35. Justin lagi

315 20 2
                                    

Daniel membelek helaian demi helaian cuba mencari nama yang dikehendakinya. Tidak berpuas hati keraba tidak menjumpainya, dia menyelak semula. Matanya menangkap fail yang asing dihujung mejanya. Sejak bila ia berada disitu.

Dia mencampak helaian ditangan ke tepi, menarik fail tersebut. Tajuk hadapannya menarik perhatiannya. 'Senarai pelajar tidak menduduki ujian darah'.

Sekali lagi dia mencari nama yang sama dan kali itu nama itu jelas berada dalam senarai tersebut. Alasannya munasabah namun Daniel mencurigai kebenarannya.

Dia bangun dari meja. Menuju ke ruang kerja pengetuanya di tingkat bawah. Masih ada rasa hormatnya terhadap pengetua itu, mustahil baginya meminta kehadiran lelaki itu ke biliknya walaupun sememangnya dia boleh melakukannya.

Selepas memberi petanda tentang kehadirannya kepada Profesor Steveness dan lelaki itu memberi keizinan, Daniel menuruni tangga tersebut.

"Selamat petang, professor."

"Selamat petang, Daniel. Ada apa yang boleh saya bantu."

Daniel mengangguk, dia menyerahkan fail ditangannya kepada pengetuanya. "Boleh saya tahu tentang dia"

Profesor Steveness melirik matanya melihat gerangannya yang dimaksudkan. Okka Densho.

"Dia terpaksa balik ke rumah kebajikan sebab berlaku kemalangan di sana, saya menyemaknya dan memang benar, ada kebakaran berlaku." Jawab Profesor Steveness. "Dia balik untuk mengutip barang-barangnya yang terselamat."

Benar? Daniel masih meraguinya. Bukankah lelaki itu cuba mengelak ujian darah? Ada sesuatu yang disembunyikan? Dia terdiam. Dia harus datang dengan jalan penyelesaian. Kalau dia menjalankan ujian darah semula untuk jumlah pelajar yang sedikit itu, tidak menusabah. Mungkin dia patut ambil jalan itu, lagipun dia tidak suka kehadiran Okka.

"Profesor"

Profesor Steveness memandang pewaris goldsilv yang memandang jauh keluar jendela. "Hubungan Featherave dengan akademi di tanah seberang bumi pari-pari, Hachimakoto, sangat erat bukan?"

"Ya, dua tahun sebelumnya kita pernah menjemput pelajar mereka untuk merasai program di Featherave." Jawab Profesor Steveness. Dia tahu Daniel menyedari perkara itu, kerana Daniel adalah antara ahli Majlis Pelajar yang bertanggungjawab menguruskan mereka.

"Apa kata giliran kita menghantar pelajar kita, mungkin untuk satu semester," Daniel tersenyum apabila dia berpaling kepada pengetua. "Kalau kita menghantar pelajar-pelajar terbaik, pasti mereka menerima dengan senang hati bukan. Saya rasa pelajar yang bakal memasuki tahun ke-lima amat sesuai."

"Saya rasa tidak ada masalah."

"Saya berundur dulu, selamat petang profesor" Daniel mendaki tangga yang dituruninya.

Profesor Steveness menghantar Daniel dengan pandangan matanya. Dia menilik semula fail ditangannya. Niat Daniel sangat jelas sekali, dia ingin menghantar Okka Densho jauh ke seberang dimensi.

Okka Densho, pelajar cemerlang tahun ke-empat. Okka digelar Daniel Junior oleh pelajar-pelajar lain. Seiras dan sehebat Daniel. Bahkan ramai juga mengatakan mereka mempunyai personaliti yang sama. Ironi apabila Daniel tidak menyenanginya.

Tetapi bijak bagi Daniel menghantar suspeknya jauh dari kawasan keselamatannya

+_=

Daniel menendang kerusi dihadapannya. Walaupun dia sudah mengambil keputusan drastik seperti itu, dia masih tidak berpuas hati.

Apa yang disembunyikan Okka? Apa yang dia cuba permainkan di sini.

Daniel menarik helaian kosong di tangannya pantas mencoret sesuatu.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now