.

Professor Benjamin ketawa kecil, dia menyedari perkara itu. Matanya melirik ke arah mejanya dan perhatian Justin juga turut singgah ke situ. Kerja yang memenuhi ruang mejanya yang dimaksudkan olehnya.

Professor mengangkat bahunya, "Baliklah". Dia mengeluarkan kertas pentagramnya. Sengaja dia mengangkatnya tinggi agar jelas diperlihatan Justin. "Nampaknya saya perlukan pembantu lain. Siapa agaknya?" Dia menunjukkan senyuman segaris.

"Professor" jelas Justin jengkel dengan persoalan itu. Dia tahu Professor Benjamin pasti mahu Damia menggantikan tempatnya dan itulah yang dipergunakan oleh professor itu sepanjang dia bertugas sebagai pembantu.

"Justin Valtimor" ujar Profesor Benjamin. "Awak tak sepatutnya serupa dengan Royalize. Tak sepatutnya."1

"Saya tak..."

Marvin meninggalkan kawasan makmal dengan persoalan yang baru. Profesor Benjamin tidak seperti dirinya yang biasa. Lelaki itu periang namun dia jelas tidak berpuas hati dalam perbualannya dengan Justin.

Marvin mengeluh. "Kenapalah semua orang main teka teki" Dia mengerut dahinya kemudian mengeluh lagi. Terseksanya apabila perasaan ingin tahunya tidak terjawab.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now