1. Royalize

1.4K 59 0
                                    

Damia duduk berhadapan dengan pediang api. Sekali-sekala dia mencampak ranting-ranting kering ke dalam unggun api supaya nyalaannya tak terpadam dan terus menghangatkan malamnya.

Dia bersendiri pada malam itu. Abangnya, Daniel masih belum pulang ke rumah agam Royalize. Kesepian membawanya mengimbau kenangan masa lalu.

Damia dan Daniel, dua beradik yang yatim piatu. Ibu bapa mereka sudah lama mati. Sejak Damia berumur 5 tahun lagi manakala abangnya pula, 10 tahun. Sejak itu mereka tinggal berdua dirumah agam warisan keluarga mereka.

Tapi hampir setengah tahun kemudian, selepas kematian ibu bapa mereka, Damia dihantar ke pusat kebajikan kanak-kanak. Hal ini kerana, Daniel menerima tawaran pendidikan di akademi Featherave. Kata abangnya, akademi tersebut menempatkan pelajarnya di asrama. Jadi abangnya harus akur dengan peraturan itu, termasuklah dirinya sendiri, terpaksa terima kenyataan bahawa dia harus berpisah sementara waktu dengan abangnya.

Tapi bila dia mengenang semula atas apa yang telah terjadi. Dia langsung tidak mengenali ibu bapanya. Nama mereka, rupa mereka, bahkan segalanya tentang mereka. Seolah-olah memorinya bermula ketika dia berumur 5 tahun, iaitu selepas kematian ibu bapa mereka. Daniel pula tak pernah menceritakan apa-apa tentang mereka.

Bukan Damia tidak pernah bertanya tetapi Daniel yang tak pernah menjawab segala persoalannya. Kali terakhir dia bertanya tentang mereka, Daniel sekali lagi tidak menjawab bahkan dia bertindak mengelar lengannya sendiri dan darah yang mengalir dibiar menitik ke lantai.

Daniel separuh berbisik kepada Damia, sekiranya soalan itu diutarakan lagi, dia akan mencederakan dirinya lebih teruk kerana luka pertanyaan itu lebih pedih dari kesakitan itu.

Gerun dia mengingati kejadian tersebut. Darah merah pekat yang tidak berhenti mengalir. Sejak hari itu dia bersumpah takkan bertanya lagi. Biar Daniel sendiri yang memberitahunya sendiri suatu hari nanti. Dia amat menyayangi abangnya, lebih daripada segalanya. Dia tak nak melihat Daniel disakiti dan menyakiti dirinya sendiri.

Terdengar suara mengalunkan lagu selamat ulang tahun kelahiran, mengejutkan Damia daripada lamunan. Damia menoleh. Daniel berdiri dibelakangnya tersenyum lebar sambil tangannya mendulang sebiji kek coklat kegemaran Damia.

"Selamat ulang tahun kelahiran yang kesebelas, Puteri" ucap Daniel. Dia mengucup dahi Damia membuatkan gadis kecil itu tersenyum girang.

Damia menyuapkan kek yang dipotong kepada Daniel. Sisa ising dijarinya, dipalit ke pipi Daniel. Dia ketawa terkekeh-kekeh melihat wajah comot Daniel. Daniel cuba memalitkan ising ke muka Damia pula tetapi Damia pantas melarikan diri, menyelamatkan diri. Daniel mengejar.

Bergema rumah agam Royalize dengan gelak ketawa dua beradik tersebut. Biarpun cuma berdua sahaja, mereka cukup bahagia kerana mereka ada satu sama lain.

*****

Kesejukan malam mula mencengkam tubuh. Tetapi tidak bagi Damia yang selesa berada dipangkuan abangnya. Daniel mengusap ubun-ubun rambut Damia. Sekali-sekala dia mengucup dahi adiknya.

"Puteri" Damia memandang abangnya. "Puteri nak hadiah apa untuk harijadi?"

"Damia nak abang ada di sisi Damia selama-lamanya" rengek Damia manja.

Daniel membelai pipi gebu itu. Mata biru laut adiknya ditenung. serpihan emas mula kelihatan dimata itu walaupun halus.

"Puteri sayang abang?"

"Sayang!" pantas Damia menjawab.

Daniel terdiam sebentar. Dia cuba menyusun kata di pemikirannnya, bimbang jika perlawaannya ditolak. "Puteri sambung belajar dekat sekolah abang nak?"

"Betul ke abang? Damia nak!" memang itulah yang Damia inginkan. Dia ingin selalu bersama Daniel. Akhirnya impiannya menjadi kenyataan.

Damia memeluk abangnya erat, dia membenam wajahnya di dada Daniel. Kebahagiaan menjalar keseluruh tubuhnya. Daniel mengusap rambut Damia, bibirnya turut mengukir senyuman.

Namun senyumannya hanya seketika. Banyak perkara yang perlu Daniel fikirkan sekiranya Damia berada disampingnya. Ada perkara yang perlu diselesaikan jika Damia selalu bersamanya dan memasuki dunia itu. Apabila Akademi Featherave menawarkan tawaran kepada Damia. Dia menerima, itupun setelah lama dia berfikir. Semua yang dilakukannya adalah demi Damia. Demi kebahagian Damia, satu-satunya puteri hatinya.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now