[40] Who Is He?

7.3K 336 11
                                    

Kaisara mencelikkan matanya saat dia terasa bahunya di goncang pelan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaisara mencelikkan matanya saat dia terasa bahunya di goncang pelan. Kaisara melihat ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.

Mata Kaisara membulat kerana terkejut.

Siapa lelaki itu? Apa yang dia lakukan di dalam bilik Kaisara? Kaisara cuba untuk bangun tapi gagal, dia tidak dapat untuk menggerakkan tubuhnya.

Tiba-tiba lelaki itu mengangkat tangannya seperti ingin menyentuh wajah Kaisara. Kaisara memejamkan matanya rapat sebelum dia merasa tangan lelaki itu mengusap pelan rambutnya.

Jantung Kaisara berdegup kencang kerana takut. Mana Damian? Kenapa dia membenarkan lelaki itu masuk ke dalam bilik mereka?

Banyak persoalan yang bermain di fikiran Kaisara saat itu.

"Good morning.." Suara lelaki itu terdengar pelan seakan-akan berbisik. Hati Kaisara tiba-tiba terasa tenang saat terdengar suara lelaki itu. Kaisara membuka matanya, lelaki itu tersenyum manis sambil melihat ke arahnya.

"Sayang."

Kaisara mencelikkan matanya saat dia terdengar suara Damian memanggilnya. Kaisara melihat ke arah Damian dengan wajah bingung.

Kaisara mengelip-ngelipkan matanya.

"Sayang okay?" Soal Damian.

Kaisara melihat ke kiri dan kanan kerana ingin mencari kelibat lelaki itu, namun tiada.

"Kai mimpi?" Soal Kaisara. Damian tergelak kecil saat melihat riaksi isterinya.

"Sayang mimpi apa?" Damian memeluk tubuh Kaisara lalu menghadapkan wajah Kaisara ke arahnya membuatkan pandangan mereka bertemu.

"Mimpi lelaki.." Senyuman Damian terus mati saat mendengar jawapannya yang keluar dari mulut Kaisara.

Kaisara terus menekup mulutnya kerana terlupa bahawa perasaan Damian sangat sensetive sejak kebelakangan ini. Kaisara yang mengandung tapi Damian pula yang sensetive dan cepat terasa hati. Kaisara tidak sepatutnya menyebut lelaki lain saat bersama dengan Damian.

"Tapi sayang tak kenal dia." Pujuk Kaisara risau saat melihat perubahan riak wajah Damian yang ketara.

Damian hanya mendiamkan diri. Kaisara yang merasa bersalah dengan kata-katanya terus menyentuh pipi Damian.

"Selamat pagi abang..." Kaisara tersenyum manis.

"Pagi." Jawab Damian singkat. Kaisara tersenyum kelat, nampaknya dia masih belum berjaya untuk memujuk Damian.

Tiba-tiba Damian bangun lalu turun dari katil.

"Abang nak pergi mana?" Kaisara terus duduk bersila sambil melihat ke arah Damian yang sedang menuju ke arah bilik air.

"Mandi."

"Kai nak-

Belum sempat Kaisara menghabiskan katanya, Damian sudah masuk ke dalam bilik air lalu menutup pintu bilik air.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now