44. Yang Sulung

77 5 0
                                    

Langit malam kelihatan tenang, bulan juga tidak berselindung. Cahayanya cukup untuk menerangi runtuhan bangunan yang sudah berusia ratusan tahun, tetapi runtuhnya baru-baru ini berlaku.

Daniel tiba dalam penyamarannya, datangnya tidak berseorangan. Dia membawa Justin bersama. Tanpa pengawasan Justin, Damia ditinggalkan bersama dengan kembar Cornerludge. Lagipun kalau ada apa-apa yang terjadi, dia dan Justin akan mengetahuinya terlebih dahulu.

"Khabarnya bangunan ini runtuh disebabkan struktur bangunan yang sudah usang dan retak" Lapor Justin kepada Daniel. Dia sudah menyoal penduduk tempatan yang ditemuinya.

Daniel mendengus. Tiada logik perkhabaran yang dibawa. Bangunan lama itu milik Tuan Michaelis, bukan sahaja binaannya kukuh daripada cuaca dan persekitaran bahkan tiada sihir yang mampu menebusi bangunan itu. Ahli sihir sepertinya kebanyakannya tidak akan menyedari keanehan bangunan ini tanpa izin Tuan Michaelis kerana sudah dipagar dengan sihir kuno yang tidak lagi dipraktiskan.

Justin menyentuh bahu Daniel, memberi amaran agak lelaki itu berjaga-jaga. Sesuatu yang tersembunyi telah hadir bersama mereka. Auranya terasa berbahang di kulit Justin.

Mata Daniel melilau, menyedari ada tetamu yang baru tiba. Deria Justin lebih kuat darinya tidak hairan kenapa Justin terlebih dahulu merasainya.

"Tampilkan dirimu," ujar Daniel tegas.

Seekor kucing hitam muncul di sebalik runtuhan tersebut. Mata kuningnya merenung Daniel sebelum mengalihkan pemerhatiannya ke arah Justin.

Daniel menarik lengan Justin. "Dia datang bersamaku, jadi bawakan aku kepada tuanmu."

Seolah memahami perucapan Daniel, kucing itu menapak ke arah mereka dan melompat ke bahu Daniel yang sekaligus membawa mereka merentas dimensi.

-

Terasa jauh dimensi yang direntas, tubuh Daniel terasa seperti telah dipukul-pukul sehingga setiap inci tubuhnya terasa sakit. Kalau manusia biasa yang dibawa merentas seperti itu, pasti sudah berkecai badan.

"Tuan Michaelis menanti tuan di bilik tetamu" ujar lelaki yang memakai suit berekor panjang. Pembantu peribadi yang sentiasa menemani Tuan Michaelis.

Daniel mengangguk. Dia bersama Justin mengekori lelaki itu ke ruangan yang diperkatakan.

Rumah atau dimensi, dia tidak tahu tetapi yang pasti tidak jauh berbeza dengan kediaman Tuan Michaelis yang musnah. Citarasa mewah dari era baroque, dia yakin sebahagian besarnya memang perabot asli era tersebut.

"Silakan masuk" pembantu itu membuka pintu dan mempersilakan tetamu yang berkunjung untuk masuk.

Baru sahaja mereka melangkah masuk, tubuh Justin direntap. Kolar baju dicekap oleh Tuan Michaelis. Mata Tuan Michaelis berwarna merah terang. Dia membenam wajahnya pada pangkal leher Justin. Menghirup udara sedalam-dalamnya.

Daniel menahan tangan Justin daripada meneruskan niatnya menyerang balas. Dia tidak hairan kejadian itu berlaku bahkan dia telah menjangkakannya.

"Tuan Michaelis, tolong lepaskan orang saya. Saya tahu banyak yang perlu dibicarakan. Jadi lebih mudah jika ini tidak diteruskan" Daniel mendepakan tangannya.

Faham akan maksud Daniel, Tuan Michaelis melepaskan Justin. Dia mengatur pakaiannya yang kurang kemas dek tindakannya tadi. Dia mengambil tempat di sofa biasanya.

Daniel duduk menyertai Tuan Michaelis. Sementara Justin lebih senang berdiri.

Justin tidak menggemari lelaki itu. Walaupun saling tidak mengenali, dia diserang hendap. Dia juga tidak faham kenapa Daniel membawanya untuk berjumpa'nya'.

"Adakah Mahligai lama dimusnahkan oleh...?" Daniel sengaja membiarkan persoalannya tidak berpenghujung. Dia mahu Michaelis mengatakannya.

Tuan Michaelis mendengus, jujurnya dia tidak berminat dengan topik itu buat tika ini.

