2. Dunia Magik

820 47 1
                                    

Daniel memimpin tangan Damia. Dia tak nak kehilangan Damia dalam kesesakan orang ramai di Sederyn Park. Pada hari itu, mereka merancang untuk membeli segala keperluan persekolahan mereka.

"Abang, kita nak beli barang sekolah kan?" Soal Damia.

"Ya. Kenapa Puteri tanya begitu?" soal Daniel kembali, mengangkat keningnya, hairan.

"Tapi abang bawa Mia pergi taman" jawab Damia, melilau melihat sekelilingnya.

Daniel ketawa kecil. Memang patut adiknya berasa hairan. Sederyn Park cuma taman biasa yang dipenuhi dengan pengunjung yang datang untuk menikmati keindahan alam semula jadi. Daniel berbongkok agar paras pandangannya selaras dengan Damia. Dia merenung mata puterinya itu.

"Puteri percaya abang?"

"Percaya!" dengan penuh semangat Damia menjawab.

"Sentiasa percaya abang ya. Apa pun yang abang buat semuanya ada sebab"ujar Daniel, dia menggosok kepala adiknya. "Cuba Puteri perhatikan corak di atas lantai ni."

Damia melihat apa yang ditunjuk oleh abangnya. Terdapat bulatan besar dan dalam bulatan itu terdapat corak yang indah yang hampir membentuk perkataan dan mereka berdiri di dalam bulatan tersebut.

"Ini namanya pentagram" Daniel berkata.

Belum sempat Damia bertanya lebih lanjut. Daniel memgamit sesuatu yang tidak difahami Damia. Paling jelas dipendengaran cumalah Behando Town.

Corak bulatan di Sederyn park mula berputar. Damia terkejut tetapi tidak abangnya dan juga orang disekelilingnya. Seolah-olah cuma dia seorang sahaja yang melihat kejadian tersebut.

*****

"Puteri buka mata" ujar Daniel.

Damia menggeleng, dia enggan. Baru sebentar tadi dia merasakan tubuhnya melayang. Dia takut.

"Semuanya baik, Puteri" Pujuk Daniel. Wajah Damia dipegang lembut. Ibu jarinya mnggosok lembut pipi gebu Damia, cuba menyakinkan puterinya.

Damia membuka matanya perlahan-lahan. Sinaran mentari pada mulanya menyakitkan matanya dan akhirnya terbiasa dengan terangnya pagi. Dia melihat abangnya tersenyum lebar.

Damia tergamam. Mereka kini tidak lagi berada di Sederyn park walaupun pada hakikatnya mereka masih berdiri di atas bulatan yang sama. Dia terkejut melihat orang muncul dan hilang di dalam bulatan itu. Sekeliling bulatan itu pula dikawal oleh beberapa orang yang berpakaian uniform. Mungkin polis atau pengawal.

Sungguh menakjubkan. Di luar kawasan bulatan itu, dia dapat melihat perkara-perkara yang diluar normanya. Di atas jalan raya, ada pedati-yang ditarik oleh kuda bersayap, pegasus mungkin. Manusia-manusia yang berdesum laju terbang dengan penyapu sihir dan pentagram.

"Selamat datang ke Behando Town, antara bandar terkenal di dunia Magik!"

Sepasang kembar menyambut kedatangan mereka dengan gembira sekali. Kedua-dua kembar itu memiliki rambut coklat perang dan sepasang mata berwarna hazelnut. Tampan bagi seorang lelaki tetapi yang pastinya tidak dapat melawan ketampanan Daniel. Mereka memberi pelukan selamat datang kepada dua beradik tersebut.

"Hai Dan dan hai Damia. Saya Marvin dan ini Marviel. Kami kembar Cornerludge dan juga merangkap sahabat karib abang awak"

Damia bersalam dengan Marvin sebelum Marviel menyiku dan menolak Marvin ke tepi dan meraih tangan Damia. Marvin mengucup lembut tangan itu seperti seorang budiman Inggeris.

"Awak sakiti saya, Viel" rengek Marvin dengan nada yang dramatik diikuti dengan tingkahnya.

"Maaf, saya tak bermaksud nak sakiti, Vin" Marviel segera menggenggam tangan Marvin dan memandangnya dengan penuh rasa bersalah. "Damia terlalu comel" Dan juga pasti kata-katanya turut ditutur dengan penuh dramatik.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now