[76] No Rain, No Flowers

2.4K 144 22
                                    

Kaisara membuka pintu kaca yang menjadi penghalang biliknya ke beranda bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaisara membuka pintu kaca yang menjadi penghalang biliknya ke beranda bilik. Dengan langkah perlahan Kaisara berjalan seorang diri di beranda bilik. Langit yang gelap ditatap dengan pandangan kosong, malam itu tiada satu bintang pun yang menghiasi langit. Kaisara memejamkan matanya lama, dress putih yang dipakainya sedari tadi bergerak disebabkan tiupan angin.

Jam sudah menunjukkan angka 11 malam, tapi Damian masih belum balik ke rumah. Damian tidak pernah bersikap seperti itu sebelum ini, Damian juga tidak pernah melebihkan orang lain selain dirinya. Hal itu betul-betul menganggu fikiran Kaisara. Benarkah hubungan Damian dan wanita itu hanya sekadar kawan lama? Tetapi kenapa Damian sanggup melebihkan wanita itu daripada Kaisara?

Kaisara membuka matanya, sesaat langit tiba-tiba diterangi cahaya kilat, dengan pantas Kaisara menutup kedua telinganya menggunakan telapak tangan. Dia tahu selepas melihat cahaya itu, pasti akan ada bunyi guruh yang sangat kuat. Tekaannya benar, bunyi guruh yang sangat kuat terdengar seperti bunyi bom meletup. Tangan Kaisara menggeletar kerana ketakutan, dia mengusap pelan perutnya kerana tidak mahu apa-apa terjadi pada kandungannya.

"Sara.."

Mata Kaisara membulat saat terdengar suara lelaki seakan-akan berbisik di telinganya. Kaisara terus berpaling ke arah kiri, tetapi tiada sesiapa di situ. Peluh halus mengalir di dahinya. Kenapa dia mula mendengarkan suara itu lagi?

"Sara.."

Bunyi guruh dan petir yang sambar menyambar membuatkan Kaisara terjaga dari tidurnya. Kaisara melihat ke arah Damian yang sedang lena sambil memeluk pinggangnya.

Kaisara melihat ke sekeliling bilik, ternyata dia bermimpi lagi. Melihat Damian yang sudah lena di sisinya membuatkan dia tertanya-tanya bila suaminya itu balik ke rumah.

Tiba-tiba Kaisara teringat pada pesanan ringkas yang di hantar oleh Damian tengahari tadi. Kaisara mengangkat tangan Damian yang memeluk pinggangnya lalu dia bangun kerana berniat ingin pergi ke bilik Diaz Ayyan.

Kaisara tidak mahu bersama dengan Damian kerana hatinya terasa sakit bila teringatkan nama wanita itu. Dia perlukan masa untuk menenangkan fikirannya sendiri kerana dia tidak mahu menuduh Damian mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Belum sempat Kaisara turun dari katil, tiba-tiba dia merasa tangannya di pegang dari belakang. Kaisara melihat ke arah Damian, ternyata suaminya itu sudah terjaga.

"Sayang nak pergi mana?" Soal Damian, matanya masih layu dan suaranya terdengar lebih serak daripada biasanya.

Kaisara tidak menjawab soalan Damian, dia mencuba untuk menarik tangannya dari genggaman Damian tetapi tindakannya gagal.

"Sayang.. Kenapa ni?" Damian bangun lalu memegang kedua tangan Kaisara. Dia menatap tepat ke sepasang mata indah milik isterinya itu. Kaisara berpaling ke arah lain kerana ingin menyembunyikan riak wajahnya, dia tidak mahu Damian terluka tetapi dia tidak dapat untuk melawan perasaannya sendiri.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now