"Darkline. Tiada siapa mengetahui sihir kuno melainkan keluarga yang tertua" Jawab Tuan Michaelis. Tidak sukar untuk meneka pelakunya. Keluarga tertua dan berkuasa sepertinya, Goldsilv dan Darkline tidak akan memperturunkan sihir kuno kepada orang asing.

Itu hanya mengesahkan jangkaan Daniel. Setiap pembunuh upahan yang berjaya ditahannya lebih rela membunuh diri daripada mendedahkan rahsianya. Mereka umpama diselubungi dengan ketakutan yang teramat. Dia mengetahuinya melalui jurnal Amerald, orang suruhan Darkline satu ketika dahulu.

"Ketamakan Darkline dari dahulu sehingga sekarang tidak berubah. Cuma aneh bagaimana dia menyembunyikan identitinya di setiap serangan, itu masih misteri." Tuan Michaelis menarik nafas perlahan. Aroma Justin mengelirukannya.

Itu Daniel sudah merungkainya sedikit dek pembongkaran identiti Okka. Soal itu boleh ditolak ke tepi buat sementara waktu. Dia menyeluk poket dalam kotnya. Dia mengeluar botol kecil yang mengandungi cecair biru.

"Justin, tanggalkan penyamaran." Daniel menyerahkan botol posyen tersebut kepada Justin.

Justin menyambutnya dengan teragak-agak. Sukar baginya untuk menurut, dia tidak suka dikenali lebih-lebih lagi dihadapan lelaki yang menjengkelnya.

Tuan Michaelis terbangun sedikit daripada tempatnya. Tertarik. Ya, Justin itu adalah fokusnya kini.

Sebaik sahaja Justin meneguk posyen itu. Daniel memperkenalkan Justin.

"Tuan Michaelis saya memperkenalkan Justin. Seperti tuan, Justin juga vampire berdarah tulen"

"Mustahil"

Wajah Justin kembali seperti biasa. Rambut dan matanya menjadi sehita-hitam warna. Tidak ubah seperti Tuan Michaelis.

"William?" Tuan Michaelis tergamam.

William? Abang sulung Tuan Michaelis yang dibunuh oleh abangnya yang seorang lagi Sebastian. Daniel pernah memikirkan kemungkinan itu, namun bertahun dia mengenali Justin, lelaki itu masih mengelami tumbesaran. Tambahan pula memorinya sebelum featherave tidak berkait dengan dunia magik.

"Ke mari" pinta Tuan Michaelis.

Daniel memberi isyarat agar Justin menuruti permintaan tersebut.

Justin menapak menghampiri, tangannya di tarik oleh Tuan Michaelis. Sekelip mata taring lelaki itu membenam dipergelangan tangan Justin.

Itu hanya seketika. Tuan Michaelis mengelap mulutnya dengan tangannya.

"Dia memang William. Rupa parasnya serupa dengan waktu remaja William, bau dan rasa darahnya juga serupa" ujar Tuan Michaelis.

"Siapa William?" Soal Justin.

"Bukankah William sudah ribuan tahun lamanya mati?" Soal Daniel, tidak menghiraukan persoalan Justin. "Justin muda remaja lagi, tambahan pula dia masih melalu penuaian"

Tuan Michaelis meneliti wajah Justin. Walaupun darah lelaki itu bercampur baur dengan darah goldsilv, dia tahu itu William. William yang baru, darah goldsilv hanya mengalir pada keturunannya. Adakah Justin pewaris William?

"Adakah William melahirkan pewaris bersama dengan pewaris Goldsilv?" Tuan Michaelis terdiam seketika. "Kalau benar, William masih hidup selama ini."

Justin tidak menyenangi perbualan mengenai lelaki bernama William dikaitkan dengannya. Dia adalah Justin dan bukan yang lain.

"Dia cuma pewaris goldsilv pada kuasa. Kalau benar dia keturunan yang sebenarnya, hitam bukan warna nya." Ujar Daniel.

Ya, pewaris Goldsilv semestinya berambut perang dan bermata biru. Sebab itu Daniel mahupun Gilliard menafikan Justin sebagai keturunan mereka.

Tuan Michaelis bangun, dia berdiri berhadapan Justin. Matanya melihat dia dari atas ke bawah dan bawah ke atas.

"Bermalam di sini. Saya akan mencari cara untuk mendapatkan jawapan." Tangannya di angkat ke udara. "Dela"

Pembantu tadi masuk menyertai mereka. "Ya, tuan?"

"Bawa mereka ke bilik tetamu. Lengkapkan keperluan mereka" kata Tuan Michaelis sebelum seraya meninggalkan ruangan tersebut.

Daniel ketawa kecil. Hanya arahan tanpa menitik berat kehendak mereka. Hilang ketenangan lelaki itu.

Biarlah, dia juga menginginkan jawapan.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now