36. Tahun Tiga

237 15 2
                                    

Okka terbaring di karpet rumput di tepi tasik utama Featherave. Tempat riadah di Featherave yang paling digemarinya. Walaupun agak jauh, namun ketenangan yang diperolehi membuatkannya berbaloi. Kebanyakan pelajar yang singgah di situ bertujuan untuk beristirehat dengan tenang.

"Okka?"

Okka membuka matanya. Wajah Damia dihadapannya. Dia melihat sekeliling. Tidak ada bayangan Justin. Dia tersenyum mesra. "Selamat petang, Mia"

Damia membalas senyumannya dan mengambil tempat untuk duduk di sampingnya.

Okka mencuri pandang ke arah Damia. Aneh kerana gadis itu tiba-tiba mendekatinya dengan inisiatif sendiri. Kalau dulu dia tidaklah hairan, tetapi semua berubah tiba-tiba pada awal persekolahan tahun tersebut. Dia tidak pasti atas kehendak siapa, Daniel atau Justin, yang pasti kedua-duanya tidak menyenanginya.

"Okka tak bawa coklat brevelf, kalau itu yang mia nak sekarang" Ujar Okka.

Damia menjeling. Dia menyeringa. "Mia nampak kebulur sangat ke?"

Ketawa kecil Okka dibuatnya. Fikirannya melayang ke rumah setiap kali dia melayan gelagat Damia. Entah kenapa... Okka menghelah nafas berat.

"Okka tak suka mia ke?"

Okka mengangkat keningnya. "Saya tak suka mia" Serius nada Okka mengutarakannya .

Wajah Damia berubah serta merta. Terkejut. Okka ketawa kecil tangannya menyentuh pipi gebu milik Damia. Dia mendekat dahinya dengan dahi Damia. "Mustahil saya tak suka akan Mia. Mia dah macam adik saya sendiri..."

"Yes!" Mia menunjuk reaksi gembira. "Kalau macam tu, Mia nak coklat brevelf sekarang boleh?"

Okka menjeling sebelum ketawa kecil. "Muka saya ni memang dah kena cop dengan coklat brevelf agaknya."

"Tak adalah, mana ada, Okka dah sama dengan coklat brevelf dalam hidup Mia," usik mengusik Okka.

Okka bangun, dia menepuk debu-debu pada pakaiannya. Damia memandangnya, dia membalas kembali. Damia mengangkat kening jelas kehairanan. Dia mengerut dahinya. "Bangunlah, cakap nak coklat brevelf. Coklat brevelf kat asrama, kalau tak balik, mana nak dapat coklat."

Damia tersengih memanjang. "Inilah personaliti Okka yang paling Mia suka. Sangat pemurah orangnya."

"Iyalah, cik adik. Kalau ada lagi coklat lebih, saya beri kat Mia."

Damia bersorak girang.

+_=

Okka turun dari asramanya, menuju ke ruang rehat utama Violetta. Seperti yang dijangka, Damia tidak lagi berseorangan, Justin sudah berada di sisi dengan aura gelapnya. Agak lucu apabila di benci seperti itu sekali.

Dia masih melangkah menghampiri Mia, coklat brevelf harus diserahkan, lagipun dia bukan pengemar manisan.

"Lama tunggu?"

"Demi coklat, Mia sanggup tunggu" ujar Damia dengan sengihnya. Justin menjelingnya tajam.

Okka menyerahkan beg yang berisi coklat kepada Damia namun tangan Justin opantas mengambilnya. Damia merampas kembali dari Justin.

"Ini Mia punya, Just jangan nak curi" tegur Damia geram.

Okka tersenyum, "Kongsilah, ada banyak tu. Tapi makan sorok-sorok sikit, takut pula pemberinya tahu saya bagi dekat Damia"
Damia mengangkat tanda 'okay', kemudian berlakon mengzip mulutnya. "Ini rahsia kita. Rahsia Just juga," Damia menjeling ke arah Justin yang mendiam diri.

"Jom pergi makan malam"

Okka ketawa. Aduh, lelaki itu sentiasa menunjukkan kebencian kepadanya terang-terangan. "Mia dengan Just pergi makan malam, jangan makan coklat pula. Saya naik atas dulu,"

ROYALIZEWhere stories live. Discover now