[15] Husband and wife

13.3K 465 6
                                    

Dengan sekali lafaz sahaja Kaisara sudah sah bergelar isteri kepada Damian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dengan sekali lafaz sahaja Kaisara sudah sah bergelar isteri kepada Damian. Kaisara tidak tau mahu gembira atau sedih dengan keputusan yang dia buat semalam.

Puan Aishah tersenyum sambil mengusap pelan tangan Kaisara.

"Alhamdulillah.." Ucap Puan Aishah pelan, kelihatan cecair jernih mengalir di pipinya. Kaisara yang terasa sebak terus mengesat air mata Puan Aishah menggunakan ibu jarinya.

Majlis perkahwinan mereka di adakan di hotel 5 bintang milik Puan Aishah. Banyak tetamu yang ternama dan berpangkat tinggi hadir dalam majlis tersebut.

~°~

Mata Maya membulat saat melihat gambar yang diupload oleh wartawan di Instagram. Dia tidak menyangka bahawa Damian akan berkahwin hari ini. Dia tidak mendapat apa-apa maklumat dari orang bawahannya.

"Argh!!" Jerit Maya sekuat hati. Maya masuk ke dalam kereta sebelum keretanya memecut laju keluar dari perkarangan rumahnya.

Setelah sampai di tempat tujuan, Maya terus keluar dari kereta lalu pergi ke apartment mewah.

Maya menekan lonceng beberapa kali sebelum pintu apartment itu terbuka. Kelihatan Noah berdiri di depan pintu utama apartment miliknya.

"Noah.." Panggil Maya, kelihatan cecair jernih mengalir di pipinya. Noah adalah sahabat baik Maya dari kecil. Noah selalu menjadi tempat Maya meluahkan segala masalah yang dia lalui, dan Noah selalu menjadi pendengar baik pada Maya.

"What's wrong?" Tanya Noah.

"Damian dah kahwin!" Jerit Maya lalu menangis teresak-esak. Perasaan Noah sakit saat melihat Maya menangis. Noah sudah lama menyimpan perasaan cinta pada Maya, namun Maya tidak pernah mengetahui hal itu.

"Damian.. Dah.." Maya berkata dengar tersekat-sekat. Noah terus menarik Maya ke dalam pelukannya.

"Shh.." Pujuk Noah sambil mengusap pelan belakang Maya. Maya menangis semahunya di dada Noah.

~°~

Jam sudah menunjukkan angka 10 malam. Kaisara mendaki setiap anak tangga untuk naik ke tingkat atas, akhirnya Kaisara sampai ke depan pintu biliknya. Kaisara tiba-tiba terasa lapar namun dia tak ada selera saat melihat makanan yang terhidang tadi. Kaisara hanya makan sedikit.

"Kaisara." Panggil Damian. Langkah Kaisara terhenti lalu Kaisara melihat ke arah Damian yang sedang mendekatinya.

"Ke.. Kenapa?" Tanya Kaisara gugup. Dia telah sah bergelar isteri kepada Damian, Kaisara takut jika Damian ingin tidur sebilik dengannya.

"Kau fikir aku nak tidur sebilik dengan kau?" Tanya Damian. Kaisara terkejut, macam mana Damian boleh tau apa yang Kaisara fikirkan? Kaisara tertunduk merenung jari jemarinya.

"Kau nak makan samyang?" Tanya Damian. Damian sedar Kaisara kelihatan tidak tertarik dengan makanan yang terhidang saat makan malam bersama keluarga tadi.

"Nak.." Jawab Kaisara singkat. Damian menyentuh dagu Kaisara lalu mendongkan wajah Kaisara ke arahnya.

"Pandang aku kalau aku tengah cakap." Kata Damian. Kaisara mengelip-ngelipkan matanya. Damian tersenyum, idea nakal muncul di fikirannya. Dia tau Kaisara sedang gugup dengannya.

