[16] Forever With You

13K 518 22
                                    

Kaisara membuka matanya, badannya terasa sedikit lemah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaisara membuka matanya, badannya terasa sedikit lemah. Kaisara melihat keadaan bilik yang gelap. Seingatnya tadi, dia tidak mematikan lampu bilik.

Kaisara memejamkan matanya lalu menarik selimut sampai ke paras dada.

'Wangi Damian..' Perkataan itu terlintas di dalam fikirannya. Dia dapat menghidu haruman Damian dari selimut yang dia pakai. Mata Kaisara terus membulat.

Kaisara melihat sekeliling bilik. Dengan berbekalkan cahaya bulan dari dinding kaca yang menghubungkan bilik dan balkoni, Kaisara dapat melihat jelas wajah lena Damian di sisinya.

"Ah!!" Jerit Kaisara kerana terkejut.

"Hm.." Damian membuka matanya, jeritan Kaisara membuatkannya terjaga. Akhirnya pandangan mereka bertemu.

Kaisara cuba untuk turun dari katil dengan cepat mengakibatkan dia hampir terjatuh namun Damian sempat memegang lengan Kaisara lalu menarik Kaisara ke arahnya. Kini kepala Kaisara berada di dada Damian dan Kaisara dapat merasakan tangan kiri Damian memeluk pinggangnya.

"Kai.." Suara garau Damian menyapa gegendang telinga Kaisara. Kaisara mendongakkan wajahnya untuk melihat wajah Damian. Pandangan mereka bertemu. Kaisara kaku kerana dia tidak pernah sedekat ini dengan lelaki. Jantungnya berdegup kencang sekali.

Keadaan sunyi buat seketika..

Tiba-tiba perut Kaisara berbunyi memecahkan suasana sunyi. Damian tersenyum. Kaisara terus duduk bersila di atas katil untuk memberi jarak di antara mereka berdua. Kaisara tertunduk malu.

"Macam mana saya boleh ada dekat sini?" Tanya Kaisara dengan suara pelan.

"Aku teman kau makan, nak?" Tanya Damian. Kaisara menggeleng.

"Nanti sakit perut." Kata Damian lagi. Kaisara mengangkat wajahnya merenung wajah Damian lama. Kenapa Damian tiba-tiba peduli dengan dirinya? Adakah kerana dia sudah bergelar isteri sah kepada Damian atau? Banyak persoalan bermain di fikiran Kaisara.

Damian tersenyum. Kaisara mengerutkan dahinya. Dia hairan kenapa Damian sudah berbeza dari Damian yang dia kenal dulu.

"Otak awak ada masalah ke?" Tanya Kaisara setelah lama mendiamkan diri. Tapi entah kenapa, senyuman Damian terasa tidak asing bagi Kaisara. Senyuman Damian terasa hangat, dia juga tidak pasti kenapa.

"Maksud kau?" Soalan berbalas soalan.

"Kenapa awak macam ni?" Tanya Kaisara lagi.

"Hm?" Damian masih tidak faham dengan soalan Kaisara. Entah kenapa jantung Kaisara tiba-tiba berdegup kencang.

Dia tidak tau kenapa Damian terasa lebih tenang dan tidak menakutkan dari sebelumnya. Damian seperti lebih lembut saat bersama dengannya.

"Kenapa?" Tanya Damian.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now