[28] Musuh Dari Kecil

8.8K 402 7
                                    

Selepas selesai makan malam bersama, Kaisara mengajak Damian duduk di sofa ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas selesai makan malam bersama, Kaisara mengajak Damian duduk di sofa ruang tamu. Damian setuju asalkan Kaisara tidak pergi jauh darinya.

Damian memandang ke arah screen handphone sambil menyandarkan kepalanya di bahu Kaisara.

Kaisara melihat ke arah Damian, Kaisara tidak menyangka hubungan mereka akan berubah selepas dia menerima cinta Damian. Dia fikir, selepas dia menerima cinta Damian hubungan mereka akan sama saja seperti dulu.

Kalau boleh, setiap masa Damian ingin bersama dengan Kaisara. Dia perlu memberi tahu semua yang dia lakukan jika dia tidak bersama dengan Damian.

"Damian.." Panggil Kaisara.

"Hm?" Damian mendongakkan wajahnya untuk melihat wajah Kaisara.

"Kenapa sayang?" Tanya Damian.

"Perlu ke duduk macam ni? Dari tadi orang tengok dekat kita.." Akhirnya Kaisara meluahkan isi hatinya. Dia perasan beberapa pembantu rumah melihat ke arah mereka berdua. Damian menegakkan badannya.

"Kenapa? Sayang tak suka?" Tanya Damian. Kaisara mengeluh kecil. Bukannya dia tidak suka tapi cukuplah Damian manja jika mereka berdua sahaja. Nanti apa pula yang orang fikir.

"Dia tak selesa." Kimi bersuara. Tiba-tiba Kimi duduk di sofa yang berada di hadapan mereka, hanya meja kaca yang memisahkan mereka.

Damian melihat ke arah Kimi dengan pandangan serius. Kimi tersenyum manis ke arah Kaisara.

Kaisara yang risau dengan perubahan wajah Damian terus memeluk lengan Damian.

"Selesa, Kai selesa." Kaisara cuba untuk memujuk Damian. Hati Damian mula tenang saat Kaisara mengatakan hal tersebut.

"Kai dah janji nak ajak Kimi jalan-jalan dekat kawasan rumah dengan skuter kan?" Tanya Kimi.

"Hah?" Kaisara bingung, seingatnya dia tidak pernah berjanji dengan Kimi tentang hal tersebut.

"Kai dah lupa?" Tanya Kimi dengan wajah sedih. Damian menggengam penumbuknya.

~°~

Puan Aishah pergi ke ruang tamu bersama beberapa pembantu rumah. Matanya membulat saat dia melihat Damian menumbuk wajah Kimi. Kaisara yang berdiri di sebelah Damian kelihatan terkejut.

"Berhenti!" Jerit Puan Aishah. Mereka bertiga terus melihat ke arah Puan Aishah dengan serentak.

Damian dan Kimi tidak pernah berubah, dari kecil mereka selalu bergaduh dan bertumbuk. Walaupun sudah dihukum beberapa kali oleh Puan Aishah, mereka tetap tidak pernah sehaluan.

"Kai sini." Panggil Puan Aishah. Kaisara terus pergi ke belakang Puan Aishah. Kaisara tidak berani untuk mengatakan apa-apa.

"Duduk sekarang." Arah Puan Aishah sambil melihat ke arah Damian dan Kimi. Damian pun terus duduk di sofa, diikuti oleh Kimi. Bahu mereka hampir bersentuhan namun Damian terus melihat ke arah Kimi dengan wajah serius. Akhirnya Kimi memberi sedikit jarak diantara mereka.

Puan Aishah menggeleng dengan riak wajah kecewa.

"Kamu dah besar tapi kenapa masih macam ni? Bila nak berubah?" Tanya Puan Aishah sambil melihat ke arah Damian dan kimi silih berganti. Damian dan Kimi tertunduk merenung jari jemari masing-masing.

Kaisara hanya mendiamkan diri, tidak berani untuk mengatakan apa-apa. Tapi dia merasa lawak saat melihat Kimi dan Damian sedang dimarahi seperti budak-budak.

"Damian." Panggil Puan Aishah. Jarang sekali dia memanggil nama penuh Damian.

Damian Mendongak untuk melihat wajah Puan Aishah. Dahi Puan Aishah kelihatan berkerut, Damian kembali tertunduk.

"Kimi.." Panggil Puan Aishah lagi.

"Yaa nenda.." Kimi terus melihat ke arah Puan Aishah.

"Berdiri." Arah Puan Aishah. Kimi pun terus berdiri tegak tanpa membantah.

"Damian pun berdiri." Arah Puan Aishah. Damian terus berdiri dari duduknya. Kaisara cuba untuk menyembunyikan senyumnya saat melihat Kimi dan Damian mengikuti saja arahan Puan Aishah. Kalau ikutkan hati, mahu saya dia ketawa terbahak-bahak sekarang.

Kaisara mengeluarkan handphonenya dari poket lalu merakam adegan tersebut tanpa disedari oleh Damian dan Kimi. Dia tidak akan menyia-nyiakan moment tersebut. Dia tidak pasti jika dia akan melihat adegan ini lagi.

"Kimi peluk Damian sekarang lepastu Nenda nak dengar kamu dua minta maaf." Arah Puah Aishah.

"Hah?" Damian bersuara. Dia tidak berpuas hati dengan arahan tersebut. Dulu Puan Aishah selalu memaksa mereka berpelukan jika mereka bergaduh, tapi sekarang mereka sudah besar. Damian merasa bahawa hal itu tidak perlu mereka lakukan lagi.

"Apa?" Puan Aishah melihat Damian dengan pandangan serius. Kaisara telan air liur. Dia tidak menyangka Puan Aishah boleh menjadi setegas itu. Sebelum ini dia hanya melihat wajah senyum dan ceria Puan Aishah sahaja. Ternyata sisi tegas Puan Aishah menakutkan juga.

Kimi terus memeluk tubuh Damian. Damian mengerutkan dahinya kerana dia belum bersedia untuk pelukan tersebut. Damian memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.

"Damian, tangan tu!" Marah Puan Aishah. Bahu Kaisara terangkat kerana terkejut.

Damian mengeluh kecil lalu membalas pelukan Kimi. Adegan itu di rakam jelas oleh Kaisara.

"Maaf Damian." Kimi mula meminta maaf terlebih dahulu.

"Maaf Kimi." Suara Damian terdengar pelan sebelum dia meleraikan pelukan tersebut. Mereka berdua masih berdiri sambil melihat ke arah Puan Aishah seperti menunggu arahan seterusnya. Puan Aishah mengangguk sebanyak dua kali.

"Senyum." Arah Puan Aishah. Kimi terus tersenyum sambil melihat ke arah Damian. Kaisara tidak dapat menyembunyikan senyumannya. Mereka bertiga melihat ke arah Damian untuk menunggu Damian tersenyum.

Damian senyum tapi senyumannya kelihatan sangat tidak ikhlas sekali. Kimi tergelak kecil, Damian terus melihat ke arahnya dengan pandangan tajam. Senyuman Kimi terus mati.

"Nenda tak nak benda ni berulang lagi. Faham?" Tanya Puan Aishah.

"Faham.." Jawab Damian dan Kimi serentak. Kaisara terus mematikan rakamannya kerana takut diketahui oleh Damian dan Kimi.

"Kaisara ok?" Tanya Puan Aishah dengan suara lembut sambil melihat ke arah Kaisara.

"Kai ok." Kaisara tersenyum.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now