Damian mendekatkan wajahnya pada wajah Kaisara, mata Kaisara membulat.

"Ian." Panggil Puan Aishah dari arah belakang. Damian terus melihat ke arah Puan Aishah.

"Yaa." Sahut Damian. Kaisara terus menepis pelan tangan Damian, namun tidak dilihat oleh Puan Aishah.

"Dah lewat ni, tidur lah." Arah Puan Aishah.

"Ian nak pergi-

"Nenda kata dah lewat. Kesian Kaisara penat, bawa lah Kaisara rehat." Kata Puan Aishah. Damian dan Kaisara berpandangan.

"Tadi Nenda arahkan pembantu rumah letak hadiah dalam bilik Kaisara, lagipun malam ni Kaisara dah boleh tidur dalam bilik Ian kan." Jelas Puan Aishah.

"Yaa Nenda." Damian tersenyum tipis. Puan Aishah tersenyum ke arah Kaisara lalu Kaisara membalas senyuman Puan Aishah.

"Jom sayang." Damian memegang tangan Kaisara lalu mereka berdua berjalan beriringan ke bilik Damian. Kelihatan Puan Aishah memerhati dari jauh sambil tersenyum.

Setelah masuk ke dalam bilik, Damian terus menutup pintu bilik. Kaisara menarik tangannya dari genggaman Damian.

"Macam mana ni.." Riak wajah Kaisara kelihatan risau.

"Tidur lah dengan aku, lagipun kau dah jadi isteri aku kan." Kata Damian lalu pergi ke arah katil. Damian membuka butang baju kemejanya.

"Awak nak buat apa Damian?!" Jerit Kaisara takut. Damian tersenyum sambil menggeleng.

"Aku nak mandi, janganlah fikir yang bukan-bukan." Damian terus membuka bajunya di hadapan Kaisara. Kaisara terus berpaling ke arah lain.

"Awak ni tak malu lah Damian!" Marah Kaisara.

"Kau tak nak mandi sekali dengan aku?" Suara Damian kedengaran jelas di telinga Kaisara. Ternyata Damian sudah berdiri di sisi Kaisara. Kaisara dapat melihat jelas six packs abs milik Damian.

"Saya dah mandi!" Kaisara pergi ke arah almari kerana ingin menjauhi Damian. Damian tergelak kecil kerana sudah berjaya menyakat Kaisara. Tidak lama selepas itu, Damian pun akhirnya masuk ke dalam bilik air.

Kaisara duduk di birai katil, dia lega kerana Damian sudah tidak kelihatan lagi.

Kaisara dapat menghidu wangian tubuh Damian di katil itu. Kaisara terus berdiri dari duduknya. Tanpa berfikir panjang, Kaisara terus keluar dari bilik Damian.

Kaisara pergi ke arah biliknya lalu masuk ke dalam. Bilik Kaisara yang dulunya luas kini dipenuhi dengan kotak hadiah yang berbagai bentuk. Kaisara cuba untuk pergi ke arah katilnya, akhirnya dia berjaya.

Kaisara mengeluh lega, dia terus baring di atas katil. Kaisara mengelimuti tubuhnya sampai ke paras dada.

Tiba-tiba perut Kaisara berbunyi.

"Laparnya.." Kaisara terus memegang perutnya. Dia rasa menyesal kerana tidak makan secukupnya tadi.

Kaisara mula terbayangkan samyang namun Kaisara terus menggeleng. Dia cuba untuk melawan perasaannya.

Kaisara memeluk bantal kecilnya lalu melihat ke arah jari manisnya. Kelihatan cincin kahwinnya yang sangat cantik. Dia tidak tahu berapa harga cincin tersebut, Kaisara berfikir mungkin kerja 10 tahun pun belum tentu dapat membeli cincin tersebut.

Kelopak mata Kaisara terasa berat, tanpa sedar akhirnya Kaisara pun terlelap.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now