[1] Damian & Kaisara

29K 898 68
                                    

"Kenapa coffee ni pahit sangat? " Soal Damian pada seorang wanita yang baru saja menghantar secawan coffee di dalam ruangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kenapa coffee ni pahit sangat? " Soal Damian pada seorang wanita yang baru saja menghantar secawan coffee di dalam ruangannya.

"Maafkan saya Encik.." Wanita itu tertunduk merenung lantai, tangannya kelihatan menggeletar. Sepertinya dia tahu bahawa dia sudah melakukan kesalahan yang sangat besar.

"Do you like your job?"

"Ya Encik, saya janji hal ni tak akan terulang lagi."

"Good, now leave."

Damian, dikenali dengan sikap dinginnya dengan semua orang. Tidak kira tua, muda, miskin dan juga kaya. Dah macam lirik lagu raya lah pula.

"Encik Damian." Kelihatan seorang wanita yang bertugas sebagai pembantu peribadi Damian masuk ke dalam ruangannya.

"Cik Maya pesan pada saya untuk serahkan bunga ni pada Encik." Wanita itu mendekati meja kerja Damian bersama sejambak bunga rose merah di tangannya.

"Siapa benarkan kau bawa bunga tu masuk dalam ruangan aku?" Soal Damian dengan wajah serius membuatkan pembantu peribadinya yang baru bertugas selama seminggu itu terkedu.

"Aku dah pesan, jangan bawa apa-apa barang yang ada kaitan dengan Maya dalam ruangan aku."

Wanita itu tertunduk, dia benar-benar lupa tentang larangan itu. Adakah nasibnya akan berakhir sama seperti pembantu peribadi Damian yang lain?

"Kau memang tak faham bahasa ke?"

"Maafkan saya Encik.. " Suara wanita itu terdengar pelan, ada riak kesesalan di wajahnya.

"Keluar dari ruangan aku sekarang." Arah Damian dengan nada biasa tapi terdengar tegas. Sayang sekali wajah kacak itu tidak pernah dilihat tersenyum.

Tidak ada seorang pun pekerja yang berkerja di syarikat Damian menyukainya. Bagi mereka Damian hanyalah seorang boss yang dingin dan pentingkan diri.

Tiba-tiba handphone Damian berbunyi menandakan satu panggilan masuk, tertera nama Puan Gress di Screen handphone Damian. Namun, Damian tidak menghiraukan panggilan itu.

Sekali lagi handphone miliknya itu berbunyi, sepertinya Puan Gress tidak mahu berputus asa. Damian terus menjawab panggilan Puan Gress kerana ingin memuaskan hati wanita itu.

"Damian.. Harini mama akan jemput Puan Natali untuk makan malam dekat rumah kita, nanti Maya akan ikut sekali." Kedengaran suara Puan Gress di hujung talian.

"It has nothing to do with me." Damian paling benci nama wanita itu disebut-sebut oleh Puan Gress. Macamlah dia tidak tahu bahawa Puan Gress ingin menjodohkan dia dengan Maya.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now