[48] They Don't Deserve Her

6.8K 321 19
                                    

Akhirnya masa yang selama ini di elak oleh Damian telah tiba, hari ini Noah dan Kaiz Ize akan pergi ke rumah agam Puan Aishah untuk bertemu dengan Kaisara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Akhirnya masa yang selama ini di elak oleh Damian telah tiba, hari ini Noah dan Kaiz Ize akan pergi ke rumah agam Puan Aishah untuk bertemu dengan Kaisara.

Seminggu yang lepas, Damian sudah menceritakan semuanya pada Puan Aishah dan Kimi. Pada awalnya Puan Aishah tidak setuju untuk merahsiakan hal itu pada Kaisara, namun setelah dijelaskan dengan lebih dalam, akhirnya Puan Aishah setuju.

"Damian tak sepatutnya rahsiakan semua ni pada Kai!" Marah Puan Aishah, dia tidak menyangka selama ini cucunya merahsiakan hal itu pada Kaisara.

Kimi bagaikan tidak percaya dengan semua yang didengarnya. Dia ingin memarahi Damian kerana tidak menceritakan hal sebenar pada Kaisara, namun nasi dah jadi nasi lemak.

"Ian tau.." Damian tertunduk. Dia juga kecewa, namun dia takut jika Kaisara akan meninggalkan dirinya saat tahu hal sebenar.

Bagaimana jika Kaisara tidak memerlukan Damian dalam hidupnya lagi?

"Nanti Noah akan datang dan jelaskan semuanya pada Kai.."

"Lepastu Ian nak buat apa?" Soal Puan Aishah sambil menatap lama wajah cucunya itu. Patutlah kebelakangan ini Damian tidak terlihat gembira, ternyata inilah yang menganggu fikiran Damian.

"Ian akan.. Terima semua keputusan Kai.." Jawab Damian setelah lama mendiamkan diri.

Kimi masuk ke dalam ruang bacaan Puan Aishah lalu mendekati Kaisara yang sedang membaca buku di sofa.

"Kai." Panggil Kimi, Kaisara terus melihat ke arah Kimi membuatkan pandangan mereka bertemu. Kaisara tersenyum manis.

"Kimi nak cakap sesuatu.." Kimi mendekati Kaisara lalu duduk di sebelah Kaisara, dia memberi sedikit jarak di antara mereka.

"Kimi nak cakap apa?" Soal Kaisara.  Kimi mengetap rahangnya, pagi tadi Damian meminta tolong padanya untuk menceritakan semua pada Kaisara. Sedangkan Damian pula, pergi entah kemana.

Damian bagaikan lari dari masalah, itulah yang Kimi fikirkan. Bagi Kimi, Damian adalah seorang lelaki yang pengecut dan penakut.

"Kimi.." Kaisara melambai-lambaikan tangannya di hadapan Kimi membuatkan lamunan Kimi terhenti.

"Sebenarnya Ian nak Kimi bagitau Kai sesuatu.." Senyuman Kaisara terus mati saat Kimi menyebut nama Damian.

"Kenapa ni?" Soal Kaisara risau. Dia tidak bertemu dengan Damian sejak dia bangun pagi tadi. Dia menyangka bahawa Damian pergi kerana ada hal penting sehingga tidak sempat mengejutkannya.

Sesekali Kaisara melihat ke pintu ruangan tersebut berharap dia akan melihat kelibat Damian, namun hampa.

"Ian tak ada, dia dah pergi." Kimi sengaja berkata begitu kerana baginya Damian tidak layak untuk bersama dengan gadis baik seperti Kaisara.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now