[42] Can I Kiss You?

8.3K 344 21
                                    

Kaisara duduk di kerusi panjang yang tersedia di taman bunga Puan Aishah, dia sengaja memilih kerusi panjang yang berada paling hujung kerana tidak mahu diganggu oleh sesiapa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaisara duduk di kerusi panjang yang tersedia di taman bunga Puan Aishah, dia sengaja memilih kerusi panjang yang berada paling hujung kerana tidak mahu diganggu oleh sesiapa.

Kaisara mengesat air matanya yang mengalir di pipi. Dia tidak tahu kenapa Damian tidak menjawab saat dia bertanya siapa wanita itu.

Adakah Damian mempunyai wanita lain di belakangnya?

Jadi semua cinta dan perhatian yang Damian berikan kepadanya selama ini hanyalah lakonan?

Air mata Kaisara tidak berhenti mengalir. Dia rasa menyesal kerana sudah mempercayai Damian. Sepatutnya dari awal lagi dia sudah sedar bahawa gadis biasa seperti dirinya tidak mampu membuatkan lelaki sempurna seperti Damian jatuh cinta.

Kaisara mengusap pelan perutnya. Semuanya sudah terlambat, apa nasib anak yang berada di dalam kandungannya ini nanti?

"Kai!" Kaisara dapat mendengar namanya dipanggil oleh Kimi. Namun Kaisara hanya mendiamkan diri.

Kenapa Kimi yang datang mencarinya? Kenapa bukan Damian? Jadi betul lah, Damian tidak peduli dengan Kaisara. Itulah yang Kaisara fikirakan saat mendengar namanya di panggil oleh Kimi.

Kaisara melihat ke arah langit yang cerah, awan kelihatan sangat indah hari ini. Sangat berbeza dengan suasana hatinya.

Kaisara mengesat air matanya sekali lagi, mencuba untuk mengumpul semua kekuatannya. Jadi inilah rasanya di khianati oleh orang yang dia paling percaya dan cintai. Dia tidak menyangka bahawa Damian sanggup melakukan semua itu kepada dirinya.

Keindahan awan itu semakin kabur dipandangan Kaisara.

"Tengok apa?"

Kepala Kaisara tiba-tiba terasa sakit,  dia seperti terdengar suara lelaki. Suara itu sama seperti suara lelaki yang dia dengar di bilik lukisan tempoh hari.

Kaisara keliru kenapa dia terdengar suara lelaki itu lagi. Lelaki itu siapa? Adakah lelaki itu ada kaitan dengan masa lalu Kaisara?

"Ah!" Kaisara tertunduk sambil memegang kepalanya. Pandangannya yang tadi kabur akhirnya berubah menjadi gelap.

Kaisara melihat ke arah langit, dia datang 10 minit lebih awal di taman yang penuh dengan kenangan indah bersama dengan Danian dulu. Hari ini mereka telah berjanji akan bertemu di taman itu, Kaisara yang mencadangkan taman itu kerana rindu dengan suasana dulu.

"Tengok apa?"

Bahu Kaisara terangkat kerana terkejut, dia terus melihat ke arah datangnya suara itu. Ternyata Danian sudah duduk di sebelah. Danian memberi sedikit jarak di antara mereka.

Danian tergelak kecil saat melihat riaksi terkejut Kaisara.

"Kalau dah termenung, dinosaur lalu pun Sara tak nampak kan." Kata Danian. Kaisara tergelak kecil.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now