21. Upacara Sumpah Setia

357 29 1
                                    

Sememangnya tiada sesiapa yang berkeliaran di sekitar tasik kecil yang terletak jauh daripada Featherave terutamanya pada malam kemuncak Pesta Bulan Purnama. Bahkan semua guru juga diarahkan untuk bertugas sekali bagi mengawal pelajar sebab apabila pelajar berada dalam bentuk semulajadi, macam-macam boleh terjadi apatah lagi pelbagai spesies berkumpul.

Daniel membelai rambut Damia. Wajah puteri kesayangannya dikucup berulangkali. Tidak sesekali tindakannya menganggu lena Damia. Daniel bertindak menidurkan Damia dengan sihir setelah memberinya minum poseyn anti-leuvander, yang jelas memberi kesan berlawanan daripada posyen leuvander. Tujuan juga cukup jelas, mengaktifkan kembali kuasa Goldenic Damia.

Pasangan kembar Cornerludge sibuk melakar pentagram, Sconne pula bertugas sebagai pengawal. Tugasnya senang, sekadar memasang sihit perlindung disekeliling kawasan upacara.

Justin duduk di tengah-tengah pentagram, membisu seribu bahasa. Matanya tidak lepas memandang Damia yang lena dipangkuan Daniel. Jika ingin diluahkan isi hatinya yang sebenar, dia tidak suka cara Daniel yang terlalu berahsia dengan Damia. Namun Dia akur, selagi demi kebaikan Damia, dia tidak akan membantah. Dunianya sekarang ialah Damia.

Daniel membaringkan Damia dipangkuan Justin. Bulan sudah mengambang penuh. Masa yang paling sesuai untuk memulkan upacara. Tongkat sihirnya diambil, seraya tangannya ditoreh, darah silverillicanya yang mengalir disapu pada tongkatnya. Kemudiannya dihalakan kepada Justin.

"Jestem brelok" Daniel melafaz kata sihirnya. Dia menghayunkan tongkatnya, "Afí̱ste exousía!". Darahnya terbang laju kearah Justin. Lantas kegelapan menyelubungi Justin...

...Mata kanannya serpihan emas, manakala yang satu lagi perak...

Taring yang sembunyi dibalik sihir menunjukkan wajah sebenarnya. Taring yang disembunyikan bukan disebabkan oleh sihir Feartherave tetapi tersembunyi atas kontraknya dengan Daniel suatu ketika dahulu. Dia membenamkan taringnya di tengkuk Damia. Damia yang masih dalam lena, menjerit kesakitan. Tanpa sedar Damia menyebut. "Ty Moje (kau milik aku)"

Ya darah goldenicnya mengenali upacara itu dengan cukup mendalam daripada dirinya sendiri.

"Jestem twój(Aku milik mu)" Justin mengesat darah yang mengalih dari mulutnya. Sisa darah di tengkuk Damia, dijilat, matanya serta-merta bertukar merah. Sesungguhnya dahaganya untuk menghirup setiap titisan-tisan darah itu hampir tidak terkawal, keenakan darah yang bercampur dengan kuasa istimewa sememangnya tiada tandingan. Namun, Damia ialah insan yang teristimewa baginya. Mustahil baginya untuk mengapa-apakan Damia apatah untuk membiar nafsunya bermaharajalela.

Daniel menunjuk ke arah bulan dengan tongkatnya dan dia menghayunkan ke medan sihir membuatkan Medan sihir mula bercahaya, umpama menyerap sinaran cahaya dari bulan. Medan sihir yang dilukis dalam skala besar mula mengecil sehingga tidak kelihatan.

Sekelip mata kilau cahaya menyilau pandangan mereka. Makin pudar dan cuma kelihatan samar di pangkal leher Justin sebelum membentuk simbol disitu.

-

Imbas kejadian sebelum upacara...

Damia memberi pandangan mohon simpati kepada abangnya. Daniel mengeleng, tidak berundur walaupun wajah comel itu selalu berjaya melembutkan hatinya. Tetapi tidak hari ini, keputusannya tetap. Wajah tenangnya tampak tegas. Damia menyambut botol kaca yang dihulurkan. Sebaik sahaja dia membuka penutup botol itu. bau yang kuat menyembur menyakitkan hidungnya. Ya, tiada ubat yang menyelerakan.

Seperti baunya, ubat itu terasa amat pahit ditekaknya. Untuk beberapa ketika, nafas Damia kian tidak teratur. Terasa udara yang dihirupnya tidak mencukupi. Perlahan-lahan pandangan matanya kabur dan akhir sekali mencuri kesedarannya. Dunianya gelap.

-tamat imbas semula-

*****

Damia bangun dari tidur dengan rasa yang amat penat. Dia menggeliat, nasib baik hari ini adalah hari cuti sempena berakhir pesta keramaian. Semalam dia tertidur awal sehingga tidak berkesempatang menyaksikan majlis penutupan. Malangnya. Ini semua gara-gara Daniel, tetapi dia tidak marahkan abangnya. Sekurang-kurang dia dapat meluangkan masa dengan Daniel.

Bila difikir semula, bagaimana di boleh berada dalam biliknya? Mmm...biarlah, abangnya sentiasa ada caranya yang tersendiri.

Dengan malas Damia menarik tuala menuju ke tandas.

Rutin biasanya, menggosok gigi dengan matanya tertutup, terlalu payah untuk benar-benar sedar. Apabila saat dia mencuci mukanya, baru terasa segar dek kesejukan air yang menyapa wajahnya.Wajahnya ditilik di cermin, perasan dirinya agak pucat. Dia membelek lagi wajahnya, baru dia sedari, terdapat sesuatu asing di kolar lehernya. Bila diperhatikan lebih mendalam, corak tersebut agak cantik.

Damia menggeleng kepalanya, agaknya ini kerja abangnya. Sebelum dia tertidur semalam, tidak ada pula corak itu pada kulitnya. Dia mengambil tuala dan dibasahkan sedikit lalu dilap pada corak tersebut dan digosok agar hilang. Dahinya menggerut, tanda itu tidak mahu hilang. Marahnya tercetus, walaupun apa nak jadi hari ini, dia mesti berjumpa dengan Daniel, hari ini juga. Berani sungguh menconteng kulit adik sendiri.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now