[65] Yaya & Achik Mimi

4.1K 173 35
                                    

Kimi Zarif keluar dari kedai bunga bersama sejambak bunga rose merah di tangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kimi Zarif keluar dari kedai bunga bersama sejambak bunga rose merah di tangannya. Sedari tadi bibir Kimi Zarif mengukir senyuman saat teringatkan wajah kekasih hatinya, Natasha.

Sudah seminggu mereka tidak bertemu kerana Kimi Zarif ada urusan kerja di luar negara. Hari ini, dia berniat untuk memberikan kejutan kepada Natasha.

Kimi Zarif masuk ke dalam perut kereta lalu memandu keluar dari kawasan tersebut. Di dalam kesibukan lebuh raya, bibir Kimi Zarif tidak dapat berhenti dari mengukir senyuman saat teringatkan cinta hatinya.

Sampai sahaja di perkarangan Villa, Kimi Zarif terus mematikan enjin kereta keretanya lalu keluar dari perut kereta.

Dengan langkah perlahan, Kimi Zarif masuk ke dalam Villa milik Natasha. Kimi Zarif menghadiahkan Villa itu kepada Natasha sebagai hadiah hari jadinya tahun lepas. Kimi Zarif juga telah memberikan kereta pada Natasha untuk menunjukkan kasih sayangnya yang tulus dan ikhlas.

Langkah Kimi Zarif terhenti saat melihat Natasha sedang bermesraan di sofa ruang tamu bersama dengan seorang lelaki yang tidak dia kenali.

"Ruth.." Mata Natasha membulat saat bertentang mata dengan Kimi Zarif. Lelaki itu juga kelihatan terkejut saat melihat kehadiran Kimi Zarif.

"Ruth, this is just a misunderstanding!" Natasha terus berdiri dari duduknya lalu mendekati Kimi Zarif.

"Misunderstanding?"

Kimi Zarif mengeluarkan pistol  dari jacketnya lalu mengarahkan pistol itu tepat ke arah lelaki itu.

"Ruth, stop!" Jerit Natasha.

Bang!

Peluru dari pistol milik Kimi Zarif terkena tepat di kepala lelaki itu. Mata Natasha terus membulat saat Kimi Zarif mengarahkan pistol di dahinya.

"Ruth.." Kelihatan cecair jernih mengalir di pipi Natasha.

"I-

Bang!

Satu lagi tembakan dilepaskan, wanita itu jatuh terbaring di atas lantai. Kimi Zarif melihat darah yang keluar dari kepala Natasha tanpa riaksi di wajahnya.

"Ayyan tengok episode berapa?" Soal Kaisara pada Ayyan.

"Episode 3." Jawab Ayyan membuatkan Kaisara terkejut. Kaisara terus mengambil iPad itu dari tangan Ayyan.

"Ayyan tak boleh tengok episode ni.." Kaisara baru ingat bahawa Kimi Zarif menggunakan pistol dalam adegan itu.

Kaisara sedar bahawa Ayyan sangat suka melihat semua drama yang dibintangi oleh Kimi Zarif, pakcik kesayangannya yang sudah 6 bulan tidak balik ke Malaysia.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now