42. Hachimaru

122 7 0
                                    

Riuh bandar Hachimaru meriah terutamanya dengan kehadiran pelajar-pelajar Hachimakoto yang keluar hujung minggu. Bandar Hachimaru menjadi tarikan pengunjung kerana statusnya sebagai bandar perdagangan.

Lelaki berambut hijau menilik setiap bahan di gerai tumbuhan organik.

"Mm...ada benda yang menarik?" suara lelaki menyapa.

Sconne mengangkat wajahnya. Lelaki yang menegurnya tersenyum mesra. Dia mengenali lelaki itu. "Okka?"

"Hachimaru memang terkenal dengan bahan posyen yang segar dan pelbagai." ujar Okka.

Tanpa segan, Okka memperlawa seniornya untuk minum petang bersama di cafe Beane.

"Senior Sconne berseorangan melawat Hachimaru?" Soal Okka setelah minuman yang dipinta terhidang dimeja mereka.

Aroma teh ros menusuk ke hidung Sconne. "Tidak, saya bersama Cornerludge. Entah hilang ke mana. Bagaimana dengan Hachimakoto? Mesti seronok, program posyen akademi itu yang terbaik setakat ini"

Tidak dinafikan program posyen Hachimakoto adalah yang terbaik antara akademi magik. "Tiada tandingan. Mungkin sebab itu saya terpilih untuk ke sini. Posyen sentiasa minat saya."

Sconne mengangguk setuju. Okka secara generalnya antara pelajar terbaik. Kemahirannya lebih terserlah dalam bidang posyen. Teh ros yang sudah sedikit sejuk diminumnya.

"Andai tak keberatan saya nak berjumpa dengan senior Daniel."

Mata Sconne merenung ke arah Okka. Dahinya berkerut dengan permintaan tersebut. "Daniel tak bersama saya."

Okka tersenyum nipis. "Iya?"

"Ya, ada urusan katanya " ujar Sconne bersahaja menipu Okka.

Okka mengangguk mengerti. Mereka berbual seketika, berbicara mengenai Hachimakoto kebanyakan waktunya.

+

Suasana sepi di hutan Montreal yang sekali kala di hiasi dengan suara haiwan-haiwan liar menemani Daniel. Tugasnya sebagai Daryan yang tergendala telah dilaksanakan.

Tubuh kaku yang dipikulnya dicampak ke lubang besar yang telah tersedia digali. Walaupun dia mampu memusnahkan segala bukti, Tuan Michaelis tidak mengizinkannya.

Cangkul yang memang dibawanya, dicapai. Dia mula menutup lubang itu dengab kudratnya. Hanya cara itu yang mampu mengalihkan perhatiannya daripada situasi yang dihadapinya.

"Daniel"

Daniel tahu siapa yang memanggilnya. "Apa berita puteri?"

"Keadaan Mia bertambah baik, dia mula dapat mengawal kuasanya," jawab Justin tenang.

Dia melihat sahaja Daniel melakukan kerjanya. Itu bukan pertama kali dia melihat Daniel melakukan tugas buat sisi gelap dunia magik.

"Apa yang hendak disampaikan?" Soal Daniel. Kehadiran Justin jarang tanpa sebab yang mustahak.

"Dia minta senior pulang ke akademi"

Sebaik sahaja Justin menyampaikan pesanan, darah Daniel mengelegak. Cangkul ditangannya dicampak. "Siapa dia?!"

Persoalan Daniel dibiar tidak berjawab, Justin mengalihkan pandangannya daripada Daniel yang jelas dengan marahnya.

Daniel berdengus. Tongkat dipoket bajunya ditarik, seraya menyempurnakan sisa kerjanya dengan sihir. Hilang sudah moodnya untuk bekerja pulas mengeluarkan peluh.

'Dia' yang kerap kali menghubunginya melalui Justin. Seseorang yang lebih berkuasa daripadanya, yang mampu menunduk ketuanannya pada Justin.

"Pulang, Puteri mesti akan mencari kamu kalau hilang terlalu lama" perintah Daniel.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now