[72] It Starts With Hate

3.4K 153 22
                                    

Sedari tadi Kimi Zarif hanya mendiamkan diri selepas Puan Fatinah sudah selesai menceritakan semuanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedari tadi Kimi Zarif hanya mendiamkan diri selepas Puan Fatinah sudah selesai menceritakan semuanya. Kimi Zarif tidak pernah menyangka bahawa itulah penyebab sebenar ibunya pindah ke Jepun.

"Ibu minta maaf Kimi." Kelihatan cecair jernih mengalir di pipi Puan Fatinah. Dia tahu dia penting diri, dia pergi tanpa mengizinkan Puan Aishah untuk menjelaskan semuanya. Hanya kerana perasaan benci dan sakit hati, dia memilih untuk meninggalkan keluarga yang menyayanginya dengan setulus hati.

Semenjak dia pindah ke Jepun, dia menerima banyak pesanan dari Puan Aishah dan Puan Gress. Namun, sekali pun tidak pernah dibaca dan balas olehnya. Baru-baru ini Puan Fatinah membaca surat yang sudah lama di hantar oleh Puan Aishah, di dalam surat itu Puan Aishah sudah menjelaskan semuanya.

Puan Fatinah tahu dia salah, tapi entah kenapa dia masih mengikuti egonya sehinggalah Kimi Zarif sendiri yang menanyakan hal itu pada dirinya. Puan Fatinah menyesal, tapi adakah semuanya sudah terlambat? Jika dia balik ke Malaysia, adakah Puan Aishah dan Puan Fatinah akan memaafkan dan menerimanya seperti dulu?

Puan Fatinah tidak berani untuk berdepan dengan dua wanita itu. Bagaimana jika dia di benci?

Lamunan Puan Fatinah terus mati saat Kimi Zarif memegang tangannya dengan lembut. Puan Fatinah melihat ke arah Kimi Zarif membuatkan pandangan mereka bertemu.

"Ibu nak ikut Kimi balik Malaysia? Kimi tau Nenda mesti happy lepas jumpa Ibu.." Bibir Kimi Zarif mengukir tersenyum tipis.

"Tapi ibu.." Masih ada keraguan di dalam hati Puan Fatinah.

"Ibu janganlah risau.. Kimi ada, Kimi akan teman ibu.. Ibu baliklah, minta maaf dengan nenda." Kimi Zarif mengusap lembut tangan tua Puan Fatinah.

"Kimi dah ada kekasih hati? bila nak kenalkan dengan ibu?" Soal Puan Fatinah secara tiba-tiba.

Soalan itu membuatkan Kimi Zarif menggaru lehernya yang tidak gatal. Kenapa ibunya tiba-tiba menanyakan soalan yang tidak sesuai dengan perbualan mereka saat ini?

"Itu.. Lambat lagi Ibu." Kimi Zarif tersenyum kelat.

"Ibu ni dah tua.. Nanti-

"Yaa yaa.. Tapi ibu tau kan Kimi sibuk dengan kerja. Tak ada masa nak ada girlfriend." Belum sempat Puan Fatinah menghabiskan katanya, Kimi Zarif sudah memotong.

Kimi Zarif bukannya tidak pernah mencuba untuk berkenalan dengan mana-mana gadis, dia sudah mencuba. Namun, tiada seorang pun yang berkenan di dalam hatinya untuk dijadikan isteri.

"Nak ibu kenalkan?" Soal Puan Fatinah.

"Ibu nak kenalkan Kimi dengan siapa?" Soal Kimi Zarif. Tidak mungkin Puan Fatinah ingin mengenalkan Kimi Zarif dengan anak kawan-kawannya pula? Bagi Kimi Zarif hal itu tidak masuk akal langsung.

"Saleha.." Panggil Puan Fatinah saat terlihat Saleha yang sedang lalu di ruang tamu tadi.

"Yaa Puan?" Saleha berjalan mendekati Puan Fatinah dan Kimi Zarif.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now