[8] Senyuman Yang Tidak Asing

13.2K 557 24
                                    

Damian menuruni setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Damian menuruni setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat bawah. Seperti biasa, Damian akan sarapan bersama Puan Aishah sebelum pergi kerja. Langkah Damian terhenti saat melihat Kaisara yang sedang berdiri di tengah ruangan sambil menulis sesuatu di bukunya.

Damian diam sambil memerhatikan Kaisara. Saat itu Kaisara mengenakan T-shirt putih kosong dan seluar jeans biru muda. Rambut kerintingnya dia biarkan terhurai.

"What are you doing?" Soal Damian. Bahu kaisara sedikit terangkat kerana terkejut, dia terus melihat ke arah Damian.

"Saya.." Kaisara kelihatan bingung. Damian selalu terlupa bahawa Kaisara tidak faham dengan bahasa english.

"Kau buat apa?" Soal Damian lagi.

"Oh! Saya lukis peta rumah ni.. Jadi lepasni saya tak sesat dah." Jelas Kaisara lalu tersenyum. Damian tergelak kecil sambil menggeleng. Entah kenapa jawapan Kaisara dapat mencuit hatinya.

Riak wajah Kaisara terus berubah terkejut saat melihat Damian tertawa.

"Kenapa?" Soal Damian.

"Awak.. Gelak." Riak wajah Kaisara masih kelihatan terkejut.

"If you don't want me to laugh, you should stop being cute."

"Apa?" Soal Kaisara dengan wajah keliru.

"Tak ada apa." Kata Damian sebelum berlalu pergi meninggalkan Kaisara yang masih kebingungan.

Tidak lama selepas itu Kaisara di panggil oleh pembantu rumah untuk sarapan bersama dengan Puan Aishah dan Damian.

"Terima kasih.." Kata Kaisara pada pembantu rumah sebelum dia pergi ke meja makan. Kelihatan Puan Aishah dan Damian sudah duduk di kerusi meja makan.

"Duduklah Kai." Kata Puan Aishah. Kaisara pun terus duduk di kerusi yang bersebelahan dengan Puan Aishah.

"Selamat pagi nenda.." Sapa Kaisara lalu tersenyum.

"Selamat pagi.." Jawab Puan Aishah lalu membalas senyuman Kaisara.

"Bulan depan Damian dan Kai akan nikah." Kata Damian secara tiba-tiba. Kaisara yang sedang menghirup coffee suamnya itu terus tersedak.

"Kai!" Panik Puan Aishah saat melihat Kaisara terbatuk. Puan Aishah mengusap-usap belakang Kaisara dengan lembut. Tanpa sedar bibir Damian mengukir senyuman.

"Maafkan Kai." Kai meminta maaf kerana merasa dirinya tidak sopan. Puan Aishah masih mengusap-usap belakang Kai dengan lembut.

~°~

Maya keluar dari perut kereta lalu masuk ke dalam hotel 5 bintang milik keluarganya. Semua mata melihat ke arah Maya.

"Good morning Cik Maya."

"Morning." Maya tersenyum ceria. Semua perkerja yang berkerja di hotel itu sangat menyukai Maya kerana sikapnya yang baik dan tidak sombong.

Maya masuk ke dalam ruangannya lalu mendekati seorang lelaki berpakaian serbah hitam yang ternyata sudah lama menunggunya. Maya duduk di sofa yang berhadapan dengan lelaki itu. Hanya meja kaca yang memisahkan mereka berdua.

"Kau dah dapat semua maklumat tentang perempuan tu?" Soal Maya.

"Yaa Cik Maya." Jawab lelaki itu lalu meletakkan satu fail di hadapan Maya. Maya pun terus memeriksa fail tersebut.

"Anak yatim piatu.. Bekas perkerja kedai bunga.." Maya tersenyum sinis saat membaca isi kandungan fail itu.

"Damian ni lawak lah. Kalau ya pun nak upah orang berlakon jadi kekasih dia, pilih lah orang yang sesuai sikit." Maya tergelak kecil lalu meletakkan kembali fail itu di atas meja.

"Kaisara yaa." Bibir Maya masih mengukir senyuman, tapi entah kenapa nama itu seperti tidak asing baginya.

"Kau tau kan apa nak buat?" Maya melihat ke arah lelaki yang berpakaian serbah hitam itu.

"Yaa cik Maya." Lelaki itu terus berdiri dari duduknya.

"Lepastu aku nak kau uruskan Natali, dia dah biadap sangat sekarang. Mungkin ni lah masanya untuk buat dia sedar yang dia tu siapa." Riak wajah Maya terus berubah serius seperti sudah lama menyimpan dendam.

"Cik Maya nak saya buat apa pada Natali?" Tanya lelaki itu.

"Kau fikir lah sendiri, takkan benda tu pun aku kena ajar." Kata Maya dingin.


"Cik Maya nak saya Acid wajah Natali?" Tanya lelaki itu lagi. Maya mengeluh kecil, dia tidak tahu kenapa dia mengupah lelaki itu menjadi orang bawahannya.

Maya masih tidak dapat melupakan kejadian tempoh hari saat Tuan Khaliq menampar wajahnya. Kejadian itu membuatkan dendam yang selama ini dia tahan kini semakin membara. Baginya Puan Natali harus rasa yang lebih sakit daripada itu.

"Uruskan jelah perempuan tu dulu."

"Natali?" Soal lelaki itu lagi. Maya memejamkan matanya lama, kalau ikutkan hati, mahu saja dia memukul kepala lelaki menggunakan fail yang berada di atas meja.

"Kaisara." Pandangan maut Maya hadiahkan pada lelaki itu.

"Baik Cik." Lelaki itu pun terus berlalu pergi meninggalkan Maya seorang diri di dalam ruangan itu.

~°~

Jam sudah menunjukkan angka 10 pagi. Kaisara masih berjalan-jalan di dalam rumah agam Puan Aishah kerana ingin menyiapkan peta yang dia lukis.

Kaisara sudah mendapat kebenaran daripada Puan Aishah untuk masuk ke dalam semua ruangan yang ingin dia periksa.

Kaisara masuk ke dalam satu ruangan yang betul-betul menarik perhatiannya. Banyak gambar dan lukisan yang tergantung di dinding ruangan itu. Kaisara sangat menyukai lukisan.

Kaisara melihat ke arah gambar Damian dan Danian. Kaisara sedikit kagum kerana wajah mereka benar-benar sama, cuma bezanya di dalam gambar itu Danian kelihatan tersenyum dan Damian pula tidak. Pandangan Kaisara terpaku pada wajah Danian.

"Danian.." Kaisara menyentuh lukisan itu. Entah kenapa senyuman Danian kelihatan tidak asing baginya.

"Sayang.." Mata Kaisara membulat saat dia terdengar suara lelaki yang datang entah dari mana.

"Sara.." Suara itu terdengar lagi. Kaisara melihat ke kiri dan kanan namun tiada sesiapa di sana. Jantung Kaisara tiba-tiba saja berdegup kencang. Kaisara menutup telinganya namun dia masih dapat mendengar suara itu.

"Ahh!" Kaisara memegang kepalanya yang tiba-tiba saja terasa sakit. Kaisara cuba untuk duduk saat pandangannya berubah menjadi sedikit kabur.

"Sakit.." Kaisara memejamkan matanya.

"Sayang.." Suara itu terdengar lagi. Air mata Kaisara mengalir di pipi. Pandangan Kaisara yang tadinya kabur akhirnya berubah menjadi gelap.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now